Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Dikritik Model Nampak Bentuk Kemaluan, Anuar Faizal Perjelas Konsep Promosi ‘Sanitizer’

Ada yang hanya memakai seluar dalam (boxer) sehingga menampakkan bentuk kemaluan.

by Khai Azfar
May 11, 2021
Share on Facebook

Pereka fesyen sensasi, Anuar Faizal sekali lagi dikatakan telah mencetus kontroversi apabila menampilkan beberapa orang model lelaki berimej seksi memegang produk terbaharu keluarannya, ‘LUXURY HAND SANITIZER by #ANUARFAIZAL’.

Nampak Bentuk Kemaluan

Selain itu, pakaian model tersebut turut dikritik kerana ada yang hanya memakai seluar dalam (boxer) sehingga menampakkan bentuk kemaluan. Menjelaskan lebih lanjut, Anuar ketika dihubungi Murai.my berkata dia sedia maklum mengenai kecaman  daripada netizen.

Bagaimanapun,pereka fesyen ini hanya ingin memandang dari sudut positif dan menganggap segala kritikan tersebut sebagai kritikan yang membina.

“Kecaman netizen seperti biasa saya akan sentiasa pandang dari sudut yang positif. Kritikan yang membina akan saya guna pakai” kata Anuar

Mengenai konsep yang ditampilkan untuk tujuan promosi produk ini, jelas Anuar ia lebih ke arah fotografi “Nature Inspired OOTD” dan telah dipotretkan oleh Azroi Bob . Mengambil inspirasi dari jenama-jenama antarabangsa, dari segi pemilihan model  Melayu, Cina dan India  pula untuk menunjukkan latar belakang negara Malaysia yang majmuk dan harmoni.

Kena Dengan Konsep

Tambahnya,  model tersebut sengaja dibiarkan tanpa memakai baju kerana  sesuai dengan kempen wangian dan mesej yang ingin disampaikan,  kesegaran angin lembut dan bayu yang bertiup sewaktu berada di persisiran pantai yang bersih serta tenang.

Menurut Anuar, penghasilan pembersih tangan ini tercetus selepas menyedari akan kepentingan penggunaannya dalam norma baharu ini. Menariknya, produk ini didatangkan secara eksklusif dan menampilkan sentuhan mewah kerana mempunyai aroma dari bunga ros, ylang-ylang, iris dan diadun bersama wangian gaharu, amber serta patchouli.

Tidak dilupakan pembersih tangan ini juga dirumus khuhus dengan Ethyl Alcohol sebanyak 70% (mengikut saranan WHO) dan juga terkandung antioksidan.

“Penggunaan One & Only ANUARFAIZAL Luxury Hand Sanitizer adalah melalui “pressure spray” untuk semburan yang lebih meluas dan mudah diguna pakai. Ia hadir dalam botol 60ml” kongsinya lagi

Sebagai seorang penggiat fesyen, dia akui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kali ketiga (PKP) 3.0 ini sekali lagi memberi kesan terhadap perniagaannya. Justeru itu, dia terpaksa berfikir dengan lebih kreatif selain dalam masa yang sama ingin memberi peluang kepada mereka yang terkesan dalam pelbagai bidang.

” Ya,saya akui sangat terkesan akibat PKP dan memaksa penggiat di dalam industri kreatif seperti kami untuk berfikir diluar kotak dan bertindak diluar comfort zone”

“Saya perlu berfikir secara kreatif dan kritis dengan mencari peluang perniagaan yang ada dan dalam pada masa yg sama membantu mereka di dalam industri. Sebagai contoh kempen hand sanitizer ini saya mewujudkan peluang pekerjaan untuk pengilang, pencetak, fotografer dan juga model. Saya juga menyampai mesej perpaduan dgn menggunakan model melayu, cina, india yang seteru dengan slogan #kitajagakita” katanya

Sekadar info, Anuar Faizal merupakan salah seorang pereka fesyen ternama tanah air yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini. Sering kali dikatakan mencetuskan kontroversi, namun figura ini mempunyai mesej dan visinya tersendiri dalam setiap terjemahan rekaannya.

anuar faizal
https://lomp.at/820d4
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara