Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Dari Roti Ke Rezeki Raya, Gardenia Bantu Asnaf Shopping Raya

by Phic ARMAN
March 12, 2026
Share on Facebook

Bila masuk saja bulan Ramadan, memang terasa aura berkongsi dan saling membantu. Kali ini, jenama roti kegemaran ramai, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., tampil meneruskan tradisi baik mereka menerusi Program Cahaya Ramadan 2026.

Program yang berpegang pada prinsip “Sentiasa Bersamamu” ini sebenarnya sudah memasuki tahun keenam penganjurannya. Sejak dimulakan pada 2021, sebanyak 138,500 buku roti telah diagihkan kepada komuniti setempat. Bukan sedikit jumlah itu, malah cukup menggambarkan komitmen Gardenia dalam berkongsi rezeki dengan masyarakat.

Untuk tahun ini sahaja, sebanyak 30,000 buku roti Gardenia Original Classic telah diagihkan kepada 20 buah masjid terpilih di Semenanjung Malaysia. Menariknya, setiap jemaah turut menerima sampul raya edisi terhad daripada Gardenia, sekali gus menambahkan lagi kemeriahan Ramadan.

Asnaf Diberi Peluang Shopping Raya

Bukan setakat sumbangan roti, Gardenia juga mengadakan program khas “Cahaya Ramadan: Sehari Bersama Gardenia” dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Melalui program ini, 50 keluarga asnaf menerima bantuan dana sebanyak RM25,000 untuk membeli sendiri keperluan Hari Raya mengikut pilihan masing-masing. Pendek kata, mereka bebas memilih apa yang diperlukan untuk persiapan Aidilfitri kali ini.

Program ini berlangsung pada 11 Mac 2026 di Mydin Subang Jaya, di mana setiap keluarga diiringi sukarelawan bagi memastikan pengalaman membeli-belah mereka lebih selesa dan teratur.

Selepas selesai sesi membeli-belah, semua keluarga diraikan pula dalam Majlis Berbuka Puasa Program Cahaya Ramadan di ISTAC IIUM. Di sinilah pihak Gardenia turut menyampaikan duit raya kepada keluarga terlibat sebagai tanda penghargaan dan untuk menambah lagi keceriaan menjelang Syawal.

Harap Lebih Banyak Syarikat Tampil Membantu

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, usaha seperti ini sangat dialu-alukan kerana ia menunjukkan bagaimana sektor korporat boleh berganding bahu dengan kerajaan untuk menjaga kebajikan masyarakat.

Inisiatif Kembali Ke Sekolah Gardenia: 1,300 Murid Terima Squiggles Percuma

Dalam masa sama, Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Puan Ena Suhaila Abas turut berkongsi bahawa semangat memberi ini bukan hanya bermusim.

Bagi pihak Gardenia, inisiatif kebajikan seperti ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan mereka untuk membantu masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan.

Bagi Murai, inilah antara contoh bagaimana jenama besar boleh menggunakan pengaruh mereka untuk menyebarkan kebaikan. Bukan sekadar roti yang diagihkan, tetapi juga harapan dan kegembiraan buat mereka yang menyambut Aidilfitri dengan serba sederhana.

Gardenia
https://lomp.at/7xthr
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gambar: ImageFx
LifeXplore

Minum Kopi Sambil Tengok Ikan? Aqua Sentinel Ventures, Hidden Gem Shah Alam Yang Wajib Cuba!

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Di sebelah sebuah banglo di Seksyen 2, ada satu tempat yang mungkin  ramai tak sangka kewujudannya. Dari luar nampak macam...

Read moreDetails
Bisnes

Raikan Kebersamaan Melalui Secawan Kopi Ketika Tahun Baru Cina & Ramadhan

by Naddy Joe
February 12, 2026

ZUS COFFEE memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan yang bakal tiba dengan acara KONGSI ZUS COFFEE di Sunway Pyramid...

Read moreDetails
Foto - masjidsrisendayanofficial (FB)
Islamik

Solat Fardu Boleh Qada’ Ketika Solat Terawih?- Ini Cara Senang & Mudah Nak Faham!

by Nurul A.
February 26, 2026

Ganti (Qada') solat fardu ketika solat terawih? Boleh ke? Tak dinafikan bila tibanya bulan Ramadan, ramai yang berlumba-lumba untuk mengumpul...

Read moreDetails
Islamik

Kejar Lailatul Qadar, Ini Kompilasi Doa Mustajab Untuk 10 Malam Terakhir Ramadan

by Nurul A.
March 11, 2026

Malam Lailatul Qadar merupakan salah satu malam yang paling istimewa dalam bulan Ramadan. Dalam ajaran Islam, malam ini disebut sebagai...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Tarikan Menarik di Armenian Street Yang Kalian Wajib Terokai!

by Farah Fatihah
February 13, 2026

Kalau datang ke Pulau Pinang, ramai yang memilih untuk berjalan kaki di sekitar George Town. Di kawasan yang dipenuhi bangunan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara