Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Dododots Perkenal Koleksi Edisi Terhad Superhero DC!

by Naddy Joe
July 17, 2025
Share on Facebook

Dikenali kerana menjadikan penjagaan jerawat sesuatu yang menyeronokkan, jenama penjagaan kulit Malaysia, Dododots kini membawakan tenaga kreatif yang sama ke dunia superhero dengan Couple Edition Acne/ Pimple Blind Box baharu.

Baru sahaja dilancarkan pada 15 Julai 2025 baru-baru ini, keluaran edisi terhad ini direka untuk dua orang, menjadikannya sempurna untuk pasangan, rakan karin, dan sesiapa sahaja yang mahu berkongsi kejutan yang menyeronokkan.

Pembungkusan terbelah tepat pada bahagian tengah (bayangkan bunyi retak biskut Krismas tetapi dengan tompok jerawat), memberikan kelainan pada blindbox ini. Apabila dikoyak bersama, setiap sisi mendedahkan barisan karakter yang berbeza.

View this post on Instagram

A post shared by Dododots Beauty Patch | Pimple Patch | Cute Acne Patch (@dododots)

Satu bahagian menampilkan karakter kegemaran peminat seperti Batman, Superman, The Flash, dan Joker, manakala bahagian lain termasuklah karalter wanita seperti Wonder Woman, Supergirl, Catwoman, dan Harley Quinn. Setiap kotak mengandungi dua set, masing-masing terdiri daripada 25 rekaan pelekat jerawat yang unik, menjadikan blindbox ini cara yang menyeronokkan untuk menjaga kulit anda dan mempamerkan karakter wira atau penjahat kegemaran anda.

Pengasas Dododots, Ethan dan Esther Wong menyatakan bahawa koleksi ini turut direka untuk anda semua merasai pengalaman bersama pasangan, adik beradik ataupun rakan karib.

“Koleksi ini direka untuk menjadi interaktif dan bermakna kerana ia bukan sekadar produk penjagaan kulit, malah ia adalah sesuatu yang anda boleh alami bersama pasangan, adik-beradik, atau bahkan kawan baik anda.”-kata Ethan dan Esther Wong

Membangunkan kegembiraan dari pelancaran sebelumnya seperti pelekat jerawat yang diinspirasi dari The Powerpuff Girls, Dododots terus menolak batasan penjagaan kulit dengan rekaan yang menonjol. Blindbox bertema DC yang ini tidak terkecuali, menampilkan superhero yang ikonik dalam produk Dododots yang meningkatkan kepercayaan diri.

Setiap Couple Edition Blind Pack merangkumi dua set 25 pelekat jerawat. Oleh kerana ini adalah keluaran terhad, peminat digalakkan untuk mendapatkannya dengan segera.

Pek ini baru sahaja tersedia di Malaysia dengan harga RM33.00 dan di Singapura dengan harga SGD14, bermula 15 Julai 2025.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dododots
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara