Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Dikomen Terlalu Beria-Ria Ketika Menyanyi, Naqiu Akui Dirinya Sentiasa Bersungguh-Sungguh Agar Penonton Rasa Berbaloi

by Puteri Alia
October 2, 2023
Share on Facebook

Penyanyi Naqiu mengakui akan beria-ria atau bersungguh-sungguh setiap kali membuat persembahan tidak dalam apa juga acara, termasuk ketika bertanding di pentas Gegar Vaganza (GV).

Tutur Naqiu atau nama penuhnya, Wan Naqiuddin Mohd Najib, perkara tersebut sudah menjadi kewajipannya setiap kali menyanyi bagi memberi persembahan yang berbaloi buat penonton.

Vokalis kumpulan Boboy itu berkata, dia melayan semua persembahan sama rata dan akan sentiasa memberi sepenuh jiwanya dalam nyanyian.

“Pada saya, ‘beria-ia’ itu adalah diri sendiri dan bukan sahaja pentas GV, jika suruh menyanyi di stesen minyak sekali pun, saya akan lakukan perkara sama.

“Sebab peminat sudah habiskan duit untuk bayar setiap produk yang saya keluarkan. Penganjur juga sudah membayar saya, jadi saya perlu berikan yang terbaik.,” katanya.

Mengulas mengenai persembahannya pada konsert minggu kedua ASGV yang dikatakan terlalu beremosi, Naqiu menerima pandangan juri dengan hati terbuka selain mengakui kesilapannya dalam menginterpretasi makna lagu yang disampaikan iaitu Setahun Sudah Berlalu dendangan asal kumpulan Alleycats.

Selain itu, dia juga mengakui penanda aras yang diletakkan ketua juri GV, Datuk Ramli MS pada konsert pertama minggu lalu terhadapnya sedikit sebanyak membebankan dirinya.

“Saya paling takut jika ‘dibantai’ teruk dengan komen juri disebabkan persembahan kurang memuaskan namun saya akui salah membuat interpretasi lagu tersebut.

“Memang terbeban sebenarnya bila Tok Ram letakkan penanda aras yang tinggi terhadap saya.

“Apapun, saya okey dengan komen tersebut sebab semua yang nak disampaikan berjaya dilakukan,” jelasnya.

Semalam, Naqiu yang menduduki tangga ke lapan dalam senarai keseluruhan pemarkahan persembahan peserta ASGV menerima komen daripada Ramli MS bahawa dia terlalu beremosi ketika membuat persembahan sehingga terlupa untuk mendendangkan lagu dengan merdu.

Masih diberi kesempatan meneruskan perjuangan, Naqiu bakal mendendangkan lagu Santai milik Faizal Tahir pada konsert minggu ketiga ASGV Ahad depan.

gegar vaganzaNaqiu Boboy
https://lomp.at/wsog3
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Kenang Pengalaman Pertama Berpuasa- “Saya Takut Emak Marah”

by Nurul A.
February 19, 2026

Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman peribadinya berpuasa semasa bulan Ramadan. Berdasarkan perkongsian...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelawak, Fad Bocey mengenang kembali pemergian sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey yang pergi mengadap Illahi pada 10 Februari 2020. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Foto - @aryanformen (TikTok) / @bront_palarae (IG)
Lokal

[VIDEO] Gemuruh ‘Catwalk’ Sampai Lupa Buang ‘Chewing Gum’, Bront Palarae Mohon Maaf

by Nurul A.
January 30, 2026

Pelakon kacak, Bront Palarae tampil memohon maaf selepas dilihat mengunyah chewing gum ketika berjalan di pentas peragaan Warna Lebaran Ariani...

Read moreDetails
Foto - @traciesinidol_official (IG)
Lokal

Detik Cemas Tracie Sinidol, Mata Kiri Hampir Buta- “Nampak ‘Flash’ Putih Sebelum Gelap”

by Nurul A.
March 9, 2026

Paling mencemaskan! Pelakon kelahiran Sabah, Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pengalaman agak menakutkan yang hampir meragut penglihatannya....

Read moreDetails
Foto - @the_haidars (IG)
Lokal

Peminat ‘Kenenkan’ Dengan Fazura, Ini Respons Que Haidar- “Jodoh Tak Boleh Tolak”

by Nurul A.
February 16, 2026

Pelakon Que Haidar mencuri tumpuan ramai apabila mengulas kenyataan mengenai kemungkinan jodoh bersama pelakon dan usahawan Nur Fazura. Memetik kenyataan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara