Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Dr Say Shazril Dedah Diganggu Golongan Gay

by Khai Azfar
February 26, 2020
104
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini Murai.my yang dahulunya dikenali sebagai Hangat.com antara yang terawal menampilkan Dr Say Shazril pada paparan media. Manakan tidak, dengan kelulusannya sebagai seorang doktor suatu ketika dahulu apatah lagi mempunyai penampilan menarik persis seorang model membuatkan Dr Say atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin mempunyai pengikut setianya tersendiri.

Hormat Kawan ‘Gay’ 

Seringkali berkongsikan pelbagai tips kesihatan dan juga gaya hidup dari sisi seorang lelaki dan juga bapa, namun begitu menerusi posting terbaharunya, Pengacara Tanya Doktor ini berkongsi sesuatu yang menarik perhatian warga net. Menurut Dr Say, dia akui mempunyai rakan-rakan yang tergolong dalam kelompok suka pada kaum sejenis (gay), namun mereka saling menghormati antara satu sama lain apatah mempunyai kecenderungan tersendiri.

Pernah Disergah Ketika Sedang Tukar Baju

Biarpun mengambil sikap terbuka untuk membicarakan perihal tersebut, bagaimanapun bagi Dr Say ada beberapa insiden yang membuatkan dia berasa terkilan dengan sikap segelintir individu. Dedahnya lagi, ada beberapa ketika dia pernah disergah oleh individu yang tidak dikenali ketika sedang tukar baju. Lebih menakutkan ada individu cuba untuk membuka pintu bilik air ketika dia sedang mandi.

Pinta Dr Say, dia tidak kisah sekiranya mahu berkawan namun harapannya agar mereka menghormati pendiriannya dan tidak sesekali cuba menghasut dirinya untuk turut terjebak menjadi golongan suka pada kaum sejenis.

“Tapi kalau sampai saya tukar baju nak sergah masuk atau ketika saya tengah mandi nak acah-acah terbuka pintu bilik air itu melampau.

“Saya tak tahulah mereka saja nak uji saya atau apa tetapi saya tak cuba nak ‘convert’ anda, kenapa mahu ‘convert saya?

“Banyak lagi sado jambu kat luar sana kenapa nak saya yang hidung jambu air, perut buncit, dada gelebeh anak satu ni?”

View this post on Instagram

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Sebagai info, Dr Say telah berkahwin dengan Dr. Azura berkahwin pada 30 Mac 2014 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aezriel.

[VIDEO] Dr Say Perjelas Mengenai Isu 'Telur Masam'-"Adab & Ilmu Kena Seiring.."
Dr Say Shazril
Share42Tweet26SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  3. 3

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  4. 4

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  5. 5

    Uqasha Tepis Dakwaan Gelaran ‘Datuk’ Adik Ipar Dibeli, Dedah Status Kerabat & Sumbangan Hartanah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem