Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

“Dia Cuba Membunuh!!” – Raja Ilya Kecam Tindakan Lelaki Baling Batu Pada Kucing

Pelakon ini kutuk tindakan tidak berhati perut individu membaling batu kepada haiwan jinak itu

by Puteri Alia
June 21, 2022
via Instagram Raja Ilya/ Facebook Hafiz Qayyum

via Instagram Raja Ilya/ Facebook Hafiz Qayyum

Share on Facebook

Tular di media sosial baru-baru ini dimana video seorang individu tidak berhati perut membaling batu pada kucing menjadi perhatian orang ramai.

Aniaya Kucing

Hal ini tular menerusi muatnaik seorang pemilik di laman Facebook kelmarin, aksi individu kejam itu dirakam menerusi kamera litar tertutup milik sebuah kedai di Semeling, Sungai Petani, Kedah.

Berdasarkan perkongsian pemilik Facebook ini, individu tersebut dilihat seakan memberi makanan kepada kucing tersebut dan kemudiannya membaling batu pada kucing malang itu.

via Facebook Hafiz Qayyum

Tidak Berhati Perut

Isu ini juga menarik perhatian selebriti jelita, Raja Ilya, di mana dia mengecam perbuatan tidak berperikemanusiaan individu yang membaling batu pada kucing dalam video yang tular itu di Instagram menerusi coretannya.

“Pada awalnya dia bagi makan pada kucing kemudian dia cuba membunuh !!

Hari ni kucing, esok manusia dia buatnya.. Kadang-kadang terfikir apa dalam hati orang-orang macam ni? Apa yang tak puas hati. Apa yang buat dia orang ni jadi kejam. Apa yang buat dia orang ni jadi tak ada perasaan takut pada tuhan.

Apa yang mendorong dia orang ni buat benda macam ni? Dadah ke? Keluarga? Kawan-kawan? Tempat kerja? Pasangan?

Kenapa? Apa yang dia fikir masa dia baling batu bata atas kepala kucing tu?” Tulisnya

via Instagram Raja Ilya

Netizen Sakit Hati Lihat Perbuatan Kejam Pelaku

Melihat hantaran Raja Ilya di Instagram, ramai warganet membanjiri ruang komen dengan memberi pandangan mereka terhadap hal yang sedang tular pada ketika ini.

“Cara dia terseksa. Saya tak sanggup melihatnya”

“B*bi lah orang macam ni!!! Eeh.. Saya tak boleh seh!”

“Tak guna.. Dia pun akan kena yang sama juga kelak…!” komen warganet

via Instagram Raja Ilya

“Matilah kau lepas ni. Ya Allah sampai nazak kucing tu”

“Menangis aku weh. Apa salah kucing tu. Di saat dia lapar dan mungkin dia bersyukur dan mendoakan kau yang bagi dia makan.. Aku nak mencarut dengan orang macam ni”

“Astaghfirullah al’ aazim.. Menggelupur kucing tu.. Apa lah salah kucing tu. Tangkap orang ni, buat macam mana dia buat pada kucing ni” komen mereka

View this post on Instagram

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

Sekadar info, individu tersebut telah diberkas dan ditahan reman tiga hari bermula pada hari ini bagi membantu siasatan. Suspek direman dibawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan terhadap haiwan.

Manakala kucing yang cedera parah di dalam video yang tular itu, difahamkan telah diselamatkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah.

“Perkahwinan Bukan Tentang Cinta Sempurna”-Raja Ilya Akui Kadang-Kadang Perceraian Jadi Jawapan Terbaik
Dibaling Batukucingraja ilya
https://lomp.at/fbmn9
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Fazura Umum Bersara Dari Berlakon Drama-“Tapi Kalau Dari Segi Filem..”

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon, Fazura membuat pengumuman rasmi apabila dia membuat keputusan untuk mengundur diri daripada bidang lakonan khususnya penggambaran drama televisyen di...

Read moreDetails
Spotlight

‘Malam Tiga Syukur’, Dalami Pengertian Qana’ah Raya Ini

by Naddy Joe
March 8, 2026

Bayangkan seorang lelaki yang ada segala-segalanya. Rumah besar, kereta mewah, keluarga yang setia. Orang memandangnya dengan penuh rasa kagum, dan...

Read moreDetails
Foto - @truedollah (IG)
Lokal

[VIDEO] Kongsi Bella Bersama ‘Lelaki Terbaik’, Netizen Gesa Space Dollah “Spill The Tea”

by Nurul A.
January 16, 2026

Seorang pendaki Amerika (@terrypernell) yang turut mendaki Gunung Kinabalu baru-baru ini telah menjadi tumpuan ramai selepas memuat naik video bersama...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara