Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Rindu Teramat Pada Ayah Saya”- Ebit Lew Sebak Bertemu ‘Pak Cik TBS’

Ebit Lew turut menceritakan bahawa warga emas itu hanya tinggal seorang diri di kampung dan sering datang ke Kuala Lumpur untuk mencari wang menyara hidup.

by Naddy Joe
June 1, 2022
via Instagram Ebit Lew

via Instagram Ebit Lew

Share on Facebook

Sebelum ini pernah tular sebuah video di aplikasi TikTok mengenai seorang warga emas yang tidur di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk mencari pekerjaan. Terkini, pendakwah terkenal, Ebit Lew telah berjaya menemui warga emas berusia 70 tahun itu yang sebelum ini hanya tinggal seorang diri di kampung.

via Instagram Ebit Lew

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, dapat dilihat Ebit Lew sedang berbual dengan ‘Pak Cik TBS’ yang sedang makan seorang diri.

“Tengah live TikTok kongsi nasihat, ramai anak muda komen minta tolong pakcik TBS. TikTok Syira dan Maisarah. Merantau dari Sik Kedah ke KL cari kerja. Tiada duit tinggal beberapa ringgit sahaja.

Tidur di TBS. Pukul 12 malam terus bergegas cari pakcik ni sampai 4pagi tak jumpa. Seharian mencari pakcik ni tak tidur. Malam tadi 10 malam rezeki akhirnya terjumpa.”-Kongsi Ebit Lew

Sering Ke Kuala Lumpur Untuk Mencari Wang

Tambahnya lagi, Ebit Lew turut menceritakan bahawa warga emas itu hanya tinggal seorang diri di kampung dan sering datang ke Kuala Lumpur untuk mencari wang menyara hidup.

“Pakcik ni ada rumah di Kedah. Isteri dah meninggal dunia. Tinggal seorang diri di kampung. Umur 70 lebih. Tapi susah tiada duit tu yang selalu datang KL nak cari duit untuk makan minum.”-Ebit Lew

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Mahu Beri Wang Secara Bulanan

via Instagram Ebit Lew

Akui sebak melihat warga emas itu bergelut untuk mencari wang demi menyara hidup, Ebit Lew menyatakan hasrat mahu memberikan wang secara bulanan kepada ‘Pakcik TBS’ itu.

“Sedih tengok macam ayah-ayah kita. Saya kata pakcik nak tak kami beri duit bulanan. Katanya dulu pernah ada bantuan tapi dah banyak bulan kena potong. Tiada bantuan. Pakcik duduk kampung rehat je.

Katanya memang ingin nak duduk kampung je. Saya beri sedikit duit. Pakck ni sebak. Ulang kali cakap terima kasih. Katanya tak pernah ada orang beri duit banyak begini. Kena halau kena marah bila minta tolong.”-Kata Ebit Lew

Di akhir hantarannya, Ebit Lew turut memberitahu bahawa dia akan membawa warga emas itu untuk membeli beberapa keperluan lain sebelum menguruskan kepulangannya kembali ke Kedah. Malah, dia turut menitipkan harapan agar warga emas itu dapat berehat dengan tenang.

Sumbangan Secara Diam Diam Siti Nurhaliza Buat Ustaz Kazim Raih Pujian Warganet
Ebit Lew
https://lomp.at/aws2w
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Hajat Terakhir Eric Dane Yang Menyayat Hati

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Pada 19 Februari, dunia hiburan kehilangan bintang Grey's Anatomy itu selepas hampir setahun berjuang melawan amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Beliau...

Read moreDetails
Lokal

Alicia Amin Pertahan Meerqeen Yang Dikecam Makin Berisi?

by Naddy Joe
February 19, 2026

Aktres dan model, Alicia Amin meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal perubahan fizikal aktor kacak, Meerqeen yang...

Read moreDetails
via IG @farahdhiya_fd
Lokal

Farahdhiya ‘Sekolahkan’ Netizen Persoal Giginya Berwarna Kuning-“Saya Bersyukur Dengan Apa Yang Ada…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya tampil bersuara selepas ditegur netizen di media sosial yang mempersoalkan mengapa giginya berwarna kuning. Gigi Yang...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] Sebaknya Seorang Ibu… Amyza Tahan Tangis Terima Panggilan Takziah Zahid Hamidi

by Phic ARMAN
February 26, 2026

Suasana duka yang menyelubungi keluarga Amyza Adnan atas pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail, terus meruntun hati ramai. Dalam kesedihan yang...

Read moreDetails
Foto - @austinskyyyy (X)
Hollywood

[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’

by Nurul A.
March 4, 2026

Nama penyanyi Selena Gomez dan penerbit rekod Benny Blanco menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas penyanyi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara