Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Nenek Vogue! Didie Alias Kini Jadi Duta Produk Kecantikan

Pemilihan Didie adalah kerana karakter dan penampilan diri selebriti itu yang tersendiri serta bersifat ikonik

by Khai Azfar
March 25, 2022
Share on Facebook

Selebriti verstail, Didie Alias telah membuktikan dirinya terus relevan dan meniti populariti menerusi pelbagai pencapaian.

Jadi Duta AISEL 

https://www.instagram.com/p/CbboLcUAkt_/

Terbaru, pelakon yang berusia 50 tahun ini telah dipilih menjadi duta produk kecantikan dan gaya hidup AISEL. Menurut pengasasnya, Madam Aisel pemilihan Didie adalah kerana karakter dan penampilan diri selebriti itu yang tersendiri serta bersifat ikonik.

“Perlantikan Didie sebagai duta AISEL ialah paling tepat mewakili produk ini. Bila tengok Mami orang boleh tahu produk saya kuat seperti personaliti Mami sendiri.

“Saya berharap, produk keluaran Aisel boleh membantu semua kekal cantik dan aktif walaupun sedang meningkat usia,” katanya.

Rezeki Didie

Bagi Didie atau lebih mesra disapa Mami, semua yang diterimanya adalah rezeki hasil kerja keras dalam persada dunia seni sejak lebih tiga dekad. Malah, nenek muda ini juga tidak menolak ia merupakan rezeki anak dan cucunya.

“Alhamdulillah dengan kepercayaan yang diberikan dan rezeki tidak putus dari Allah. Bagi Mami setiap usaha ada ganjarannya.

“Macam produk ini, Mami sendiri ambil tahu dan cuba lebih tiga bulan sebelum bersetuju untuk menjadi duta. Malah memang gunakannya secara praktikal,” katanya.

Bercakap mengenai mandat yang diberi, Didie berkata akan menjadi wakil dan mempromosikan produk itu dalam kalangan orang industri, keluarga, peminat dan semua peringkat umur sebaik mungkin.

“Kami juga akan adakan siri jelajah serta CSR sepanjang kerjasama dalam tempoh enam bulan,” katanya.

Untuk info, ketika ini dua produk penjagaan wajah yang menjadi tarikan di AISEL iaitu Premium Bright -Up Ampoule dan juga AISEL Dual Beauty Balm.

AISEL diambil daripada perkataan dalam Bahasa Azerbaijan yang membawa maksud pantulan cahaya bulan di permukaan air. Produk keluaran AISEL diperbuat sepenuhnya dari bahan semula jadi, seperti ekstrak tumbuh-tumbuhan hijau sepertiteh hijau, pegaga, biji bunga teratai, kulit beras, dan shea butter.

[VIDEO] Didie Alias Terkejut Dengan Pertanyaan Netizen 'Bila Mahu Bercerai'-"Mulut Kau Macam Cil*ka"
didie alias
https://lomp.at/aluv6
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ayda Jebat Lalui Prosedur Jahitan Semula Untuk Terbang Ke Singapura, Rakan Selebriti & Peminat Bimbang!

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pengacara, Nabil Mahir berkongsi keadaan isterinya yang merupakan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang bakal menjalani prosedur jahitan semula mengalami...

Read moreDetails
Lokal

PU Syed Kesal Babak Dalam Drama Penunggang Agama-“Cukup-Cukuplah Mencemarkan Watak Berjubah & Berserban…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberikan teguran secara terbuka terhadap salah sebuah drama islamik yang memaparkan watak yang tidak bersesuaian...

Read moreDetails
Foto - @jennierubyjane (IG)
Lokal

Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

by Nurul A.
February 21, 2026

Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan...

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara