Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Detik Cemas Tracie Sinidol, Mata Kiri Hampir Buta- “Nampak ‘Flash’ Putih Sebelum Gelap”

by Nurul A.
March 9, 2026
Foto - @traciesinidol_official (IG)

Foto - @traciesinidol_official (IG)

Share on Facebook

Paling mencemaskan! Pelakon kelahiran Sabah, Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pengalaman agak menakutkan yang hampir meragut penglihatannya.

Kongsi Tracie di Oh Bulan, kejadian itu berlaku sekitar dua tahun yang lalu ketika dia sedang bermain badminton. Kejadian itu mengakibatkan mata kirinya hampir buta selepas terkena pukulan bulu tangkis.

View this post on Instagram

Kongsinya, perkara terakhir yang dilihatnya adalah pancaran cahaya putih yang sangat terang. Tetapi ia tidak kekal lama, kerana selepas itu pemandangan bagi mata kirinya menjadi gelap sepenuhnya.

“Saya pernah berdepan satu situasi di mana penglihatan mata belah kiri akibat terkena bulu tangkis ketika bermain badminton. Waktu terkena bulu tangkis, ‘benda’ terakhir yang saya nampak adalah seperti satu pancaran cahaya berwarna putih yang sangat terang.”

View this post on Instagram

“Saya sangat gementar sebab penglihatan mata belah kiri saya memang hilang sampaikan saya terfikir adakah saya akan benar-benar buta sebelah mata. Bila ke hospital, doktor memang cakap ada kecederaan dan saya akan berdepan buta sebelah mata buat sementara waktu.”

Walau bagaimanapun, Tracie berkongsi raya syukurnya apabila penglihatannya kembali beransur pulih sebelum kembali sepenuhnya selepas seminggu.

View this post on Instagram

Pada masa yang sama, Tracie akui kejadian tersebut memberi kesan padanya dan kini lebih menghargai nikmat penglihatan yang dimiliki.

“Pengalaman itu juga sangat menyentuh hati saya sebab selama ini kebanyakan dari kita seakan ambil remeh dengan apa yang kita ada. Bila sesuatu nikmat itu sudah ditarik barulah kita nak belajar menghargai. Pengalaman itu juga sedikit sebanyak mengajar saya erti syukur.”

Tracie Sinidol juga mendedahkan dia kini berhenti sementara untuk bermain badminton memandangkan sibuk dengan penggambaran dan mahu mengelak risiko yang sama berulang kembali.

tracie sinidol
https://lomp.at/a1gbg
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

Emma Maembong Jawab Isu Pemilihan Aktor- “Handsome Tapi Keras Kejung Buat Apa?”

by Nurul A.
January 16, 2026

Nama pelakon Emma Maembong menjadi perbualan ramai apabila dia menegaskan bahawa rupa paras tidak menjadi syarat utama untuk gandingkan pelakon...

Read moreDetails
Lokal

“Bila Kita Terburu-Buru Untuk Berkata Dengan Perasaan Marah…”-Mia Sara

by Naddy Joe
February 19, 2026

Pelakon, Mia Sara mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memberikan kenyataan yang melibatkan kemelut dirinya bersama pelakon, Puteri Balqis. Mia Sara...

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Terkejut Ramai Netizen Meminta-Minta Wang Di Media Sosial-“Saya Dulu Dari Keluarga Susah Jugak..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal , Datuk Alha Alfa akui merasa terkejut apabila ramai netizen yang meminta-minta wang daripadanya di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara