Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Elaun Bersalin 80% Dari Gaji Jadi Highlight, Ini Senarai Inisiatif PERKESO 2026 Yang Anda Perlu Tahu

by Ayu Kamaruddin
May 4, 2026
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Sempena Hari Pekerja 2026, kerajaan tampil dengan beberapa inisiatif baharu di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang bukan sahaja menyentuh aspek kebajikan, malah memberi nafas segar kepada perlindungan sosial pekerja daripada ibu bekerja, pekerja gig hinggalah mereka yang mencari rezeki di luar negara.

Kalau dilihat secara keseluruhan, pengumuman kali ini bukan sekadar “update biasa”, tetapi lebih kepada langkah besar dalam memastikan pekerja Malaysia kekal relevan, dilindungi dan tidak tercicir dalam arus ekonomi semasa.

@perkesoofficial

Amanat Hari Pekerja 2026 oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri @Anwar Ibrahim membawa mesej yang jelas bahawa kebajikan pekerja terus diperkasa, perlindungan diperluas 🇲🇾 Dua inisiatif penting diumumkan: ✔ Cadangan Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB) — sokongan buat ibu kembali ke dunia pekerjaan ✔ Perluasan perlindungan PERKESO ke luar negara — demi memastikan rakyat Malaysia terus dilindungi walau di mana mereka mencari rezeki Ini bukan sekadar pengumuman, tetapi satu komitmen berterusan untuk memastikan tiada pekerja yang tercicir dalam sistem perlindungan sosial negara. Kerana di sebalik setiap usaha, ada jaminan. Dan di sebalik setiap cabaran, ada perlindungan. #HariPekerja2026 #PERKESOPrihatin #PerlindunganSosial #KebajikanPekerja

♬ original sound – PERKESO – PERKESO

Fokus Utama: Elaun Pasca Cuti Bersalin Jadi Game Changer

Antara yang paling mencuri perhatian sudah tentu pengenalan Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB) satu inisiatif yang dilihat cukup signifikan untuk wanita bekerjaya.

Diumumkan oleh Anwar Ibrahim, elaun ini menawarkan bayaran sekitar 80% daripada gaji bulanan secara one-off, bersama tambahan cuti sehingga 30 hari selepas tamat cuti bersalin 98 hari.

Lebih menarik, inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 132,000 wanita di seluruh negeri.
Dalam konteks realiti hari ini, ramai wanita berdepan dilema antara kerjaya dan keluarga, terutama selepas melahirkan anak. Jadi, EPCB dilihat sebagai “safety net” yang boleh membantu mereka kembali bekerja tanpa tekanan kewangan yang melampau.

Secara tidak langsung, langkah ini juga cuba menangani isu “career exit” dalam kalangan wanita, satu trend yang semakin ketara selepas usia 30-an.

Bukan Itu Sahaja, Ini Lagi Inisiatif Yang Diumumkan

Selain EPCB, beberapa lagi inisiatif turut diperkenalkan, menunjukkan pendekatan lebih menyeluruh oleh kerajaan:

1. Skim Pengembara (Untuk Pekerja Luar Negara)

Kerajaan kini memberi perhatian kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara melalui Skim Pengembara.
Difahamkan, hampir 480,000 pekerja Malaysia di luar negara bakal dilindungi, bermula dengan pekerja rentas sempadan Malaysia–Singapura.

Langkah ini bukan dibuat suka-suka, statistik menunjukkan purata satu kematian seminggu melibatkan pekerja Malaysia di luar negara. Jadi, perlindungan ini memang sangat diperlukan.

2. PACE: RM710 Juta Untuk Masa Depan Pekerja

Program Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE) pula hadir dengan peruntukan lebih RM710 juta.

Fokus utama:

  • Lindungi pekerjaan sedia ada
  • Tingkatkan kemahiran (reskilling & upskilling)
  • Sokong majikan dan industri

Program ini juga merangkumi latihan dalam bidang TVET, digital, teknologi hijau, EV dan semikonduktor selari dengan keperluan industri masa kini.

3. Skim LINDUNG 24 Jam
Mulai Jun 2026, pekerja bakal menikmati perlindungan kemalangan 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Maksudnya?

Bukan setakat waktu kerja, kemalangan di rumah, jalan raya atau waktu peribadi juga dilindungi.
Satu upgrade besar kepada sistem perlindungan sedia ada.

4. Skim LINDUNG KASIH (Suri Rumah)
Untuk suri rumah pula, had umur bagi Skim LINDUNG KASIH kini dinaikkan daripada 55 kepada 60 tahun.
Langkah ini dilihat lebih inklusif, mengambil kira realiti bahawa ramai wanita masih aktif walaupun sudah mencecah usia 50-an.

Bagi Murai secara keseluruhan, inisiatif PERKESO kali ini jelas menunjukkan hala tuju baharu dalam memperkukuh sistem perlindungan sosial negara namun jika perlu pilih satu yang paling “standout”, sudah tentu EPCB menjadi tumpuan. Bukan sahaja kerana nilainya, tetapi impaknya kepada masa depan wanita dalam tenaga kerja. Dalam dunia yang semakin mencabar, sokongan seperti ini bukan lagi pilihan tetapi keperluan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
EPCBInisiatif PERKESOPACESkim LINDUNG 24 JamSkim LINDUNG KASIHSkim Pengembara
Share7Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

VIDEO Gelagat Anak Kecil Dikir Barat Curi Perhatian PMX, Ramai Teruja Lihat Komen Anwar Ibrahim

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Kadang-kadang, perkara kecil yang muncul di media sosial boleh mencuri perhatian ramai. Lebih menarik apabila aksi spontan seorang kanak-kanak bukan...

Read moreDetails
Foto - @firdaus89 / @abeming8 (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”

by Nurul A.
September 15, 2026

Di platform Threads, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan ibu bapa menghadiri sebuah kelas antenatal, telah mencuri perhatian warganet. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Pusara Bukan Props”- Netizen Tegur Trend Oversharing Kematian

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Kebelakangan ini, semakin banyak perkongsian di media sosial yang memaparkan momen ketika seseorang kehilangan insan tersayang. Ada yang berkongsi gambar...

Read moreDetails
Kemalangan
Sosial Buzz

[VIDEO] Sempat Rakam Celoteh Anak Sebelum Kemalangan, Ibu Tak Sangka Jadi Kenyataan

by Nurul A.
October 8, 2026

Di platform TikTok, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Salatiga, Jawa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya India, Ini Permintaan Yang Adil”- Netizen Puji Lelaki Tegur Bunyi Bising Kuil Di Sentul

by Phic ARMAN
September 21, 2026

Bila tinggal di kawasan perumahan, isu bunyi bising memang boleh jadi perkara sensitif. Lagi-lagi kalau bunyi tersebut berlarutan sehingga lewat...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Lepas Tanam Baru Maklum”- Ahmad Fedri Yahya Tegur Kenyataan Netizen Tentang Kematian Suami

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Namun, dalam keadaan berduka, kehadiran keluarga dan sahabat handai juga boleh...

Read moreDetails
Foto - @@joejnas.wee7 (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang

by Nurul A.
September 14, 2026

Pertandingan HYROX yang berlangsung di Beijing, China baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi. Semasa pertandingan berlangsung, seorang atlet wanita yang berasal...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Bukan Setakat Beli Emas, Rakyat Malaysia Berpeluang Bawa Pulang Kereta Mewah BMW

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Beli emas, mana tahu rezeki pula bawa pulang BMW? Itulah antara perkara yang mungkin menarik perhatian rakyat Malaysia apabila Cindai...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Uyaina Arshad Baru Sedar Kenapa Threads Dilabel Toksik, Ini Buktinya…

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Uyaina Arshad yang tampil mempersoalkan satu budaya di platform berkenaan yang menurutnya semakin dinormalisasikan. Media sosial sepatutnya menjadi ruang untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Netizen Persoal DELIMa 3.0, Sindiran Fadhlina “Makan Dalam”

by Phic ARMAN
September 17, 2026

Kalau anda ibu bapa yang mempunyai anak masih bersekolah, nama DELIMa mungkin sudah tidak asing lagi. Platform pembelajaran digital Kementerian...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara