Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Eizlan Yusof Sahkan Akan Bernikah 12 Disember Ini

by Khai Azfar
December 3, 2019
Share on Facebook

Sebelum ini tersebar luas mengenai spekulasi yang mengatakan Datuk Seri Eizlan Yusof bakal menamatkan zaman duda nya dalam masa terdekat. Sehubungan dengan itu, Eizlan telah mengadakan sebuah sidang media khas semalam bagi menjelaskan spekulasi berkenaan yang berlangsung di Bora Ombak, Putrajaya.

Mahu Terus Rahsiakan Wajah Bakal Isteri 

Dalam sidang media tersebut, pelakon itu telah mengesahkan akan bernikah dalam masa terdekat dengan seorang wanita mualaf berketurunan Serani yang dikenali sebagai Natasha Rosa Boudville, 29.

Memetik laporan dari Kopi Planet, bagaimanapun Eizlan mengambil keputusan untuk terus merahsiakan wajah ‘pencuri hatinya’ itu sehinggalah pada hari pernikahan mereka minggu hadapan.

Memiliki Hobi Yang Sama 

Menurut Eizlan, antara sebab mengapa dia begitu tertarik dengan Natasha adalah kerana perwatakan wanita itu yang kelakar selain memiliki hobi menyelam sama seperti dirinya.

“Kami berkenalan sejak empat tahun lalu menerusi seorang kenalan. Saya sangat menyenangi sifat lucu yang dimilikinya selain kami mempunyai hobi yang sama iaitu menyelam.

“Saya melamarnya tiga bulan lalu dan orang pertama yang saya minta kebenaran ialah daripada ketiga-tiga anak saya.

“Anak-anak semua menyenangi Auntie Chacha dan dia pun sangat prihatin dan menyayangi anak-anak saya. Mereka melompat kegembiraan bila tahu saya nak kahwin semula.

“Dia sudah memeluk Islam pada Ogos tahun lalu dan secara spontan sahaja saya melamarnya pada bulan September lalu,”

Diraikan Dalam Empat Majlis 

Bukan itu sahaja, pasangan ini juga bakal diraikan dalam empat majlis selama empat hari berturut-turutu iaitu malam berinai pada 11 Disember, akad nikah (12 Disember), majlis resepsi (13 Disember) dan malam penghargaan (14 Disember). Katanya lagi, pada perancangan awal dia hanya mahukan majlis diadakan serba ringkas namun rakan-rakannya bersepakat untuk meraikannya dalam empat majlis tersebut.

“Saya bersyukur dikelilingi ramai rakan-rakan yang sayangkan saya dan mereka masing-masing nak menyumbang dalam majlis ini.

“Kalau boleh saya nak adakan secara ringkas sahaja tapi mereka bermurah hati nak menyumbang,”

Sebagai info, Eizlan mula mengenali wanita yang bekerja di dalam sektor perhotelan ini sejak empat tahun yang lalu. Menariknya mengenai majlis perkahwinan mereka, Eizlan akan menggayakan persalinan perkahwinan istiadat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

eizlan yusofEizlan Yusof kahwinNatasha Rosa Boudville
https://lomp.at/ib49d
Share7Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG)
Lokal

Netizen Tersentuh Dengan Pesanan Fazura- “Kawal Diri Daripada Perbuatan Buruk”

by Nurul A.
March 4, 2026

Pelakon Fazura mencuri perhatian ramai sekali lagi apabila berkongsi luahan panjang yang penuh dengan makna di platform Threads. Berdasarkan pemerhatian...

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Sehabis Baik Menjaga Batas Dalam Tempoh Iddah-“Tak Cuba Nak Rapat Dengan Mana-Mana Perempuan..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Kamal Adli Mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu hantaran mengenai tempoh iddah. Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli...

Read moreDetails
Foto - @drfietawfek (IG)
Lokal

Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

by Nurul A.
March 16, 2026

Doktor pergigian, Dr Fie Tawfek menjadi perhatian ramai selepas tamat tempoh iddahnya baru-baru ini. Dr Fie atau nama penuhnya Afifah...

Read moreDetails
Lokal

Dua Legasi, Satu Rantaian Kasih HABIB & Datuk Sri Siti Nurhaliza

by Naddy Joe
March 1, 2026

HABIB, jenama barangan kemas yang telah menjadi sebahagian daripada detik bermakna rakyat Malaysia sejak lebih enam dekad, dengan bangganya menampilkan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
March 3, 2026

Perkongsian usahawan dan pelakon, Rozita Che Wan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara