Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Jac & Tom Sebenarnya Macam Risau’- Shila Amzah Kongsi Detik Awal Ganti Dina Di Saat Akhir

Menurut Shila dia akui mengetuai persembahan tersebut memandangkan Jac dan Tom memintanya untuk mengiringi mereka.

by Khai Azfar
October 24, 2022
Share on Facebook

Mengenang persahabatan diantara mereka, tiga peserta wanita Gegar Vaganza 9 (GV9) yang tinggal, Shila Amzah, Jaclyn Victor dan Tom sanggup menggantikan Dina Nadzir di saat akhir dalam membuat persembahan pada minggu ini.

Ia berikutan bapa kepada Dina, Mohd Nadzir Gulam Kadir, 64 telah meninggal dunia pada pagi Ahad sekaligus membuatkan penyanyi itu tidak dapat beraksi pada minggu ini.

Menurut Shila, mereka bertiga membuat keputusan untuk mempersembahkan lagu Januari yang sepatutnya dinyanyikan oleh Dina sebagai tanda sokongan dan ia turut mendapat persetujuan daripada pihak produksi.

‘Kami terfikir apa akan jadi dengan Dina dan apa yang kami boleh lakukan sebagai rakan. Jadi kami dapat idea mungkin kami boleh nyanyikan lagu dia apatah lagi kini hanya tinggal empat peserta wanita.

‘Kami semua pun tak sangka pihak produksi akan beri kebenaran dan kami pun berlatih hanya petang tadi di saat akhir,” kata Shila

Shila Mengetuai Persembahan

https://www.tiktok.com/@cikmoonmurai/video/7158293496963648769?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=en

Dalam pada itu,menurut Shila dia akui mengetuai persembahan tersebut memandangkan Jac dan Tom memintanya untuk mengiringi mereka.

Tambahnya lagi, secara kebetulan dia begitu gemar akan lagu yang dinyanyikan oleh mendiang Glenn Fredly itu.

‘Jac dan Tom sebenarnya macam risau sebab ia adalah keputusan di saat akhir dan mereka ada juga minta untuk saya iringi nyanyikan mereka kerana khuatir sekiranya tersilap.

“Secara kebetulan, saya memang minat dan sangat tahu akan lagu mendiang Glenn ini.

“Kalau ikutkan saya punya prinsip tak akan bawakan lagu yang saya pernah bawakan sebelum ini. Tetapi, demi Dina saya sanggup ketepikannya.

“Jadi kalau di persembahan tadi ternampak saya lebih ke depan sebenarnya saya hanya membantu mereka memandangkan ia adalah keputusan kami di saat-saat akhir” katanya lagi

Kongsi pelantun Khilaf Asmara itu lagi, dia dan rakan-rakan GV yang lain berkesempatan untuk mengucapkan takziah dan memberikan kata-kata semangat buat Dina.

[VIDEO] Syada Luah Trauma Nak Bercinta, Shila Amzah Titip Nasihat- "Sayang Diri Kita Dulu"

Untuk info, tiada penyingkiran dibuat dalam konsert kali ini bagi menghormati Dina atas pemergian ayah yang tercinta. Namun begitu, menurut pihak produksi Astro, mereka tidak akan menolak sekiranya terdapat minggu yang mempunyai dua penyingkiran kelak.

Dina NadzirGegarvaganza9GV9jaclyn victorshila amzah
https://lomp.at/zclcy
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Perkongsian isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya yang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelawak, Fad Bocey mengenang kembali pemergian sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey yang pergi mengadap Illahi pada 10 Februari 2020. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Spotlight

“Memang Ada ‘Gila’ Sikit…”- Izzue Islam Mahu Video Muzik Raya Luar Biasa Sampai Orang Ingat

by Phic ARMAN
March 12, 2026

Setiap kali musim raya menjelma, memang tak sah kalau industri muzik tempatan tidak meriah dengan pelbagai lagu raya baharu. Tahun...

Read moreDetails
Lokal

‘Segala Bulan Islam Diratibnya’- Peminat Luah Pedih, Siti Nurhaliza Balas Dengan Lembut

by Phic ARMAN
January 26, 2026

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi bualan hangat,  tetapi bukan kerana salah apa pun. Seperti biasa, Siti...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama Putri Aleeya Antasha kembali jadi buah mulut netizen apabila sekeping foto terbaharu dirinya tular di media sosial. Wajah lembut,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara