• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Detik Cemas Anak Jatuh Atas Perut Isteri Hamil

by Khai Azfar
September 25, 2020
Share on Facebook

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi detik cemas apabila salah satu kandungan pasangan kembar isterinya, Datin Dr Halina dikatakan tidak bergerak.

Terjatuh Ketika Bermain 

Insiden tersebut terjadi selepas anak kembarnya, Adam dan Noah terjatuh dengan kuat di atas perut isterinya ketika mereka sedang bermain. Dedah Dr Sheikh, isterinya hanya mendiamkan diri sehinggalah dia memberitahu salah seorang kembar seperti tidak bergerak mahupun ‘menendang’ dua jam selepas insiden tersebut.

Bergegas Ke Unit Kecemasan

Berasa tidak sedap hati kerana pergerakan kandungan tidak seperti biasa, pasangan ini bergegas ke bahagian kecemasan di sebuah hospital kira-kira 20 minit perjalanan daripada rumah mereka pada jam 1 pagi. Ketika itu mereka hanya mampu berdoa dalam hati dan Dr Sheikh turut memberitahu kelihatan airmata Dr Halina mengalir sepanjang perjalanan tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)

Bagaimanapun, pasangan ini bersyukur kerana ujian pemeriksaan ‘Ultrasound’ mendapati kedua-dua bayi berada dalam keadaan sihat. Di kesempatan itu, Dr Sheikh turut menitipkan pesanan agar ibu hamil diluar sana untuk tidak mengabaikan perkara seumpama ini dan menjaga kandungan mereka sebaiknya. Untuk rekod, Dr Halina dijangka akan bersalin sekitar Disember ini.

Datuk Dr Sheikh Muszaphar shukorDr Halina
https://lomp.at/tdxiw
Share4Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Personaliti

Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

by Phic ARMAN
August 1, 2025

Bila bercakap pasal kerabat diraja, selalunya yang kita nampak sekarang adalah sisi moden, elegan dan penuh protokol. Tapi baru-baru ini,...

Read moreDetails
Personaliti

[VIDEO] Kemunculan Tunku Aminah & Suami, Cetus Rasa Teruja Peminat!- “Comelnya Famili…”

by Naddy Joe
May 4, 2023

Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tunku Aminah merupakan anakanda kedua...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
missmurai

“Mentua VS Menantu”- 5 Penyebab Kenapa Ramai Wanita Yang Tak ‘Ngam’ Dengan Mentua

by Soph Azz
April 26, 2023

Psst... Kamu perasan tak yang tak semua wanita baik dengan mentua? Kalau ada yang dilayan baik seperti anak sendiri, alhamdulillah....

Read moreDetails
Personaliti

Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

by Phic ARMAN
March 7, 2023

Baru-baru ini di laman TikTok, MURAI MY tertarik melihat video yang dimuatnaik oleh Dato’ Mohd Nazifuddin Najib atau lebih mesra...

Read moreDetails
Personaliti

[VIDEO] Seorang Peninju, Kenali 4 Fakta Tentang Tengku Eddie Yang Didakwa Cederakan Pekerja

by Phic ARMAN
November 7, 2024

Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, seorang individu yang kini menjadi perhatian ramai selepas didakwa mencederakan seorang pekerja, adalah anak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore