Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Dermatologi Kata Produk Niacinamide Ini Bagus Untuk Merawat & Mencerahkan Kulit

by Lisa Ghani
January 30, 2023
Foto - Diva

Foto - Diva

Share on Facebook

“B3 ialah nutrien penting yang diperlukan oleh badan.”

Penambahan produk dengan bahan aktif menjadi satu keperluan untuk rutin penjagaan kulit. Hal ini bagi memastikan kamu betul-betul dapat merawat masalah kulit yang dialami.

Misalnya, niacinamide telah menjadi salah satu bahan superstar dalam produk penjagaan kulit. Ia berfungsi merawat pelbagai masalah kulit sekaligus menjadikannya penting dalam rejimen penjagaan kulit.

Dr. Purvisha Patel, dermatologi dari Visha Skincare, berkata niacinamide ialah sejenis vitamin B3. Boleh berfungsi dengan sendiri, tetapi lebih baik apabila digabungkan dengan bahan-bahan lain yang meningkatkan kulit.

Bahan berkuasa ini melegakan penghalang kulit, mengurangkan kerengsaan keseluruhan untuk pelbagai masalah kulit, membantu meningkatkan kelembapan keseluruhan kulit, mengurangkan minyak dan menggalakkan tona kulit yang lebih sekata.

Sekarang kamu dah tahu fakta tentang bahan ini, kamu boleh tambah dalam rutin sepatutnya. Berikut adalah serum niacinamide terbaik boleh kamu cuba, menurut dermatologi dan pembeli.

Glow Recipe Watermelon Glow Niacinamide Dew Drops

Foto – Glow Recipe

Serum Glow Recipe ini bukan saja berbau wangi, tetapi berfungsi dengan hebat. Ia membantu mencerahkan kulit dan memberikan kilauan serta-merta sambil membantu mengurangkan hiperpigmentasi.

Paula’s Choice 10% Niacinamide Booster

Foto – Paula Choice

Produk booster dengan 10% niacinamide ini berkesan untuk mengatasi tona kulit yang tidak sekata. Ekstrak licorice mengatasi kemerahan, manakala vitamin C memberikan kebaikan pencerahan kulit.

AXIS-Y Dark Spot Correcting Glow Serum (5% Niacinamide)

Foto – Axis-Y

Antara produk k-beauty yang trending di media sosial, dan diakui keberkesanannya. Mengandungi 5% niacinamide, membantu mengurangkan keradangan daripada jerawat dan rosacea, mencerahkan bintik-bintik gelap dan tona kulit tidak sekata.

La Roche-Posay Pure Niacinamide 10 Serum

Foto – La Roche-Posay

Produk ini dibangunkan oleh pakar dermatologi dan kenapa ramai menyukainya. Dirumus dengan 10% niacinamide tulen yang mencerahkan setiap bintik dan tanda gelap, masalah hiperpigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata.

The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1% Serum

Foto – The Ordinary

Antara produk niacinamide terbaik di pasaran sehingga sekarang. Kenapa dermatologi menyukainya? Ia menggabungkan niacinamide dan zinc, satu lagi bahan anti-radang yang hebat. Produk ini pilihan ringan yang melengkapi rutin jerawat kamu.

Ingat, jangan mudah terpengaruh dengan produk hype di media sosial. Walaupun berkesan untuk mereka tak semestinya elok untuk kamu. Dapatkan rundingan dermatologi atau konsultan kecantikan supaya produk yang kamu guna betul-betul sesuai dengan kulit.

niacinamideproduk niacinamide
https://lomp.at/34ykp
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara