Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Dr Azmeer dan Selebriti Pertahan Bidang Seni, Kecam Dakwaan ‘Bodoh’ oleh Pempengaruh

by Aphit J.
May 18, 2025
80
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini satu kenyataan pempengaruh yang menyatakan bahawa beberapa kos di universiti yang melibatkan seni adalah kos bodoh telah telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet.

Atas dakwaan tersebut, menurut Harian Metro, Profesor Adjung Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Azmeer Abu Bakar, tampil mempertahankan bidang pengajian seni dan komunikasi.

Ilmu Tidak Pernah Silap

via Harian Metro

Hal ini selepas seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai DMA Islam memperlekehkan kursus universiti seperti Komunikasi dan Media, Teater dan Seni Tari sebagai bidang yang “bodoh”.

Dalam kenyataan media, Dr Azmeer menegaskan bahawa ilmu tidak pernah silap, dan bidang seni memiliki nilai yang besar dalam membentuk generasi muda.

Katanya, penyelidikan dan analisis dalam seni penting demi kelestarian budaya dan warisan negara.

Ada pemuda yang memperbodohkan kursus akademik dengan mengatakan seseorang itu tak perlu ijazah seni.

Jawapan saya, apapun boleh silap, tapi ilmu tidak akan silap.

Tambahnya, pengajian seni adalah penting bagi ahli akademik untuk menaik taraf seni dan budaya melalui ilmu yang sahih.

Rakan Selebriti Turut Bersuara

via Instagram Melodi

Kenyataan pempengaruh itu turut menerima reaksi tegas daripada beberapa selebriti tanah air, termasuk Datuk Aaron Aziz, Nadia Brian, dan Hazeman Huzir.

Aaron Aziz menyifatkan dakwaan tersebut bertentangan dengan nama ‘Islam’ yang digunakan oleh pempengaruh berkenaan kerana ilmu, walaupun dalam bidang seni, tidak wajar diperlekehkan.

Menurutnya, industri seni dan komunikasi semakin berkembang hasil sumbangan graduan universiti, termasuk kejayaan filem tempatan dengan kutipan jutaan ringgit.

Sementara itu, Nadia Brian menuntut permohonan maaf terbuka daripada pempengaruh berkenaan kerana kenyataannya bukan sahaja menimbulkan kekeliruan, malah menjatuhkan martabat institusi pendidikan.

Katanya, bidang seni bukan semudah yang disangka, sebaliknya menuntut teori, praktikal, dan usaha gigih untuk berjaya.

Nedim Kongsi Foto Berpegangan Tangan Dengan Nadia Brian, Undang Reaksi Netizen!

Pengacara Hazeman Huzir pula berpendapat bahawa kenyataan tersebut mungkin sekadar taktik pempengaruh untuk meraih perhatian di media sosial dengan cara yang mudah dan sensasi.

azmeerDatuk Aaron Azizhazeman huzirnadia brian
https://lomp.at/hont2
Share32Tweet20SendShare

KINI TRENDING

Lokal

PU Syed Kesal Babak Dalam Drama Penunggang Agama-“Cukup-Cukuplah Mencemarkan Watak Berjubah & Berserban…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberikan teguran secara terbuka terhadap salah sebuah drama islamik yang memaparkan watak yang tidak bersesuaian...

Read moreDetails
Spotlight

Islamik & Mendidik Jiwa, Jom Lihat 4 Drama Bersiri Sepanjang Ramadan Ini Di RTM

by Naddy Joe
February 21, 2026

RTM konsisten dalam memilih drama- drama berunsur Islamik dan kekeluargaan yang mendidik jiwa, terutamanya dalam menjalani ibadah puasa yang dituntut...

Read moreDetails
Foto - @hrisbismail (IG)
Lokal

PU Riz Balas Kritikan Tak Beri Teguran Pada Keluarga- “Simpan Kurang Cerdik Pada Diri Sendiri”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan kritikan orang ramai yang mendakwa dirinya tidak lantang memberi teguran kepada ahli...

Read moreDetails
Berita

Umie Aida Tampil Pertahankan Puteri Balqis-“Tolong Jangan Ganggu…”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Datin Sri Umie Aida tampil mempertahankan pelakon, Puteri Balqis berhubung kemelutnya bersama pelakon, Mia Sara Nasuha. Kongsi Umie Aida...

Read moreDetails
Spotlight

Fauziah Nawi Cabar Diri Jadi Penagih Dadah, Sampai Pengarah Tegur Sebab ‘Lalok’

by Phic ARMAN
March 18, 2026

Kalau sebut nama Fauziah Nawi, memang tak perlu diperkenalkan lagi. Aktres senior ini sudah lama membina nama dengan lakonan penuh...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara