Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Dr Malar Sebak, Mahu Berhenti Dari Sosial Media, – “Khilaf Saya”

by Farah Fatihah
December 18, 2025
69
KONGSIAN
Share on Facebook

Kontroversi melibatkan jemputan rasmi ke sebuah sekolah yang sebelum ini mencetuskan perdebatan hangat di media sosial akhirnya menemui titik reda apabila pegawai perubatan dan personaliti media sosial, Dr Malar atau nama sebenar Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pempengaruh dan usahawan, Faizsoul.

Isu berkenaan tercetus selepas Faizsoul meluahkan rasa terkilan apabila kehadirannya ke sekolah tersebut dipertikaikan segelintir pihak, termasuk dakwaan dirinya tidak layak kerana hanya memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

via Threads @faizsoul_

Menerusi satu hantaran di Threads di akaun miliknya @faizsoul_, menjelaskan bahawa kehadirannya dibuat atas jemputan rasmi pihak sekolah dan bertujuan berkongsi pengalaman hidup serta menyumbang kepada pelajar asnaf.

Menurut Faizsoul, sumbangan yang diberikan adalah inisiatif peribadi tanpa sebarang paksaan atau permintaan. Malah, beliau sendiri menawarkan bantuan selepas dimaklumkan jumlah pelajar asnaf di sekolah berkenaan.

“Aku tanya berapa asnaf ada di sekolah. Ada 204 orang, dan aku volunteer untuk bantu. Itu sumbangan peribadi aku,” jelasnya.

Bagaimanapun, isu tersebut menjadi semakin panas apabila wujud sindiran di media sosial yang mempertikaikan kelayakan individu berkelulusan SPM untuk dijadikan figura inspirasi di sekolah.

Sindiran itu mencetuskan rasa tidak puas hati Faizsoul yang mengakui dirinya bukan pelajar cemerlang dan tidak memiliki diploma atau ijazah, namun tetap berbangga dengan pencapaian SPM yang dimilikinya.

“Ada SPM ni tak ada masa depan ke?” luahnya.

@drmalarss

PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA ~ Saya mengaku kekhilafan saya, dan dengan rendah diri, sya mohon maaf kepada semua yang terasa. #fyp #fy #drmalar

♬ original sound – CelotehDrMalar – CelotehDrMalar

Susulan kecaman bertubi-tubi dan perbincangan meluas dalam kalangan netizen, Dr Malar yang sebelum ini tampil mengkritik kehadiran Faizsoul ke sekolah berkenaan akhirnya memuat naik satu video di Tiktok  di akaun miliknya @drmalarss untuk permohonan maaf.

via Threads @faizsoul_

Dalam keadaan sebak, beliau mengakui penggunaan perkataan yang kurang tepat dalam kenyataannya sebelum ini sehingga menimbulkan salah faham dan persepsi negatif terhadap golongan pemegang SPM.

Mahu Berhenti Sosial Media Buat Sementara

Menurut Dr Malar, niat asal beliau bukan untuk merendahkan sesiapa, sebaliknya ingin menekankan kepentingan pemilihan figura yang dijemput ke sekolah agar mampu memberi inspirasi yang sesuai kepada pelajar yang masih dalam proses membentuk hala tuju masa depan.

“Saya mengaku penggunaan perkataan saya sebelum ini kurang tepat sehingga memberi gambaran seolah-olah saya merendahkan mereka yang hanya memiliki SPM. Itu bukan niat sebenar saya,” katanya.

“Saya mahu berehat dari sosial media buat masa ini, kalau anda nak unfollow, atau caci maki, saya okay. saya tak off komen”, katanya nada sebak

Dr Malar turut memaklumkan isu berkenaan telah dimanipulasi oleh segelintir pihak sehingga mengundang kecaman berterusan, malah memaksanya berehat seketika daripada media sosial. Namun begitu, beliau menegaskan menerima segala kritikan dan tidak akan memadam komen negatif yang ditinggalkan netizen.

“Kepada semua yang terasa, saya minta maaf. Kepada Faizsoul juga saya minta maaf,” jelasnya.

Mengakhiri penjelasan, Dr Malar menegaskan beliau tetap berpegang pada prinsip bahawa individu yang dijemput ke sekolah seharusnya mampu memberi inspirasi yang baik kepada pelajar, namun mengakui setiap individu mempunyai peranan dan sumbangan tersendiri dalam masyarakat.

Isu ini secara tidak langsung membuka ruang perbincangan lebih luas tentang nilai kejayaan dan inspirasi, yang tidak seharusnya diukur semata-mata melalui pencapaian akademik, sebaliknya turut merangkumi pengalaman hidup, keikhlasan dan sumbangan kepada komuniti.

Keputusan SPM 1A-, Ada Kisah Sayu Disebaliknya
Dr MalarfaizsoulSPM
https://lomp.at/j1rai
Share28Tweet17SendShare

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Foto - @traciesinidol_official (IG)
Lokal

Detik Cemas Tracie Sinidol, Mata Kiri Hampir Buta- “Nampak ‘Flash’ Putih Sebelum Gelap”

by Nurul A.
March 9, 2026

Paling mencemaskan! Pelakon kelahiran Sabah, Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pengalaman agak menakutkan yang hampir meragut penglihatannya....

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Mahu Turun Padang Bantu Keluarga Yang Memerlukan Bantuan-“Semoga Sedikit Usaha Ini…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa pilu setiap kali berbuka puasa di bulan Ramadhan apabila mengenangkan pihak yang tidak berkemampuan tidak...

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Terkejut Ramai Netizen Meminta-Minta Wang Di Media Sosial-“Saya Dulu Dari Keluarga Susah Jugak..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal , Datuk Alha Alfa akui merasa terkejut apabila ramai netizen yang meminta-minta wang daripadanya di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara