Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ditipu Hidup-Hidup, Watie Mengakui “Derhaka” Cakap Suami Kerana Enggan Dengar Nasihat Shuib!

by Puteri Alia
February 16, 2024
Share on Facebook

Bila isteri menturuti semua nasihat dan teguran suami bukanlah sebab tiada ego, tetapi ianya hanyalah untuk kebaikan bersama. Apa salahnya mendengar antara satu sama lain, elakkan sengketa barulah aman rumah tangga.

Sebenarnya disebabkan ego, tidak kiralah suami atau isteri susah hendak terima teguran walaupun mereka tahu bahawa teguran itu adalah untuk kebaikan rumah tangga yang dibina.

Bercakap soal ini, isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah RM100,000.

Pemilik nama lengkap Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, itu mengakui mudah terpengaruh dengan tawaran keuntungan berlipat kali ganda sehingga terdorong menyertai satu skim pelaburan yang sebenarnya palsu.

Menurut ahli perniagaan itu, pada hari sama akaun Instagram yang turut digunakan bagi mempromosikan produk turut digantung, sekali gus mencetuskan kerungsingan berganda.

“Januari 2024 adalah permulaan tahun yang mencabar dari segi kesabaran mental dan emosi. Hari mummy (panggilan diri) nak terbang ke China, hari itu juga Instagram mummy kena gantung.

“Masa itu dekat otak runsing pasal kerja yang akan tertangguh sebab ada dua, tiga kontrak yang mummy baru tandatangani.

“Masa ini dah rasa mungkin Allah nak mummy tumpukan sepenuh perhatian pada keluarga, tiada sosial media sebab bila mummy sibuk, anak-anak mengeluh kenapa mummy tak dapat hantar dan ambil balik sekolah.

“Hari yang sama juga dapat berita dah kena scam RM100,000. Bayangkanlah perasaan nak kena terbang malam itu,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Begitupun, akuinya, dia lebih memikirkan mengenai akaun laman sosial yang digantung, berbanding situasi sejumlah besar wang yang lebur di tangan penipu.

Selepas Rahsia Lima Bulan, Shuib Akhirnya Bongkar Watie Hamil -"Sembunyi Dari Anak-Anak Dan Keluarga"

Enggan berlengah, Watie mengakui terus meminta maaf kepada Shuib yang sebelum itu pernah menasihatkannya lebih berwaspada apabila membabitkan pelaburan.

“Sebelum mummy terbang terus minta ampun dan maaf dekat daddy (Shuib). Ayat masa tu ‘Daddy, saya minta maaf tau kalau ada benda yang tak dengar nasihat daddy’

“Masa itu daddy terus tanya. ‘kenapa? Pelaburan dah hangus ke?’ Sebab itu saja benda yang mummy tak dengar cakap daddy, yang lain semua mummy dengar kata.

“Jadi, memang daddy dah dapat agak, biasalah perempuan. Bila ada pendapatan sendiri macam itulah. Mummy pula memang sejenis pantang dengar bab-bab melabur yang mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda.

“Sudahnya hari-hari kena perli dengan daddy. Daddy cakap ‘awak pergilah main kutu lagi’,” ujarnya.

Watie turut mengakui kesilapan sendiri yang mudah terpengaruh apabila mendengar tentang pelaburan, selain berjanji akan patuh dan lebih mendengar nasihat suaminya pada masa akan datang.

Insiden terbabit juga dikatakan memberi banyak pengajaran terutama lebih berhati-hati di masa hadapan.

“Tapi dekat situ mummy belajar, lain kali jangan derhaka cakap suami. Kalau suami kata tidak maksudnya tidak, jangan pujuk sampai dia terpaksa cakap iya.

“Enggan bagi daddy marah, mummy cakap dekat daddy ‘i reda sebab tahu Allah boleh bagi dan boleh ambil bila-bila Dia berkehendak. Siapa kita nak menangis,” luahnya lagi.

shuibWatie
https://lomp.at/7k4fk
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
Foto - @abbyabadi_112 (IG)
Lokal

Netizen ‘Geram’ Marissa Tak Ambil Iktibar Dari Perkahwinan Ibu, Ini Respons Abby Abadi

by Nurul A.
March 31, 2026

Nama pelakon Abby Abadi tidak lekang daripada mulut warganet selepas meluahkan perasaan di platform Threads semalam. Menerusi komennya yang ditinggalkan...

Read moreDetails
Lokal

PU Syed Kesal Babak Dalam Drama Penunggang Agama-“Cukup-Cukuplah Mencemarkan Watak Berjubah & Berserban…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberikan teguran secara terbuka terhadap salah sebuah drama islamik yang memaparkan watak yang tidak bersesuaian...

Read moreDetails
Lokal

Janna Nick Dedah Pelakon Wanita Dituduh ‘Scammer’ Pernah Hubungi Minta Wang-“Tiba-Tiba Suami Dia Yang Pickup!..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil bersuara mengenai salah seorang rakan selebriti yang didakwa terlibat dengan penipuan wang (scammer). Kongsi Janna atau...

Read moreDetails
Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara