Sejak kebelakangan ini, bekas ratu cantik Moscow 2015, Rihana Oksana telah memuatnaik beberapa posting mengenai perihal dirinya dan perkahwinan terdahulu bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Ingin Dedah Perkara Sebenar 

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Rihana memberitahu dia begitu ingin mendedahkan mengenai apakah yang terjadi pada perkahwinannya namun hasrat tersebut terpaksa dilupakan kerana ingin menjaga hati beberapa pihak.

Namun begitu, pada posting susulannya Rihana telah mendedahkan sesuatu yang mengejutkan yang mana dia mendakwa Sultan Muhammad pernah berkahwin dengan seorang wanita dari Czech Republic namun telah berpisah pada tahun 2015 kerana tidak lagi mempunyai persefahaman.

IKLAN
View this post on Instagram

Kisah berkenalan kami. Bahagian 3: Sejak pertama kali saya lihat suami saya, saya tak tahu kenapa tapi dalam fikiran saya, saya yakin dia adalah bapa kepada anak-anak saya dimasa depan. Tapi ketika itu, saya cepat-cepat buang perasaan tu sebab masih terlalu awal. Sebelum suami saya pulang ke Malaysia, saya ada bertanya sama ada dia telah berkahwin atau mempunyai anak – dia memberitahu bahawa dia sudah bercerai pada tahun 2015 kerana bekas isterinya dari Czech Republic telah berbohong bahawa wanita itu tidak mempuntai ikatan perkahwinan dan mengikut dokumen yang ada, wanita itu tidak bercerai dinegaranya pada waktu itu. Suami saya berkongsi bahawa wanita itu selalu menggunakannya bagi mendapatkan wang dan bukannya berusaha mendapatkan zuriat. Suami saya memberitahu, dia tidak pernah mempunyai anak dan itulah impian terbesar dalam hidupnya. Ketika kami tiba di Malaysia, suami saya berdiri di hadapan saya dengan pakaian yang saya tak pernah lihat iaitu tradisional Melayu, saya sempat bertanya kenapa dia pakaiannya kelihatan pelik, tiba-tiba dia membentangkan sejadah untuk solat dan sesudah itu dia berdoa. Itu kali pertama saya lihat orang Islam solat. Selepas suami saya selesai solat, dia saya memberitahu satu hari nanti dia akan mengajar saya segala-galanya mengenai Islam. Bersambung lagi…

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

Lantaran itu, rata-rata netizen yang mengikuti perkembangan Rihana di laman media sosial itu berasa kecewa dan marah kerana beranggapan wanita Rusia itu seperti tidak boleh menerima kenyataan bahawa tiada lagi jodoh di antara mereka selain menghina institusi diraja.

“Sebelum suami saya pulang ke Malaysia, saya ada bertanya sama ada dia telah berkahwin atau mempunyai anak – dia memberitahu bahawa dia sudah bercerai pada tahun 2015 kerana bekas isterinya dari Czech Republic telah berbohong bahawa wanita itu tidak mempuntai ikatan perkahwinan dan mengikut dokumen yang ada, wanita itu tidak bercerai dinegaranya pada waktu itu.

Suami saya berkongsi bahawa wanita itu selalu menggunakannya bagi mendapatkan wang dan bukannya berusaha mendapatkan zuriat. Suami saya memberitahu, dia tidak pernah mempunyai anak dan itulah impian terbesar dalam hidupnya”

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Rihana turut berkongsi satu lagi posting di laman Insta-story nya. Di dalam perkongsian tersebut, Rihana telah menuntut permohonan maaf secara terbuka kepada Koh Tien Hua, peguam kepada Sultan Kelantan menerusi firma guaman Eversheds Harry Elias LLP yang berpangkalan di Singapura yang mana dia dikatakan telah memberi maklumat palsu kepada pihak media mengenai status anaknya.

“Kami ialah peguam untuk Sultan Muhammad V. Dimaklumkan bahawa baginda telah bercerai talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah dan Mahkamah Syariah Kelantan telah mengeluarkan Surat Perakuan Perceraian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002.
“Kami juga memohon semua pihak menghormati privasi baginda,”

Terdahulu, menurut Tien Hua, firma guamannya sudah menghantar surat cerai talak tiga terbabit kepada pihak peguam Rihana. Pengesahan itu sekali gus menjawab pelbagai teka-teki melibatkan status perkahwinan Sultan Muhammad V dengan Rihana.