Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Elizabeth Tan Mahu Netizen Bawa ‘Mandi’ Bersama

by Khai Azfar
March 7, 2019
Share on Facebook

Tahun 2019 merupakan tahun yang begitu cemerlang buat selebriti verstail, Elizabeth Tan. Manakan tidak, hampir segala-galanya telah diceburi oleh Elizabeth atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy.

Mahu Bawa Mandi Bersama 

Malah sejak beberapa bulan yang lalu sehingga kini, nama Lizzy sering kali meniti di bibir peminat menerusi pertaruhannya dalam single terbaharu, Semua sudah dan juga filemnya yang kini hangat ditayangkan di pawagam, Misteri Dilaila. Tidak cukup dengan itu, Lizzy yang juga seorang penyanyi, komposer, pelakon kini bergelar seorang usahawan apabila dia telah melancarkan jenama produk penjagaan diri miliknya, Mandi.

Mengajak netizen dan peminat membawa ‘Mandi’ bersama, bagi Lizzy dia nekad untuk tampilkan rangkaian produk ini kerana dia begitu sukakan pada wangian yang pelbagai. Oleh itu, penyanyi ini memperkenalkan produk penjagaaan diri dan mulut. Lizzy ketika ditemui murai.my di majlis pelancaran produk Mandi berkata, dia memilih nama Mandi kerana ianya membawa pelbagai maksud. Selain Mandi membawa erti membersihkan diri, menurut Lizzy Mandi juga bermaksud  berhak untuk dihargai.

” Bagi Lizzy maksud Lizzy ini sendiri bawa pelbagai maksud. Sengaja Lizzy tak nak pilih nama sendiri sebagai nama produk sebab Lizzy tidak mahu hadkan nama Lizzy kepada sesuatu benda”

Menariknya lagi, kesemua wangian dan haruman produk ini merupakan pilihan dan kegemaran Lizzy sendiri yang boleh didapati secara atas talian bermula pada hari ini di www.mandi.com.my

Teruja Terbabit Dalam Filem Terbaharu 

Dalam perkembangan lain mengenai karier seni nya pula, Lizzy kini turut teruja apabila dia bakal menjalani penggambaran sebuah sekual filem terkenal bermula minggu hadapan.

” Sebenarnya Lizzy pada minggu hadapan akan memulakan penggambaran sebuah sekual filem terkenal. Lizzy memang teruja sangat sebab watak yang akan dipegang Lizzy sesuatu yang berbeza sebelum ini. Apa pun, kalau ditanya karier seni Lizzy semakin bertambah baik, Lizzy sememangnya bertuah dan berterima kasih atas sokongan selama ini meskipun Lizzy sedar ianya hanyalah sementara”

Malah pelakon Misteri Dilaila ini berasa bangga dan berterima kasih atas sokongan peminat yang tidak henti-henti menyokongnya sehingga menjadikan setiap pertaruhan yang dilakukan berjaya dilaksanakan.

Elizabeth Tan Cari Lelaki Melayu Jadi 'Boyfriend Online'- "Tak Kisah I Isteri Orang"
Elizabeth TanElizabeth Tan mandi
https://lomp.at/276f6
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Keputusan SPM 2025 Akan Diumumkan Esok Jam 10 pagi! Ketahui Cara Mudah Semak Keputusan Atas Talian

by Ayu Kamaruddin
March 30, 2026

Debaran yang ditunggu-tunggu akhirnya bakal tiba! Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 rasmi dikeluarkan...

Read moreDetails
Foto - @megattttttt (IG)
Lokal

“Kenapa Saya Kena Beli Untuk Dia? Korang Ni Menekan Betul”- Que Haidar

by Nurul A.
February 27, 2026

Pelakon Que Haidar, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar, menjadi perhatian ramai baru-baru ini selepas mengeluarkan kenyataan...

Read moreDetails
via Grok
Sosial Buzz

Parcel Bernilai Tinggi Dilapor Hilang, Netizen Persoal Syarikat Kurier

by Noe
February 11, 2026

Isu kehilangan bungkusan ketika dalam proses penghantaran kembali mencuri perhatian ramai apabila satu perkongsian di media sosial mencetuskan perbincangan hangat...

Read moreDetails
Berita

Zara Zya Nafi Ada Hubungan Peribadi Dengan Usahawan, Peminat Lega!-“Pusing-Pusing Dulu Sis..”

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Zara Zya menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan bekas tunang kepada pelakon, Zarina Anjoulie iaitu usahawan...

Read moreDetails
via Grok
Sosial Buzz

Sidai 25 Minit, Penumpang Dakwa Taktik Segelintir Pemandu E-Hailing Buat Ramai Geram

by Noe
March 9, 2026

Satu perkongsian di media sosial baru-baru ini  mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika menggunakan perkhidmatan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara