Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Dulu Kalau Daddy Pergi Private Party…I don’t Share On Social Media”- Azhar Sulaiman Kongsi Tips Bebas Kecaman Kepada Anak

by Puteri Alia
May 31, 2023
Share on Facebook

Secara dasarnya, aib diri merupakan satu rahsia yang perlu disimpan. Bagaimanapun, masih ada segelintir individu yang seolah-olah tidak segan dan berbangga dengan maksiat dan keburukan yang dilakukan sehingga memaparkan perbuatan tersebut di dalam media sosial, meskipun ia bukanlah sesuatu yang dibenarkan dalam agama.

Sehubungan itu, setiap individu bukan sahaja ditegah untuk menyebarkan aib sendiri, malah aib orang lain.

Bahkan perkongsian maklumat peribadi dan apa jua hantaran (posting) di media sosial juga hendaklah dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak leka dalam setiap perkongsian sehingga menuai kecaman dan tohmahan yang membongkar aib seseorang.

Bercerita mengenai perihal ini, nama anak kepada aktor Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona kembali hangat diperkatakan di media sosial dek kerana penampilan seksi yang digayakan.

Terdahulu, Leona memuat naik beberapa gambar dan video yang memaparkan percutiannya bersama rakan-rakan ke Warleigh Weir, United Kingdom.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah pemakaian yang digayakan personaliti media sosial atau ‘influencer’ itu dilihat mengenakan bikini putih yang menampakkan lurah payudara dan bahagian punggung ketika mandi manda di sungai tersebut.

Bagaimanapun, entri terbabit telah meraih pelbagai reaksi daripada warganet selepas dimuat naik di laman TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan rasa terkejut melihat Leona bagai membuka pekung di dada dengan berkongsi video pemakaian yang begitu mecolok mata serta jelas melanggar etika dan garis panduan dalam pemakaian cara Islam.

Selain itu, ada yang bersimpati dengan Azhar yang turut terpalit dengan kontroversi yang dilakukan anak perempuannya.

Perkongsian itu membuatkan gadis berusia 24 tahun tersebut mendapat pelbagai kritikan selain ramai memetik akaun media sosial Azhar Sulaiman bagi memberi teguran buat anak perempuannya itu.

"Behar Sumpah Kamal Adli Agar Mendapat Nasib Yang Baik Seperti..."- Azhar Sulaiman

Terbaharu, Azhar bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila Leona yang juga seorang pempengaruh media sosial segera memadam video berkenaan sebelum dia melihatnya sendiri.

Menerusi laman Tiktok milik pelakon yang pernah memegang watak sebagai ayah menerusi filem ‘Keluarga Iskandar’ ini, Azhar secara terang-terangan menegur serta member tips kepada anaknya mengenai bagaimana dirinya begitu bebas daripada kecaman sepanjang bergelar selebriti serta kekal relevan dalam industri.

“Today daddy nak share satu secret dengan you…bagaimana daddy boleh sustain lama dalam industri hiburan ni…you gotta be smart and remember that most of the people yang follow us are malays and muslim. So be sensitive with your content”

“Be smart la…macam daddy kalau pergi party, pergi changkat ke berjimba ke, private party and all…i dont share on media social…”

Dalam pada itu, pelakon filem Impian berharap agar orang ramai tidak lagi memanjangkan isu berkenaan selepas anak gadisnya memadam video tersebut.

Malah, Azhar juga menitipkan doa agar Leona dapat mempelajari sesuatu perkara daripada insiden tersebut.

azhar sulaiman
https://lomp.at/2p6jw
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @iqbaljamalulleil (IG)
Lokal

Kongsi Da’i Syed Sudah Bertaubat, Adik Tampil Mohon Maaf

by Nurul A.
January 26, 2026

Penyanyi Syed Iqbal Jamalulleil, iaitu adik kepada pendakwah bebas selebriti Da'i Syed baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka selepas...

Read moreDetails
Lokal

Siti Saleha Kongsi Momen Hamil Hingga Bersalin, Netizen Terpegun!-“Pregnant Lawa, Dah Bersalin Pun Lawa..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Umum mengetahui pelakon, Siti Saleha telah selamat menimang cahaya mata pertama pada Selasa. Menamakan bayi lelakinya sebagai Indra, Siti Saleha...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Tak Sangka Peminat Masih Angau- ‘Abang Bagi Spray Muka Dia Sket’

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dah nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dipanggil TokTi, memang lain macam impaknya. Bukan setakat lagu masih...

Read moreDetails
Lokal

Betty Rahmad Dituduh Biadap & Pekik Ke Arah Pekerja Booth?-“Kau Siapa? Artis?..”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengejutkan netizen selepas dituduh bersikap biadab di sebuah festival jualan di Singapura, baru-baru ini....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore