Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Dia Sembunyi Dari Saya”- Rihana Oksana Ditemubual Buat Kali Pertama

by Khai Azfar
October 3, 2019
Share on Facebook

Jika sebelum ini, bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana hanya mendedahkan perihal berkenaan dirinya dan perkahwinan terdahulu bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menerusi laman Instagram, kali ini buat kali pertama Rihana tampil di hadapan media menerusi wawancara khas bersama Mail Online.

Muncul Di Media 

Menurut Rihana, sesi wawancara tersebut telah diadakan pada 27 September yang lalu di mana ianya bertujuan bagi menjelaskan situasi sebenar berkenaan perceraiannya yang menjadi topik sensasi sejak awal tahun lalu. Dedah Rihana, dia sudah tidak bertemu dengan Sultan Muhammad sejak Disember tahun lalu.

https://www.instagram.com/p/B3Ii9dLli4z/

Jelasnya, Sultan Muhammmad seolah-olah cuba menyembunyikan diri daripadanya dan juga anak mereka, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra. Dalam pada itu, dia juga ingin memohon maaf atas sikap suaminya(Sultan Muhammad) yang mana baginya adalah punca mengapa isu ini terjadi selain mengharapkan agar ianya akan berakhir bagi menjaga reputasi baginda sebagai seorang kerabat diraja.

Mahu Buka Akaun YouTube 

Memetik perbualan Rihana dalam sesi wawancara itu, dia akui agak sedikit keliru dengan apa yang terjadi kerana segalanya berlaku begitu pantas. Malah wanita Rusia ini turut mengimbas kembali kenangan majlis perkahwinannya selain berazam akan membesarkan anaknya dengan cara yang terbaik.

https://www.instagram.com/p/B28ul1ZCeOX/

Dalam pada itu, Rihana turut memberitahu akan membuka laman YouTube rasmi nya tidak lama lagi bagi berkongsi perihal cara dan gaya kehidupannya bersama anak yang tersayang.

Rihana Oksana Gorbatenko
https://lomp.at/j31xa
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Pevita Pearce Solat Raya Di Masjid Besar Bernilai RM30 Juta Milik Bapa Mentua Di Penang

by Zaidin Albert
March 27, 2026

Kalau tengah scroll Instagram, mesti tak terlepas tengok Pevita Pearce yang tengah menikmati momenhari raya bersama suami tercinta, Mirzan Meer,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 19, 2026

Perkongsian usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak lelakinya, Sky Taizo Okumura yang menikmati...

Read moreDetails
Foto - @kellyclarkson (IG)
Hollywood

Kena Tipu? Kelly Clarkson Akui Tak Pernah Hadiah Kereta Selepas Menang American Idol

by Nurul A.
March 13, 2026

Penyanyi dan penulis lagu, Kelly Clarkson mendedahkan bahawa dia tidak pernah menerima kereta yang dijanjikan kepadanya selepas memenangi rancangan pencarian...

Read moreDetails
Foto - @remyishakofficial (FB) / @remyishaktiktok (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Remy Ishak Salam Raya Ibu Undang Gelak Tawa- “Menekan-Nekan Minta Maaf Tu”

by Nurul A.
March 28, 2026

Pelakon kacak, Remy Ishak mencuri perhatian ramai apabila tular sebuah video pendek yang memaparkan dirinya bersalaman raya dengan ibunya. Walaupun...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara