Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Dr. Azizan Osman Dilantik Sebagai Pengarah Bukan Bebas Mpay

by Phic ARMAN
September 23, 2022
Share on Facebook

Aspek kepimpinan merupakan antara kunci penting bagi seseorang usahawan mampu membina bisnes berjaya. Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd., tanpa kepimpinan yang mantap, sukar untuk sesebuah bisnes melonjakkan ke tahap lebih tinggi.

“Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sangat menekankan aspek kepimpinan bagi bangsa usahawan yang dibimbing. Beliau bukan saja bercakap, malah menunjukkan teladan kepimpinan baik kepada warga RichWorks dan anak didiknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Radz mewakili seluruh warga syarikat mengucapkan setinggi tahniah buat Dr. Azizan merangkap Pengerusi RichWorks atas pelantikan sebagai Pengarah Bukan Bebas dalam Managepay Systems Berhad (MPay) berkuat kuasa semalam.

Mentor Usahawan, Dr. Azizan Osman menyaksikan Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi Titanium Premier – Partner (TPP) pertama RichWorks pada Jun lalu.

“Kami sangat berbangga atas perlantikan Dr. Azizan yang menjadi pengiktirafan atas sumbangan dan peranan signifikan beliau dalam melahirkan bangsa usahawan berjaya di negara.

“Dr. Azizan bersama RichWorks mula melatih dan membimbing usahawan sejak 15 tahun lalu hingga menyaksikan banyak jenama dan syarikat terutama Bumiputera berkembang malah capai jualan jutaan ringgit,” jelasnya.

Radz berkata, Dr. Azizan bukan saja membimbing malah merupakan seorang pelabur bahkan ‘pelajar’ yang sentiasa meningkatkan pengetahuan dengan ilmu dan strategi keusahawanan terkini untuk manfaat anak didik bimbingannya.

“Perkara ini dibuktikan bila mana beliau baharu saja menyelesaikan ijazah kedoktoran (PhD) tempatan pertamanya bersama institut pengajian tinggi tempatan, Asia e University (AeU) pada 19 Ogos lalu.

“Bahkan sebelum itu, beliau mengambil dan mendapat kelulusan dalam Chartered Institute of Management Accountants (CIMA),” jelasnya.

Mengulas lanjut lagi, Radz memberitahu, Dr. Azizan juga tak pernah jemu belajar dan mendapatkan ilmu baharu bagi menyediakan bangsa usahawan.

“Passion beliau dari dulu hingga kini untuk melihat transformasi dan metamorfosis usahawan dan bisnes mereka berkembang ke tahap lebih tinggi.

“Bukan itu saja, beliau juga sedang menyediakan beberapa syarikat yang dibimbingnya untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh 3 tahun ini,” jelasnya.

https://lomp.at/65eog
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara