Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Dari Mahkamah Ke Mahkota: Charlotte Netto Juara Miss Malaysia Indian Global 2025

by Phic ARMAN
September 30, 2025
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Malam penuh glamor di Premier Hotel, Klang pada 28 September yang lalu menjadi saksi bagaimana seorang peguam muda, Charlotte Netto, menyarung mahkota apabila dinobatkan sebagai Miss Malaysia Indian Global (MMIGLOBAL) 2025.

Dari Mahkamah Ke Pentas Ratu

Berusia 28 tahun, anak jati Johor ini bukan sekadar memiliki rupa menawan. Charlotte ialah Civil Litigation Lawyer yang telah diterima masuk sebagai Advocate & Solicitor of the High Court of Malaya, satu pencapaian profesional yang membuktikan gelaran ‘Beauty With Brain”

View this post on Instagram

A post shared by Charlotte Crystal Netto (@charcrysn)

Siang hari, Charlotte mengendalikan kes-kes mahkamah yang kompleks, mempersiapkan dokumen dan berhujah bagi pihak anak guam. Malam semalam, beliau mempamerkan sisi lain dirinya, anggun dan berkeyakinan sekaligus menewaskan 12 finalis lain untuk merangkul gelaran Ratu MMIGLOBAL.

Ucapan Top 5 Yang Memukau

Ketika sesi soalan Top 5, Charlotte benar-benar memukau penonton. Ditanya, “Apa yang akan anda lakukan jika berpeluang duduk selama satu jam bersama Perdana Menteri?”, Charlotte menjawab penuh keyakinan tentang kepentingan Gender Equality di tempat kerja.

“Saya akan berbincang tentang bagaimana kita boleh mewujudkan peluang yang sama rata antara lelaki dan wanita, daripada gaji yang adil sehinggalah ke peluang kepimpinan. Negara kita akan lebih maju apabila semua jantina diberi hak yang seimbang,” jawabnya dengan tenang tetapi penuh semangat.

Inspirasi Untuk Wanita Muda

Kemenangan ini membuktikan bahawa kecantikan dan intelektual bukanlah dua dunia berasingan. Charlotte menjadi contoh bagaimana wanita muda boleh mengejar kerjaya profesional sambil menyumbang kepada komuniti dan tetap meraikan sisi feminin.

Dengan latar kerjaya sebagai peguam litigasi sivil yang setiap hari berdepan tekanan mahkamah, Charlotte menunjukkan bahawa keberanian dan dedikasi di dalam dewan perbicaraan mampu diterjemahkan ke pentas ratu cantik.

Miss Malaysia Indian Global (MMIGLOBAL) diasaskan pada tahun 2000 oleh Pushparani Thilaganathan sebagai sebuah program pemerkasaan peribadi. Persatuan Prihatian Ratu India Malaysia (MMICARE Association) pula merupakan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang berdedikasi dalam memperkasa komuniti India Malaysia melalui inisiatif pendidikan, kebudayaan dan kepimpinan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Charlotte NettoMiss Malaysia Indian Global 2025
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  3. 3

    Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara