Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

[VIDEO] Didie Alias Hadir Melawat Anak Amyza Aznan, Netizen Sebak!-“Bagi Semangat Kat Dia….”

by Naddy Joe
February 24, 2025
Share on Facebook

Pelakon, Didie Alias berkongsi momen istimew ketika melawat anak lelaki kepada sahabatnya yang juga pelakon, Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail yang disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga, baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Didie Alias dilihat menitipkan ucapan hari lahir buat Andre yang ke-19 tahun ketika melawatnya di hospital, semalam.

Tambahnya lagi, dia turut memohon orang ramai untuk mendoakan agar anak lelaki Amyza ini diberikan kesembuhan.

“Sebenarnya, berat hati nak upload tapi hari ni istimewa buat Andre Mikhail, anak kepada sahabat, Mummy Amyza Aznan.

Harini hari ulang tahun Andre yang ke-19 tahun, mumy doakan Andre terus kuat ye sayang. Mumy mohon doa dari semua yang baca ni doakan buat Andre semoga ada keajaiban buat Andre. Semoga cepat sembuh.”-kapsyen Didie Alias

Dalam pada itu, dia yang hadir memberikan semangat buat Amyza Aznan itu turut mengakui dugaan yang dihadapi sahabat karibnya itu sangat berat.

“Sempat Mumy luangkan masa walaupun sekejap dengan sahabat mumy, bagi semangat kat dia, bagi dia sedikit senyuman, walaupun aku tahu berat sangat dugaan kau.

Sama-sama kita doakan buat sahabat mumy ya.”-kongsi Didie Alias lagi

@mumydidiealias

Sebenarnye berat hati nak upload tapi hari nie hari istimewa buat Andre Mikhail anak kepada sahabat mumy Amyza Aznan Harinie hari ulangtahun Andre yang ke19 tahun,mumy doakan Andre terus kuat ye sayang.Mumy mohon doa dari semua yang baca nie doakan buat Andre semuga ade keajaiban buat Andre.semuga cepat sembuh?? Sempat mumy luangkan masa walaupun sekejap dgn sahabat mumy,bg semangat kt die,bagi die sedikit senyuman,walaupun aku tahu berat sangat dugaan kau. Sama2 kite doakan buat sahabat mumy ye??

♬ original sound – mumydidiealias – mumydidiealias

Perkongsian Didie Alias dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa sebak melihat ujian yang dihadapi oleh anak lelaki Amyza Aznan. Malah, ramai yang turut berkongsi petua sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi Andre.

“Moga cepat sembuh ya, dipermudahkan segala urusan Andre Mikhail.”

“Buang gula, makanan dan minuman yang mengandungi gula dan makan proses atau process food. Hanya boleh minum kopi, teh, teh hijau dan air lemon tanpa gula. Gula merupakan BAJA bagi penyakit kanser.”

“Moga ada keajaiban buat anak Amyza Aznan. Diberikan kesembuhan dan kuat lawan sakit.”

“Kenapa dengan saya sekali sedih.”

Sama-sama kita doakan agar anak Amyza Aznan cepat sembuh..Apa komen anda?

[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak
Amyza Aznandidie alias
https://lomp.at/u32nz
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Aisar Khaled Sekeluarga Berbuka Puasa Dengan Ria Ricis, Curi Perhatian Netizen Malaysia & Indonesia!

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian pempengaruh dan usahawan terkenal, Aisar Khaled mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik beberapa foto di media sosial, baru-baru ini. Menerusi...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
Foto - @syed.jeev (FB)
Lokal

Kejutan Untuk Isteri, Prince Syed Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Mentua

by Nurul A.
March 17, 2026

Usahawan dan pempengaruh sensasi, Prince Syed telah mengejutkan orang ramai apabila dia mendedahkan telah menarik semula laporan polis yang pernah...

Read moreDetails
Berita

Andika Putera Kesal Sikap Netizen Kritik Pakaian Alisha, Fazura Beri Respon!-“Yang Buruk Ialah Sifat Sombong…”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pempengaruh media sosial, Andika Putera meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir netizen yang mempersoalkan penampilan anak perempuannya, Alisha Puteri yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara