Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Dari Tiffany Hingga Jessica, Ini Ahli Girls’ Generation Paling Kaya & Bijak Buat Duit

by Puteri Alia
May 27, 2022
via Channel Korea

via Channel Korea

Share on Facebook

Siapa yang tidak kenal dengan girls group dari Korea, Girls’ Generation. Setiap ahli kumpulannya sangat jelita bak bidadari dan mempunyai bakat serta kebolehan masing-masing baik dalam industri muzik, lakonan, permodelan, duta produk sehinggalah ke dunia perniagaan!

Semenjak debut pada tahun 2007, ke semua bintang di bawah naungan syarikat SM Entertainment ini tidak fokus dalam bidang nyanyian sahaja. Dan berkat kerja keras semasa zaman muda, mereka kini dikenali sebagai antara selebriti yang kaya.

Berikut antara ahli Girls’ Generation yang kaya berdasarkan sumber pendapatan masing-masing

#1 Tiffany – RM13.1 Juta

via Instagram Tiffany Young

Memetik dari media antarabangsa South China Morning Post, Tiffany dikatakan memiliki sumber pendapatan yang banyak kerana banyak terlibat bagi mengacara rancangan popular dan terkenal seperti Breakfast With Tiffany, Girls Planet 999 dan banyak lagi.

Bukan itu saja, Tiffany juga berjaya menyertai syarikat produksi Korea Selatan bagi Broadway Musical Chicago dan selebriti jelita ini bakal berlakon bagi sebuah drama berjudul The Youngest Son of a Conglomerate tidak lama lagi.

#2 Seohyun – RM17.5 Juta

via Instagram Seohyun

Seohyun memiliki pendapatan yang banyak berdasarkan penglibatannya dalam dunia lakonan, pementasan muzikal dan juga menjadi duta produk kecantikan terkenal dunia seperti The Face Shop, Pantene dan Clinique.

Seohyun juga dikatakan terlibat dalam projek drama bersiri romantik komedi berjudul Lover dan Netflix Song Of The Bandits.

#3 Yuri – RM21.9 Juta

via Instagram Yuri Kwon

Yuri mengumpul kekayaannya menerusi penglibatannya dalam pelbagai rancangan terkenal televisyen, program survival, menyanyi untuk lagu OST drama dan banyak berlakon untuk drama serta filem yang popular seperti Bossam: Steal The Fate.

#4 Hyoyeon – RM21.9 Juta

via Instagram Hyoyeon Kim

Bagi bintang yang satu ini pula mencipta nama dengan mengeluarkan banyak lagu-lagu yang hits seperti Wannabe, Sober dan banyak lagi. Hyoyeon juga mengeluarkan bukunya sendiri yang dikenali sebagai Hyo Style, di mana dia berkongsi tentang tips kecantikan dan fesyen.

Selain itu, rapper berbakat ini juga menjana pendapatannya dengan bekerja sebagai DJ, menyertai banyak program televisyen dan terlibat dalam muzik video artis lain.

#5 Sunny – RM30.6 Juta

via Instagram Sunny

Selebriti jelita ini pula terkenal dengan gelaran Ratu variety show kerana kebanyakan sumber kekayaannya datang dari terlibat dengan pelbagai rancangan dan program di Korea.

Selain itu, Sunny juga banyak mendapat tawaran menjadi pengacara bagi rancangan televisyen dan juga menonjolkan bakat nyanyiannya dalam drama Singing In The Rain, Catch Me If You Can dan Rio 2.

#6 Sooyoung – RM43.8 Juta

via Instagram Sooyoung Choi

Pendapatan Sooyoung pula banyak kerana bakatnya dalam menghasilkan muzik untuk promosi, soundtrack dan juga menulis lagu untuk artis.

Sooyoung juga banyak terlibat dalam projek lakonan filem, drama, serta menjadi duta pelbagai jenama terkenal dan kini menjadi YouTuber dengan jumlah pengikut hampir 500 ribu.

#7 Taeyeon – RM65.7 Juta Hingga RM78.8 Juta

via Instagram Taeyeon

Ketua bagi ahli kumpulan girl group ini pula mengumpul kekayaannya menerusi hasil jualan album dan lagu yang dikeluarkannya. Taeyeon juga banyak menjana pendapatan dengan menjadi juta jenama terkenal, selain mendapat duit dari saluran YouTube peribadinya sendiri.

#8 Yoona – RM87.6 Juta

via Instagram Yoona Lim

Artis jelita pujaan ramai ini pula mengaut kekayaan menerusi pengiklanan dan telah menjadi muka depan bagi lebih 40 jenama antarabangsa dalam iklan produk. Yoona juga banyak menjana pendapatannya sebagai pelakon sejak tahun 2007 lagi.

#9 Jessica – RM109.4 Juta

via Instagram Jessica Jung

Anggota kumpulan paling kaya dalam Girls’ Generation, usahawan wanita berjaya ini menjadi kaya hasil dari perniagaan yang dijalankannya.

Jenama Blanc & Eclare yang dibangunkan Jessica, kini memiliki lebih 60 outlet di seluruh negara. Kini Jessica dikatakan membuka restoran makanan barat pula yang dikenali sebagai Clareau.

Jessica juga menjana pendapatannya menerusi pengeluarkan buku novelnya sendiri, dan telah menghasilkan dua novel setakat ini yang berjudul Shine dan Bright.

Tak hairanlah ke semua ahli Girls’ Generation ini menjadi kaya-raya, mereka berkerja keras dari mula debut lagi!

girls generationpaling kaya
https://lomp.at/3vkll
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @wanielena (Threads)
Lokal

Pelanggan ‘Return’ Sampah, Pengasas HijabistaHub Luah Kecewa- “Yang Buat Ni Melayu Islam”

by Nurul A.
April 9, 2026

Pengasas jenama HijabistaHub, Wanie Elena mencuri perhatian ramai selepas meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap sesetengah pelanggannya. Menerusi platform Threads, Wanie...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] Gelagat Chef Zam Terima Kunjungan Sultan Terengganu Datang Beraya Curi Perhatian

by Phic ARMAN
March 31, 2026

Aidilfitri tahun ini memang tak akan dilupakan Chef Zam dan keluarga bila menerima kunjungan kerabat diraja terus ke rumah mereka....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Rasa Syukur Dijemput Ke Majlis Tadabbur Di Istana Selangor

by Naddy Joe
February 16, 2026

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri Majlis Tadabbur Al-Quran di Istana Selangor, Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara