Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Dilihat Rezeki ‘Murah’ Setelah Pulang Dari Umrah, Tyzo Selesai ‘Bertemu’ Pihak Pengurusan Tertinggi Hot FM

by Puteri Alia
February 5, 2024
Share on Facebook

Dilihat secara rasional, apabila Allah SWT menguji dengan menarik sedikit daripada nikmat, maka akan menjadikan seseorang itu akan kembali mengingati Allah dan bersyukur di atas nikmat-Nya.

Apatah lagi, nikmat kurniaan yang ditarik balik itu hanya sebahagian kecil berbanding dengan yang sudah diperoleh.

Berbahas soal ini terdahulu, penerima trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) Ke-35 baru beberapa hari kembali ke tanah air selepas dua minggu mengerjakan umrah.

Tyzo bagaimanapun tidak menyangka ketika dirinya dihimpit ujian yang cukup hebat, dia menerima pelawaan daripada seorang pendengar setia Suria Petang untuk membawanya mengerjakan ibadah umrah, baru-baru ini.

Terkini desas-desus bekas penyampai radio sensasi, Tyzo bakal menyertai Media Prima Audio (MPA) kembali hangat diperkatakan susulan pertemuan dengan pengurusan tertinggi stesen terbabit, baru-baru ini.

Menurut sumber, Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran bagaimanapun berkata, pihaknya kebetulan bertembung dengan Tyzo atau nama sebenar, Tuah Zolqarnain Idris di satu lokasi.

“Terserempak. Nak ‘check’ (periksa) siapa nampak lagi muda. Beza setahun saja. Salam kenalan bro Tyzo Xander,” tulisnya dalam hantaran di Instagram.

Menerusi perkongsian itu, Nazri turut membuat naik gambar mereka bersama Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Biarpun dilihat berseloroh kononnya perjumpaan berkenaan tidak dirancang, ramai berpendapat itu antara ‘bunga-bunga’ petunjuk kolaborasi antara kedua-dua pihak semakin hampir.

Memetik laporan penuh Kosmo, sebelum ini Hot FM membuat kaji selidik dalam kalangan pendengar selepas personaliti penyiaran berdua 48 tahun itu ditamatkan kontrak dari Suria FM secara mengejut.

Begitupun, selepas itu bahagian Jenama & Komunikasi MPA menyatakan tiada perancangan mengambil penyampai radio baharu kerana hantaran dibuat sekadar pertanyaan spontan.

Fizz Fairuz Umum Tinggalkan Suria FM, Luahan Isteri Cetus Tanda Tanya - “Dijauhi Dengan Orang Yang Hati Busuk"

Pada masa sama, rata-rata pendengar Hot FM menyatakan akan terus memberi sokongan padu sekiranya stesen terbabit mengambil Tyzo untuk bersiaran.

Selain rangkaian di bawah MPA, difahamkan beberapa saluran lain juga dikatakan sedang merisiknya ketika ini.

hot fmMPAsuria fmtyzo
https://lomp.at/qoek6
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Foto - @elyanaofficial1 (IG)
Lokal

“Jangan Ejek Rasa Sakit Yang Belum Pernah Kau Rasakan”- Elyana Emrizal

by Nurul A.
February 5, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia semalam. penyanyi Elyana Emrizal telah mencuri perhatian orang ramai apabila berkongsi hantaran penuh makna...

Read moreDetails
Spotlight

‘Malam Tiga Syukur’, Dalami Pengertian Qana’ah Raya Ini

by Naddy Joe
March 8, 2026

Bayangkan seorang lelaki yang ada segala-segalanya. Rumah besar, kereta mewah, keluarga yang setia. Orang memandangnya dengan penuh rasa kagum, dan...

Read moreDetails
Lokal

Zahnita Wilson Nyaris Jadi Mangsa Scammer-“Hati-Hati Di Luar Sana..”

by Naddy Joe
February 26, 2026

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi mangsa 'scammer', baru-baru ini. Kongsi Zahnita atau nama...

Read moreDetails
via IG @farahdhiya_fd
Lokal

Farahdhiya ‘Sekolahkan’ Netizen Persoal Giginya Berwarna Kuning-“Saya Bersyukur Dengan Apa Yang Ada…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya tampil bersuara selepas ditegur netizen di media sosial yang mempersoalkan mengapa giginya berwarna kuning. Gigi Yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore