Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Dugaan Tidak Henti Yang Menimpa Farid Kamil & Diana Danielle!

by Ayden Mikhael
October 6, 2018
Share on Facebook

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Majistret telah menolak permohanan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil bagi mendapatkan sementara pasportnya atas urusan ke luar negara. Menerusi laporan Bernama, Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu selepas Farid tidak mengemukakan dokumen sokongan berhubung permohonan tersebut.

Sebelum ini, peguam Faizul Mohd Nasir yang mewakili Farid mengemukakan permohonan itu atas alasan anak guamnya akan ke luar negara untuk menjalani penggambaran filem.  Dalam prosiding sebutan semula lima pertuduhan jenayah yang dihadapi Farid, mahkamah turut mengekalkan tarikh perbicaraan selama lima hari bermula 27 Nov depan.

Malah, Farid yang ditemani isterinya, Datin Diana Danielle ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata dia memerlukan pasport itu bagi urusan kerja.

“Sebagai pelakon, sememangnya saya perlukan pasport antarabangsa untuk urusan lain. Kini aktiviti lakonan saya juga terbatas kerana masih terikat dengan prosiding mahkamah,” katanya menerusi Mstar.

Bagaimanapun, pelakon ‘Lagenda Budak Setan’ itu akur dengan keputusan yang telah ditetapkan dan memahami prosedur mahkamah.

Di hadapan Majistret Salamiah Salleh, mahkamah menetapkan 26 sehingga 29 Nov untuk perbicaraan kes laporan palsu yang dihadapinya. Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee dan Mohamad Firdaous Mohamed Idris.

Sementara itu, Diana meminta orang ramai untuk sama-sama mendoakan keselamatan ibu, Norsiah Ramli dan rakannya yang ketika ini sedang bercuti di Pulau Jeju sejak beberapa hari lalu. Diana berkata dia berasa risau selepas mendapat tahu laporan berita mengenai Pulau Jeju akan dilanda ribut dan taufan.

“Saya berasa risau dengan keselamatan mama kerana baru dapat tahu dari laporan berita, Pulau Jeju akan dilanda ribut dan taufan.

“Penerbangan pulang mama ke Kuala Lumpur yang dijadualkan esok juga ditunda kerana lapangan terbang di Pulau Jeju juga ditutup sejak semalam.

“Saya berdoa semoga mama dan rakannya serta semua pelancong di Pulau Jeju berada dalam keadaan selamat. Saya juga tidak akan membenarkan mama bercuti tanpa ditemani ahli keluarga terdekat selepas ini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Diana, dia terus menghubungi ibunya menerusi aplikasi WhatSapp bila dapat tahu mengenai berita taufan yang akan melanda pusat pelancongan terkenal di Korea Selatan itu.

“Mama nampak tenang saja ketika saya bertanya keadaannya dan rakan di sana. Namun, saya tahu mama sangat risau dengan keadaan cuaca buruk di sana. Ketika saya berhubung dengannya hari ini, mama beritahu memang hujan lebat dan ribut di sana sekarang,” katanya.

Terus-terang, kata Diana, pada mulanya, dia memang berat hati untuk membenarkan ibunya bercuti bersama rakannya di Pulau Jeju itu.

Farid Kamil Akui Tak Pernah Sunyi Lepas Cerai, Pintu Hati Masih Terbuka Untuk Wanita Baru

“Saya juga tidak sampai hati untuk menghalang kerana mama sudah lama tidak bercuti kerana sibuk bekerja. Namun, saya berasa terkilan kerana tidak berada di sisinya ketika berdepan dengan situasi sukar sedemikian,” ujarnya lagi.

murai.my agar segala dugaan serta rintangan yang dihadapi oleh Farid Kamil serta Diana Danielle dapat mereka hadapi dengan tenang dan tabah. In shaa Allah segalanya akan dipermudahkan, aamiin.

Diana Dianellefarid kamil
https://lomp.at/h8134
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Penampilan Isteri Prince Syed Ketika Berniaga Cetus Kritikan Netizen-“Terus Pakai Inner..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed mengundang kritikan netizen selepas berkongsi momen isterinya, Fatin Syazwani sedang berniaga, baru-baru ini....

Read moreDetails
Lokal

A. Aida Anggun Bertudung, Rakan Selebriti & Peminat Titip Rasa Syukur

by Naddy Joe
March 3, 2026

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida mencuri perhatian netizen dan rakan selebriti selepas berkongsi penampilan terkininya di media sosial, baru-baru. Menerusi...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Penyanyi, Wani Kayrie membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Rukiah Kalapukong dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai hadiah hari lahir,...

Read moreDetails
Berita

Aisar Khaled Sekeluarga Berbuka Puasa Dengan Ria Ricis, Curi Perhatian Netizen Malaysia & Indonesia!

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian pempengaruh dan usahawan terkenal, Aisar Khaled mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik beberapa foto di media sosial, baru-baru ini. Menerusi...

Read moreDetails
Berita

Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Ketika Baca Doa Sebelum Azan Maghrib-“Saya Diberi Arahan Oleh Kru Produksi…”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Chef selebriti, Datuk Chef Wan tampil memberikan penjelasan selepas tular video di media sosial yang memaparkan tindakannya mencuit pendakwah selebriti,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara