Thursday, August 21, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Insyallah Akan Ada” – DJ Lin Beri Petunjuk Suria FM Bakal Disertai Penyampai Radio Baharu

Dia mengharapkan generasi muda akan menjadi pelapis kepada penyampai-penyampai radio yang lain.

by Khai Azfar
January 26, 2022
235
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyampai radio popular yang juga Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin mendedahkan stesen radio tersebut bakal mempunyai ‘ahli keluarga’ mereka yang baharu tidak lama lagi.

DJ Lin Mahu Generasi Muda Jadi Penyampai Radio Suria FM

Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid, 47 kriteria pemilihan bagi penyampai radio Suria FM itu kelak tidak terhad hanya kepada golongan selebriti. Malah, DJ Lin menggalakan generasi muda terutamanya graduan universiti lepasan komunikasi untuk menyertai keluarga besar mereka. Jelas Penyampai Radio Paling Dipercayai Reader’s Digest 2021 itu, dia mengharapkan generasi muda akan menjadi pelapis kepada penyampai-penyampai radio yang lain.

“Sejujurnya saya cakap kami memang tengah mencari penyampai baru tetapi tidak meletakkan syarat seperti hanya terbuka kepada selebriti kerana bagi saya kita juga perlu berikan laluan kepada golongan muda untuk mencuba khasnya kepada lepasan universiti yang mempunyai kelulusan dalam bidang komunikasi, yang berbakat dan berminat. Kami perlukan pelapis dan mungkin saya akan cari lagi dua atau tiga penyampai.

“Sampai sekarang sebenarnya ramai bekas penyampai radio dan selebriti turut bertanyakan kepada saya sekiranya tawaran tersebut dibuka. Bagus sebenarnya, kerana disitu saya tahu mereka ini ada dan berminat serta sudah tentu kami mempunyai banyak pilihan untuk memilih penyampai radio yang baru.

“Jadi kalau ditanya akan ada penyampai radio baru, insyallah akan ada” kata DJ Lin kepada Murai.my

Bagi segmen Suria FM pada tahun 2022 pula, DJ Lin berkata semua segmen yang sedia ada akan dikekalkan. Manakala bagi penyampai radio yang baharu kelak, mereka akan diletakkan dalam segmen yang tidak utama atau akan bergandingan bersama penyampai radio Suria FM yang sedia ada sebagai pengenalan buat para pendengar.

“Bagi segmen pula segalanya akan dikekalkan seperti mana ada sekarang di Suria FM. Untuk mereka yang baru, sebenarnya agak berisiko jika diletakkan mereka dalam segmen utama kerana mereka masih baru dan pendengar tidak mengenali mereka.

“Jadi saya rasa buat sementara waktu saya akan letakkan mereka di slot yang bukan utama seperti segmen hujung minggu atau berpasangan dengan penyampai berpengalaman. Secara tidak langsung mereka bukan sahaja belajar malah identiti mereka juga akan diperkenalkan dengan lebih lagi” katanya lagi

Suria FM Anjur Majlis Kesyukuran 

Dalam perkembangan lain, DJ Lin turut memaklumkan Suria FM telah berpindah ke bangunan yang baru di Menara The Star, disini. Menyifatkan tahun 2021 sebagai satu pencapaian terbesar Suria FM, satu majlis kesyukuran dab bacaan yasin serta doa selamat akan diadakan pada 27 Januari 2022 secara virtual jam 9 malam.

Terima Berita Tamat Kontrak Beberapa Hari Selepas Kehilangan Bapa, Suraya Borhan Berhenti Khidmat di Suria FM

Mengajak semua pendengar untuk sertai majlis tersebut bersama penyampai-penyampai radio Suria FM, DJ Lin turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada mereka sepanjang 17 tahun ke udara.

“Alhamdulilah kami telah berpindah ke pejabat baru pada 17 Januari lalu di Menara The Star dan kini dalam proses kemas dan sebagainya. Suria FM juga mencatat pencapaian yang sangat luar biasa dan paling tinggi pada tahun 2021 dan ia merupakan sejarah manis sepanjang kami beroperasi.

“Kami sangat bersyukur dan berterima kasih dengan sokongan yang diberi terutamanya rakan-rakan media yang banyak memberi publisiti dan sudah tentu dari pendengar kesayangan kami yang setia mendengar. Tanpa mereka sudah tentu pelanggan kami tidak akan memilih Suria FM sebagai rakan strategik.

“Untuk itu, pada 27 Januari ini kami akan adakan kenduri kesyukuran yang kami namakan salam suria 2022 dan majlis bacaan yasin juga akan diadakan secara virtual” kongsi DJ Lin

DJ Lin ditemui Murai.my di majlis pelancaran single pertama Farah Rose berjudul Ceritaku di Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini. Untuk rekod, DJ Lin yang terkenal dengan slot Suria Cinta merupakan Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 buat tahun ketiga sejak kali pertama merangkul trofi itu pada ABPBH 2015.

DJ Linsuria fm
https://lomp.at/3bmff
Share94Tweet59SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Waris Selar Kenyataan Saifuddin Nasution, Dakwa “Tipu & Fitnah” Ibu Zara Qairina

  2. 2

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  3. 3

    [VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!

  4. 4

    Ramai Batal Pesanan Rendang, Ini Respons Khairul Aming- “Saya Taknak Aniaya Masa Orang…”

  5. 5

    MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem