Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Dia Ni Bukan Comel Sangat Pun”- Gara-Gara Kongsi Video Khawla Merajuk, Ernie Kesal Telatah Anak Dikritik

by Puteri Alia
April 2, 2024
Share on Facebook

Penyanyi popular Ernie Zakri, mengungkapkan rasa kesalnya terhadap komen negatif yang ditujukan kepada anak perempuannya, Nur Khawla Soleha, yang berusia 2 tahun.

Kecaman tersebut bermula dari video yang dimuat naik ke akaun media sosial, memancing respon kurang menyenangkan dari segelintir netizen.

Ernie, atau yang dikenali sebagai Nur Ernie Shahirah Zakri, menyatakan bahawa sementara dia menerima teguran positif dengan lapang dada, namun, dia juga tidak terlepas dari kesedihan apabila komen-komen tidak baik diarahkan kepada anaknya.

“Sebagai selebriti yang sering jadi perhatian, saya dan suami, Syamel tahu kami tidak dapat lari daripada menerima komen-komen negatif daripada netizen, tapi untuk Khawla, dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa.

“Kadang-kadang bila kita muatnaik video Khawla gelak pun atau Khawla merajuk, ada orang yang kata, dia ini bukan comel sangat pun. Jadi, saya tak tahu apa kesalahan anak saya terhadap anda (netizen).

“Sebagai seorang ibu, saya merasa terkilan dan bertanya-tanya apa yang salah dengan anak saya. Namun, ini adalah risiko yang perlu kami tanggung kerana kami memilih untuk berkongsi kisah kami di media sosial,” katanya.

“Sebagai emak, saya macam berfikir anak saya salah apa? Tapi, ia adalah satu perkara yang semula jadi sebab bila kita sendiri yang berkongsi mengenai anak di media sosial, kita kena tanggunglah risikonya,” katanya

Ernie, yang dikenali dengan lagu-lagu seperti “Boneka”, menyatakan bahawa dia dan suaminya telah mengambil pendekatan untuk membataskan perkongsian video Khawla di media sosial masing-masing selepas menerima komen negatif.

“Walaupun saya dan Syamel tidak terlalu terkesan dengan komen-komen tersebut, kami memahami bahawa kami perlu mengambil tindakan. Kadang-kadang kami membataskan perkongsian video Khawla di media sosial. Tetapi pada hakikatnya, kami yang mengalami hidup ini.

“Apabila dapat komen negatif sebegitu, kami meletakkan sedikit had untuk tidak selalu membuat perkongsian video Khawla di media sosial. Ini kerana, pada penghujungnya orang boleh cakap apa saja, tapi kita yang menjalani kehidupan itu.

View this post on Instagram

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

“Walaupun saya dan Syamel tidak terlalu ambil hati dengan apa yang ditulis (komen), namun kami sedar risiko perlu ditanggung. Jadi, ada masa kalau ‘mood’ saya baik, saya akan kongsi banyak mengenai Khawla.

“Tapi, kalau rasa taknak kongsi, saya tidak muatnaik langsung. Namun, saya bukanlah emak yang terlalu mengongkong sebab anak saya pun perlu menjalani kehidupan biasa sebagai anak kecil yang bila keluar ke mana-mana akan ada orang yang menegurnya.

“Jadi, saya juga mahu dia memahami ibu dan bapanya adalah penyanyi. Kalau saya terlalu nak sorokkan dia, takut Khawla bila keluar nanti jadi pelik. Oleh itu, pengenalan pada waktu awal ini adalah perkara penting, tapi perlu kami kawal dan pantau,” katanya.

[VIDEO] Telatah Khawla Ralit Lihat Uncle Hael Husaini Buatkan Peminat Terhibur!
ernie zakrinur khawla solehasyamel
https://lomp.at/rukww
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ayie Floor 88 Dedah Nama Serta Wajah Anak Kedua, Curi Perhatian Peminat!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Isteri kepada vokalis Floor 88, Ayie iaitu Natasha Ahmad Zawawi sebelum ini telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 12...

Read moreDetails
Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama Putri Aleeya Antasha kembali jadi buah mulut netizen apabila sekeping foto terbaharu dirinya tular di media sosial. Wajah lembut,...

Read moreDetails
Spotlight

“U Rasa Indonesia Bagus Sangat Ke?”- Allan Anderson Ditegur Aktres Veteran Malaysia

by Phic ARMAN
February 4, 2026

Kadang-kadang, cerita paling melekat dalam dunia hiburan bukanlah tentang kemenangan atau trofi, tetapi detik jujur yang berlaku tanpa skrip. Itulah...

Read moreDetails
Lokal

Ayda Jebat Ditegur Netizen Isu ‘Bengkak Susu’?-“Kalau Suami Urut Lama Sangat Kang…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Umum mengetahui pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat baru sahaja melahirkan cahaya mata perempuan bernama Anggun Mikayla di salah sebuah pusat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara