Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Gaji Pelakon Taklah Gah Seperti Yang Orang Rasa”- Diana Danielle Kongsi Pengalaman Sebagai Seorang Artis

Diana mendedahkan bahawa setiap pelakon perlu lalui pengalaman bertahun-tahun untuk menetapkan bayaran RM2K bagi setiap episod.

by Naddy Joe
November 29, 2021
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon, Diana Danielle memberi perkongsian dengan peminat mengenai pengalamannya sebagai artis yang dikatakan “indah khabar dari rupa”.

Menerusi Insta Stories, peminat mengajukan soalan kepada Diana mengenai pengalamannya sebagai artis.

“Cerita kan sikit kak Diana. “indah khabar dari rupa” pengalaman sebagai artis”-Soal Peminat

Diana Danielle kemudian memberikan contoh bagi drama 20 episod dan shooting selama 3 bulan, pelakon tersebut akan mendapat standard rate sebanyak RM2,000 bagi setiap episod.

“Contoh drama 20 episod, shooting 3 bulan. Per episod pelakon tu dapat standart rate 2k  per episod.

So 40 ribu bahagi 3 bulan= 13 ribu sebulan.”-Diana Danielle

Mengambil Pembantu Peribadi (PA) Disebabkan Faktor Waktu Bekerja

Menurut Diana, kebiasaannya pelakon akan mengambil pembantu peribadi (PA) disebabkan faktor masa bekerja kadangkala sehingga ke pagi.

“Manager ambik 20% tinggal RM32k. Selalunya pelakon ambil PA sebab kerja memang dari siang ke malam kadang tengah pagi so takut penat drive ke perlukan apa-apa ke so gaji PA sebulan RM2K x 3 bulan= 6k

So sebulan gaji bersih dia dalam RM8.5K sebulan. Belum tolak lagi la benda lain yang perlu disediakan untuk shooting etc so saya anggarkan dalam RM7k lah sebulan”-Diana Danielle

Gaji Pelakon Tidak Gah Seperti Yang Disangka

Tambahnya lagi, Diana turut memberitahu bahawa gaji pelakon tidaklah gak seperti yang orang ramai sangkakan.

“So memang la bila dengar RM40 ribu orang terus fikir wah 40k sebulan…Takk. 40k tu bahagi dengan berapa bulan dia bekerja, tolak commission manager + PA, minyak etc so gaji pelakon taklah segah yang orang rasa.”- Diana Danielle

Menurut Diana, mereka yang ramai sebagai freelancer selepas selesai satu projek, mereka akan berehat dalam sebulan. Mereka juga perlu berjimat untuk membayar segala keperluan dan sewaktu tiada tawaran kerja.

“Mereka pun ramai yang freelance so lepas dah kerja satu project dia akan berehat dalam sebulan. So kena pastikan duit tu jimat-jimat supaya bulan-bulan tak ada job atau nak rehat tu cukup bayar segala keperluan.

Nampak besar tapi as freelancer dia tak ada job security, kadang tersadai 3-4 bulan tunggu job. So kena stretch lagi gaji tu. Belum lagi payment lambat masuk eheyyy.”-Diana Danielle

Lalui Pengalaman Bertahun-Tahun Sebelum Boleh Minta RM2K Per Episod

Pelakon filem Kami Histeria ini mendedahkan bahawa setiap pelakon perlu lalui pengalaman bertahun-tahun untuk menetapkan bayaran RM2K bagi setiap episod.

“Itu pun ramai je pelakon yang nak dapat 2k per episod pun kena lalui bertahun-tahun pengalaman baru boleh minta 2k tu. So ini anggaran saja.”-Jelas Diana Danielle

Apa pendapat anda?

Diana Danielle Tak Benarkan Anak Lelaki Berlakon, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-"Bagi Muhammad Belajar Rajin-Rajin.."
diana danielle
https://lomp.at/v5v4x
Share9Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara