Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Doakan Saya Selamat Sampai” – Nora Ariffin Tunai Umrah Bersama Anak & Suami

Sebelum berangkat Nora memohon maaf dan berharap mendapat umrah yang mabrur

by Puteri Alia
March 31, 2022
via Instagram @itsnoraariffin

via Instagram @itsnoraariffin

516
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Datuk Nora Ariffin berangkat ke tanah suci hari ini bagi menunaikan ibadah umrah, berita ini dikongsikan sendiri oleh Nora di Instagram nya menarik perhatian orang ramai di media sosial.

Tunai Umrah Bersama Anak Dan Suami

Menerusi perkongsian tersebut, Nora memohon maaf atas sebarang kesilapan yang dilakukannya sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja dan meminta agar orang ramai mendoakan diri beliau sekeluarga dapat menunaikan ibadah umrah yang mabrur di tanah suci.

“Di sini saya ingin memohon ampun dan maaf seikhlas hati atas semua salah silap (sengaja/tidak sengaja), halalkan apa yang dimakan/diminum/diambil.

Doakan saya selamat sampai ke destinasi, dapat menunaikan ibadah umrah, puasa dengan sempurna, diberikan kesihatan yang baik, dilindungi Allah SWT setiap masa dan mendapat umrah yang mabrur. Aaminn.” tulisnya

via Instagram @itsnoraariffin

Netizen Titip Doa Buat Nora Sekeluarga

Melihat muatnaik terkini selebriti tersebut di Instagram, ramai yang menitip ucapan dan doa agar urusan Nora sekeluarga dipermudahkan serta mendapat umrah yang mabrur.

“Moga Allah mudahkan ibadah umrah Dato Nora dan keluarga..”

“Alhamdulillah. Selamat pergi dan kembali, dapat umrah yang mabrur”

“Alhamdulillah.. Semoga mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan semuanya. Aminn”

“Syukur alhamdulillah moga Allah permudahkan segalanya buat Nora, suami dan anak untuk ibadah umrah dan di beri kesihatan yang baik..” komen mereka

via Instagram @itsnoraariffin

Untuk rekod, Nora menjalani ibadah umrah bersama suaminya Dr Rushdi Ramli dan anak ketiganya Putri Nur Dahlia. Semoga Nora sekeluarga mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan urusan sepanjang di tanah suci.

Nora Bakal Fail Cerai Kerana Pihak Ketiga! Netizen Persoalkan Kembali Siapa Sebenarnya Pihak Ketiga
nora ariffinumrah
Share206Tweet129SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  3. 3

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  4. 4

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  5. 5

    Uqasha Tepis Dakwaan Gelaran ‘Datuk’ Adik Ipar Dibeli, Dedah Status Kerabat & Sumbangan Hartanah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem