Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Duduk Termenung Seketika Menikmati Pemandangan Suria KLCC Kembalikan Nostalgia Aidilfitri Di Desa Nelayan

by Puteri Alia
April 21, 2023
Share on Facebook

Duduk termenung seketika menikmati keindahan alam semula jadi yang terdapat disekeliling desa nelayan pasti amat memukau setiap mata yang memandang.

Dihadap pula ke arah laut yang terbentang luas, ditemani mentari senja jauh di ufuk timur, manakala di seberang sana ada alur sungai yang dijadikan sebagai tempat nelayan menjalankan aktiviti termasuk ‘menyadaikan’ (menyimpan) bot ke darat merupakan pemandangan menarik yang pastinya di rindui oleh setiap perantau atau anak kampung.

Setiap kali air sungai surut, kelihatan wajah-wajah wanita dimanah usia duduk bersimpuh sedang mencari teritip dan lokam.

Pada masa sama, di bawah bangsal beratap daun kelapa pula, kelihatan beberapa wanita lain sedang asyik menyiang sotong, ikan dan keropok, ada juga yang menjemur ikan di atas rang (para).

Begitulah aktiviti rutin yang boleh disaksikan setiap hari di desa nelayan yang sukar untuk dinikmati di kawasan bandar.

Namun, pada tahun 2023 ini, suasana memukau dan menakjubkan ini kini dapat dinikmati secara langsung menerusi dekorasi perkampungan nelayan di Suria KLCC yang telah mencetuskan detik kenangan silam pada pengunjung selain dapat menghadirkan rasa syukur dengan kehidupan bersederhana yang dapat dirasai melalui suasana persekitaran di kampung nelayan.

Reka bentuk “Rumah Kampung” tradisional menjadi titik tumpuan di laman “Centre Court” yang mana merupakan pusat perayaan di Suria KLCC. Keunikan pelbagai dekorasi turut mengundang memori indah di suasana kampung yang hadir dengan tata landskap jendela yang gah serta atmosfera kampung yang ditemani dengan kewujudan replika pokok kelapa.

Topik Berkaitan Hidangan Krismas yang Memikat di Maria’s SteakCafe

Rangkaian Kumpulan Suria KLCC pada 24 Mac lalu telah melancarkan sambutan kempen Hari Raya yang telah membawa pengunjung mengimbau suasana perayaan berinspirasikan suasana perkampungan nelayan di pantai timur untuk tahun ini.

Kempen Hari Raya Suria KLCC telah berlangsung mulai 24 Mac sehingga 1 Mei 2023 berikutan dari sambutan Hari Raya yang jatuh pada 22 April 2023.

Gabungan antara dua suasana, iaitu alam semulajadi dan aktiviti gaya hidup penduduk nelayan ini sememangnya menarik dan sukar untuk dinikmati di mall.

Aktiviti interaktif “Wayang Kulit” telah memberikan para pengunjung pengalaman langsung dalam
mengendalikan wayang kulit disebalik tabir. Melalui pengalaman ini, pengunjung berpeluang
untuk menyingkap pengalaman bercerita melalui seni penceritaan tradisional masyarakat Melayu.

Pengunjung juga berkesempatan untuk meluangkan masa melaui aktiviti interaktif lain seperti
permainan tradisional kanak-kanak iaitu teng teng, permainan gasing dan juga congkak yang juga
boleh didapati di laman “Centre Court”.

Alunan muzik lebaran yang akan dilayarkan di sekitar perkarangan pusat membeli belah bagi
menerikan suasana sambutan Hari Raya.

Di samping itu, para pengunjung juga telah berpeluang untuk menari bersama-sama melalui persembahan tarian tradisional yang akan di persembahkan di laman “Centre Court” dan “Ramlee Mall” sepanjang tempoh kempen perayaan.

Sebuah kiosk foto telah disediakan untuk para pengunjung mengambil gambar bersama yang
tersayang. Pengunjung yang bergambar akan menerima cetakan gambar percuma berserta
salinan digital bagi mengabadikan detik bermakna semasa membeli-belah di Suria KLCC.

Topik Berkaitan Hidangan Krismas yang Memikat di Maria’s SteakCafe

Apa yang lebih menarik, replika pelita terbesar di Malaysia yang berukuran setinggi 50 kaki telah hadir sekali lagi di laman “Esplanade KLCC”.

Replika pelita yang gah menyinari pemandangan di Suria Klcc ini juga berjaya menempa nama di dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2022 sebagai replika pelita terbesar dan tertinggi di Malaysia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
suria Klcc
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara