Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Didakwa Tabur Fitnah ‘Berat’, Rita Rudaini Disaman YDP MUAFAKAT MRSM Sungai Besar

by Nurul A.
December 9, 2025
Foto - @ritrud727 (IG)

Foto - @ritrud727 (IG)

57
KONGSIAN
Share on Facebook

Tak ada angin tak ada ribut, dua tokoh akademik iaitu Yang Dipertua (YDP) MUAFAKAT Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Mohd Roslan Mohd Nor dan timbalannya, Saidah Haris@Harith memfailkan saman terhadap pelakon Rita Rudaini.

Tindakan ini diambil selepas Rita tidak mematuhi notis tuntutan RM1 juta yang dihantar sebelum ini selepas pelakon itu dipercayai telah membuat beberapa tuduhan yang tidak berasas.

View this post on Instagram

Berdasarkan kenyataan di Utusan Malaysia, kedua-dua plaintif telah memfailkan writ saman selepas Rita didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah yang dimuat naik melalui platform media sosial, termasuklah Instagram dan WhatsApp.

“Antara label fitnah yang dipersoalkan termasuklah dakwaan plaintif-plaintif sebagai bongkak, narsisis, tidak profesional, ‘prof kangkung’, gila jawatan, penipu, tidak layak memegang jawatan MUAFAKAT serta tuduhan salah urus wang ibu bapa.”

View this post on Instagram

Dua plaintif mendakwa Rita (sebagai defendan) yang mempunyai jumlah pengikut yang ramai, bertindak secara semberono dan mempunyai niat jahat kerana memuat naik kenyataan tanpa semakan sehingga ia memberi kesan kepada reputasi mereka.

“Plaintif menuntut perintah injuksi, memadam kenyataan fitnah, permohonan maaf secara video selama tiga bulan serta ganti rugi am, teruk, pengajaran, faedah 5% setahun dan kos tindakan.”

Dilaporkan, kes ini akan dibawa ke peringkat mahkamah selepas Rita Rudaini didakwa gagal memadam kenyataan, gagal membuat “Aku Janji” tidak mengulangi pernyataan tersebut serta tidak memenuhi permintaan ganti rugi RM1 juta seperti dalam notis tuntutan bertarikh 15 Oktober 2025.

Foto – Newswav

Untuk rekod, kedua-dua plaintif iaitu Mohd Roslan Mohd Nor ialah pensyarah kanan Universiti Malaya dan ahli beberapa Majlis Agama Islam Negeri. Manakala Saidah Haris@Harith pula pensyarah cemerlang Institut Pendidikan Guru cawangan Ipoh serta Musyi Dewan Bahasa dan Panel Pembangunan Sijil Kemahiran Malaysia.

Rita Rudaini Tuju Pada Siapa?-"Bila Anak Menjauh, Itu Bukan Kerana Hasutan, Tapi..."
mrsm sungai besarrita rudaini
https://lomp.at/dtzra
Share23Tweet14SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

[VIDEO] Sebaknya Seorang Ibu… Amyza Tahan Tangis Terima Panggilan Takziah Zahid Hamidi

by Phic ARMAN
February 26, 2026

Suasana duka yang menyelubungi keluarga Amyza Adnan atas pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail, terus meruntun hati ramai. Dalam kesedihan yang...

Read moreDetails
Berita

Aisar Khaled Sekeluarga Berbuka Puasa Dengan Ria Ricis, Curi Perhatian Netizen Malaysia & Indonesia!

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian pempengaruh dan usahawan terkenal, Aisar Khaled mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik beberapa foto di media sosial, baru-baru ini. Menerusi...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
via IG @farahdhiya_fd
Lokal

Farahdhiya ‘Sekolahkan’ Netizen Persoal Giginya Berwarna Kuning-“Saya Bersyukur Dengan Apa Yang Ada…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya tampil bersuara selepas ditegur netizen di media sosial yang mempersoalkan mengapa giginya berwarna kuning. Gigi Yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara