Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Digelar BLACKPINK Malaysia, Dolla Dedah Sejarah Penubuhan Kumpulan

by Khai Azfar
October 20, 2020
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak awal kemunculannya menerusi Dolla Make You Wanna, kumpulan penyanyi wanita baharu Dolla mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan genre seakan pop Korea serta menunjukkan tarian yang cukup rancak.

Ada Keunikan Tersendiri 

Dengan konsep tersebut ada yang menggelarkan mereka sebagai BLACKPINK Malaysia dan tidak kurang ada juga yang melihat mereka seakan ingin meniru konsep kumpulan penyanyi wanita tempatan, De FAM. Menjawab dakwaan itu, Dolla beranggapan persamaan yang dilihat oleh peminat  adalah secara kebetulan dan menganggap setiap kumpulan punyai kelainan dan keunikan tersendiri.

 “Kami dapat banyak komen mengenai kononnya meniru konsep sesetengah kumpulan termasuk De FAM. Niat kami bukan ingin meniru sesiapa, mungkin ada persamaan tetapi masing-masing ada suara dan gaya tersendiri” ulasnya

Single Pertama Muncul Debut

Dalam pada itu, mereka begitu bersyukur dan gembira kerana single pertama mereka diterima baik oleh peminat apatah lagi ianya dilancarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

“Kami lancarkan lagu ini pada 20 Mac iaitu ketika negara berhadapan dengan PKP. Kami akui semasa awal promosi ianya agak perlahan kerana kami tidak boleh bergerak kemana-mana termasuk stesen radio dan televisyen. Selepas PKP,Alhamdulillah kami boleh promosikan semula lagu ini dan kami tak rasa ianya terlambat untuk dipromosikan buat peminat kerana ianya diterima dengan baik” kata Dolla kepada Murai.my

Kongsi Sejarah Penubuhan

Berkongsi sejarah penubuhan Dolla, pada awalnya mereka saling tidak mengenali dan hanya bertemu ketika sesi ujibakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu. Ketika itu, pihak pengurusan telah meletakkan antara kriteria yang dicari mereka adalah berkebolehan menyanyi dan menari.

“Sebenarnya kami tak kenal pun satu sama lain. Kami digabungkan oleh pihak pengurusan menerusi ujibakat dan disitulah kami mula bertemu”

“Mereka mencari penyanyi dan penari. Ketika ujibakat, memang hampir semua genre kami kena buat termasuklah menyanyi dan menyanyikan lagu-lagu rap.Alhamdulillah, kami senang dapatkan keserasian kerana semuanya ‘sekepala'” dedah mereka lagi

Bercakap mengenai perkembangan terbaharu, Dolla berkongsi khabar gembira bahawa mereka akan tampil dengan sebuah lagi single baharu pada penghujung bulan ini.

“Kami baru sahaja selesai rakamkan single kedua dan Insyallah akan keluar pada penghujung Oktober. Judulnya adalah Impikan dan genre yang bakal ditampilkan adalah EDM”

“Kami masih lagi dalam percubaan mencari genre yang sesuai. Single kedua adalam EDM dan single ketiga nanti tengoklah bagaimana. Tetapi semuanya dikekalkan dalam linkungan Pop” katanya

Dolla yang dianggotai oleh Sabronzo,Tabby,Angel dan Syasya ditemui Murai.my ketika di malam akhir Suria Duo X di Dewan Kristal, TM Convention Central, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Nikah Pada Ogos Lalu, Sabronzo Ambil Masa Umumkan Pernikahannya...

YouTube video

Dolla
https://lomp.at/l9yn7
Share6Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Musik

Menjelang Konsert Legasi 30, Siti Nurhaliza Imbau Detik Nyaris Tak Masuk Bintang HMI

by Phic ARMAN
January 9, 2026

Menjelang Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza yang bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu ini, nama Datuk Seri Siti...

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore