Tuesday, August 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Eizad Jeffrey Jawab Isu Twenty2 Sebagai Kumpulan K-Pop

by Khai Azfar
January 3, 2019
Share on Facebook

Pertama kali bersua dengan kumpulan ini, pada telahan kami barangkali ianya merupakan kumpulan penyanyi yang berasal dari Singapura. Namun saat diperdengarkan single terbaru mereka berjudul Selamanya sewaktu diundang sebagai penyanyi jemputan di majlis perasmian single Sarah Suhairi, halwa telinga kami tertarik dengan lagu yang begitu ‘catchy’ dibawa anak-anak muda tempatan ini.

‘Selamanya’ Cecah Lebih 1 Juta Tontonan

Meskipun baru bertapak dalam industri, Twenty2 yang dianggotai Harris Yusof, Eizad Jeffrey, dan Justin Persie tampil bangga dengan pencapaian single terbaru mereka itu yang kini mencecah lebih dari 1 juta tontonan di laman YouTube. Siapa sangka, bermula dengan tidak mengenali antara satu sama lain, gabungan Trio ini mula serasi apabila mereka disatukan menerusi sebuah ujibakat yang diadakan tidak lama dahulu.

YouTube video

Menyasarkan pendengar dan peminat dikalangan remaja masa kini. Twenty2 juga hangat diperkatakan peminat sebagai kemunculan semula kumpulan lagenda KRU dan tidak kurang juga yang menyamakan konsep yang dibawa mereka seperti kumpulan penyanyi Korea (K-Pop).

Enggan Disamakan Dengan Kumpulan K-Pop

Menjawab isu berkenaan. salah seorang ahli kumpulan ini, Eizad Jeffrey ketika ditemui murai.my berkata mereka tidaklah membawa imej K-Pop kedalam industri, namun akuinya lagi mereka ada melihat idea-idea terbaru yang dibawa oleh kebanyakan penyanyi disana untuk disesuaikan dengan genre malar segar di tanah air.

” Kami tidaklah meniru atau bawa konsep K-Pop kesini. Tetapi saya akui kami ada buat sedikit ulangkaji mengenai industri disana malah saya dan Haris sendiri sememangnya meminati kebanyakan selebriti disana. Apa pun kami masih lagi mengekalkan imej ‘Malaysian’ dan tidak meniru mana-mana gaya disana”

Dalam perkembangan lain, Twenty2 yang turut muncul bersama nama-nama penyanyi remaja baharu yang sedang meningkat naik atau lebih dikenali sebagai ‘Artis BBNU’ merasakan terdapat sedikit persaingan untuk mendapat tempat dikalangan peminat kini. Biarpun begitu, jelas Eizad lagi mereka menganggap ianya sebagai satu persaingan yang sihat dan akan cuba berusaha untuk terus kekal di dalam industri.

Kumpulan Twenty2
https://lomp.at/8ssh9
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  2. 2

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  3. 3

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  4. 4

    Ramai Batal Pesanan Rendang, Ini Respons Khairul Aming- “Saya Taknak Aniaya Masa Orang…”

  5. 5

    MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem