Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Disoal Jadi Atau Tidak Berkahwin Pada 10 Jun Ini, Dini Schatzmann Minta Orang Ramai Tidak Membuat Spekulasi Berlebihan

by Puteri Alia
May 31, 2023
Share on Facebook

Pelakon, Dini Schatzmann, 28, meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung khabar angin yang mendakwa dia bakal mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Janna Nick.

Memetik laporan berita, Dini memaklumkan bahawa perbincangan antara dia dan Janna untuk berkahwin memang pernah dibuat sebelum ini namun sehingga kini belum ada ketetapan berhubung hal tersebut.

“Kalau apa yang dikatakan (khabar angin) itu betul, maka ia (perkahwinan) itu akan terjadi. Kalau selepas tarikh itu tak ada apa-apa, maka tiadalah.

“Jika benar terjadi (berkahwin) saya akan beritahu semua orang. Perancangan perkahwinan semestinya ada sebab takkan kami nak berada dalam hubungan yang sekadar main-main.

“Insya-Allah, kalau boleh memang kami tidak mahu lama sangat (bercinta), takut tak ke mana,” katanya kepada Utusan Malaysia semasa majlis sidang media pelancaran treler dan poster filem Malbat: Misi Bakara,, hari ini.

Dini dalam masa yang sama tidak terkejut dengan khabar angin tersebut dan menyifatkannya sebagai harga perlu dibayar oleh individu bergelar selebriti.

“Tak terkejut dengan khabar angin itu sebab berita kononnya saya dan Janna berkahwin sudah diperkatakan sejak beberapa tahun lepas.

“Saya juga faham, kami ‘under spotlight’ menunjukkan hubungan kami secara terbuka. Jadi jika ada khabar angin mengenai perkahwinan kami tentu akan diperkatakan.

“Ibarat api kecil boleh marak cepat di dalam industri,” tambahnya.

Terdahulu, Dini dan Janna dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 10 Jun ini di sebuah resort mewah di Pantai Cenang, Langkawi.

Selain itu, Janna turut dikatakan telah menghantar borang pernikahan di Pejabat Agama Daerah Langkawi.

https://lomp.at/tyyib
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @markruffalo (IG)
Hollywood

Peminat Kecewa, Mark Ruffalo Sahkan “Hulk” Tiada Dalam ‘Avengers: Doomsday’

by Nurul A.
January 23, 2026

Peminat meluahkan rasa kekecewaan selepas aktor Mark Rufallo mengesahkan bahawa watak "Hulk" tidak akan kembali dalam filem 'Avengers: Doomsday' yang...

Read moreDetails
via IG @farahdhiya_fd
Lokal

Farahdhiya ‘Sekolahkan’ Netizen Persoal Giginya Berwarna Kuning-“Saya Bersyukur Dengan Apa Yang Ada…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya tampil bersuara selepas ditegur netizen di media sosial yang mempersoalkan mengapa giginya berwarna kuning. Gigi Yang...

Read moreDetails
Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
Foto - nur.nilam.ortiz (FB)
Lokal

Nur Nilam Ortiz Beri Bayangan Sudah Berpisah?- “Doa Yang Baik-Baik Untuk Kami”

by Nurul A.
March 3, 2026

Hantaran video pendek usahawan Nur Nilam Ortiz di platform TikTok mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet apabila isteri kepada pelakon...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore