Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Diana Danielle Dedah Sering Periksa Telefon Anak – “Dunia Sekarang Terlalu Terbuka!”

by Puteri Alia
November 1, 2025
Share on Facebook

Pelakon terkenal, Diana Danielle, meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan gejala sosial dalam kalangan remaja yang dilihat semakin meruncing sejak kebelakangan ini. Ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui keadaan tersebut membuatkan dirinya lebih berhati-hati dalam mendidik anak-anak agar tidak mudah terpengaruh dengan pengaruh negatif di luar sana.

“Jangan kata saya risau, anak-anak pun turut risau bila lihat banyak kes di sekolah sekarang. Saya bersyukur kerana ayah mereka juga banyak membantu memantau dan mendidik,” ujar Diana yang sentiasa menitikberatkan soal keselamatan dan perkembangan moral anak-anaknya.

Menurut pelakon Hanyut itu, bekas suaminya yang juga pelakon dan pengarah, Farid Kamil, memainkan peranan besar dalam memastikan keseimbangan antara aktiviti sukan dan pelajaran anak-anak mereka.

“Ayah mereka uruskan hal sukan, manakala saya ambil tanggungjawab bab pelajaran sebab rumah saya dekat dengan sekolah. Mereka ada latihan bola empat kali seminggu dan aktiviti itu lebih dekat dengan ayahnya,” jelas Diana.

Pelakon berusia 33 tahun itu berkata, pembahagian tanggungjawab antara mereka memberi kesan positif kepada perkembangan anak-anak yang kini aktif dan berdisiplin.

“Ayah mereka rajin menyibukkan anak-anak dengan aktiviti. Bila mereka sibuk main bola, mereka penat dan tiada masa untuk benda lain. Aurora pun suka main bola, kalau bukan bola, dia akan sertai aktiviti sukan lain,” katanya sambil memuji pendekatan Farid yang sentiasa mengutamakan keseimbangan dalam kehidupan anak-anak.

Bagi Diana, jadual padat dengan aktiviti fizikal bukan sahaja menjauhkan anak-anak daripada pengaruh tidak sihat, malah membantu mereka membina disiplin dan tanggungjawab sejak kecil. Namun, dia tidak menafikan bahawa kawalan terhadap penggunaan telefon pintar juga amat penting dalam dunia serba digital hari ini.

Diana Danielle Tak Benarkan Anak Lelaki Berlakon, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-"Bagi Muhammad Belajar Rajin-Rajin.."

“Setiap beberapa hari, saya akan periksa telefon mereka untuk lihat mesej, kenalan dan aktiviti. Dunia sekarang terlalu terbuka, jadi saya kena pantau supaya tiada individu luar yang cuba mendekati mereka,” jelasnya tegas.

Diana turut menzahirkan kebimbangan terhadap risiko eksploitasi kanak-kanak di platform permainan dan aplikasi mesej yang semakin sukar dikawal. Katanya, pendedahan anak-anak terhadap teknologi perlu diimbangi dengan pengawasan dan didikan agama agar mereka tidak mudah terperangkap dengan pengaruh berbahaya.

Dalam perkembangan lain, Diana bakal muncul dalam siri Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup di Astro Ceria bersama barisan pelakon popular seperti Alif Satar, Bell Ngasri, Elly Mazlein dan Niezam Zaidi. Menurutnya, naskhah sebegitu wajar diperbanyakkan kerana berperanan penting dalam menyemai nilai-nilai murni kepada generasi muda.

“Kita tak boleh salahkan anak muda semata-mata. Sebagai pelakon, kita juga perlu hasilkan naskhah yang boleh mendidik. Sekarang mereka banyak terpengaruh dengan ‘fairy tale’ Barat, sedangkan cerita rakyat Melayu makin dilupakan,” katanya.

Bagi Diana, peranan ibu bapa dan penggiat seni perlu saling melengkapi satu mendidik di rumah, satu lagi mendidik melalui karya agar generasi masa depan mampu membesar dengan jati diri dan nilai moral yang kuat dalam dunia yang semakin mencabar ini.

diana danielle
https://lomp.at/y8hxn
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 19, 2026

Perkongsian usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak lelakinya, Sky Taizo Okumura yang menikmati...

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Mahu Turun Padang Bantu Keluarga Yang Memerlukan Bantuan-“Semoga Sedikit Usaha Ini…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa pilu setiap kali berbuka puasa di bulan Ramadhan apabila mengenangkan pihak yang tidak berkemampuan tidak...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelawak, Fad Bocey mengenang kembali pemergian sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey yang pergi mengadap Illahi pada 10 Februari 2020. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara