Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Demi Allah, Saya Sayang Isteri & Anak!” – Kamal Adli Buka Mulut Jawab Satu Persatu Tuduhan Terhadapnya

by Aphit J.
October 19, 2025
Share on Facebook

Pelakon popular, Kamal Adli tampil bersuara bagi menepis tuduhan netizen yang mendakwa dia terlalu sibuk bekerja hingga mengabaikan anak perempuannya, Hawra Uqaira dan isteri tercinta, Uqasha Senrose.

Kamal Adli Nafi Abaikan Anak dan Keluarga

Menerusi satu hantaran di Instagram pada malam Sabtu, Kamal berkongsi beberapa gambar mesra mereka sekeluarga sambil menjelaskan bahawa dakwaan tersebut bukan sahaja tidak benar, malah menjatuhkan maruahnya sebagai seorang ayah.

Segelintir netizen cakap saya tak ada masa untuk anak sendiri, tak baik tau! Banyak masa saya luangkan untuk Hawra, termasuk bawa dia bercuti.

Kamal juga menegaskan bahawa sebagai seorang bapa, tidak mungkin dia mengabaikan anak yang sangat disayanginya itu.

Walaupun sibuk dengan jadual kerja, Kamal tetap berusaha mencuri masa untuk bersama keluarga.

Bukan Tak Ada Job, Tapi Pilih Berehat

via Instagram Kamal Adli

Dalam masa yang sama, Kamal turut menafikan khabar angin kononnya dia sudah tidak menerima sebarang tawaran lakonan sejak kebelakangan ini.

Menurut Kamal, dia sendiri memilih untuk berehat selama dua bulan selepas jadual kerjanya yang padat sebelum ini.

Ada yang cakap saya dah tak ada kerja tiga bulan, itu salah.

Saya berehat dua bulan lepas kerja tanpa henti, dan nak fokus pada anak serta isteri.

Alhamdulillah, rezeki saya masih cukup untuk keluarga kecil saya.

Tambahnya, paling penting adalah kesihatan serta kebahagiaan isteri dan anaknya yang sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Kamal turut bersyukur kerana keluarganya dikelilingi oleh orang-orang yang menyayangi mereka.

Privasi Lebih Utama Selepas Trauma di Singapura

Mengulas lanjut, Kamal turut menjelaskan sebab dia kini lebih memilih untuk tidak terlalu berkongsi kehidupan peribadi di media sosial.

Uqasha Senrose Mohon Pihak Terlibat Henti Laga & Sebar Fitnah Isu Kamal Adli Sudah Lama Tak Jumpa Anak

Katanya, selepas insiden traumatik di Singapura pada 2023, dia lebih berhati-hati dan selesa jika urusan rumah tangga kekal menjadi rahsia antara dia dan isteri.

Kamal turut meminta agar netizen tidak lagi meninggalkan komen negatif terhadap Uqasha.

Isteri saya juga manusia.

Kadang penat kerja, kadang stress.

Tolonglah jangan provoke.

Doakan yang baik-baik untuk isteri saya dan keluarga kami.

Akhir kata, Kamal menzahirkan rasa kasih sayang yang mendalam buat keluarga tercintanya.

Demi Allah, saya sayangkan isteri dan anak sangat-sangat. #ilovemywife Maaf tau korang… saya sayang korang juga.

kamal adliuqasha senrose
https://lomp.at/xmipp
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Beri Sumbangan RM20,000 Untuk Kos Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan bantuan sebanyak RM20,000 kepada anak lelaki...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Tak Sangka Peminat Masih Angau- ‘Abang Bagi Spray Muka Dia Sket’

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dah nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dipanggil TokTi, memang lain macam impaknya. Bukan setakat lagu masih...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Terkejut Ramai Netizen Meminta-Minta Wang Di Media Sosial-“Saya Dulu Dari Keluarga Susah Jugak..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal , Datuk Alha Alfa akui merasa terkejut apabila ramai netizen yang meminta-minta wang daripadanya di...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Spotlight

Luahan Sayu Kamal Adli Tak Bangun Sahur Undang Sebak- “Parah Rupanya…”

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Luahan hati pelakon popular, Kamal Adli, di laman Threads nyata mengundang perhatian ramai apabila dia dilihat begitu jujur berkongsi rasa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara