Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Elvina Enggan Layan Budaya ‘Cancel’, Anggap Netizen Kini Terlalu Mengawal Selebriti

by Puteri Alia
October 31, 2025
Share on Facebook

Budaya ‘cancel’ atau diboikot netizen tidak memberi kesan besar kepada pelakon Datin Elvina Mohamad yang memilih untuk kekal tenang walaupun sering menjadi sasaran kecaman. Elvina, 30, berkata budaya tersebut kini semakin keterlaluan apabila segelintir netizen seolah-olah mahu mengawal setiap tindakan selebriti tanpa mempertimbangkan sisi manusiawi seseorang artis.

Menurut pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu, tidak ada sesiapa yang mampu memuaskan hati semua pihak dan setiap individu berhak membuat keputusan sendiri tanpa perlu tunduk kepada tekanan media sosial.

“Kalau nak ‘cancel’, kita tak boleh buat apa. Kalau kita hidup untuk puaskan hati orang, memang susah sebab takkan mampu puaskan semua pihak. Saya tak tahu kenapa budaya ‘cancel’ ini makin menular dalam kalangan kita. Netizen sekarang seperti mahu kita ikut telunjuk mereka  buat silap sikit saja terus kena ‘cancel’. Kita pun manusia, ada masa buat salah juga,” katanya.

Jelas Elvina, fenomena tersebut bukanlah budaya asal masyarakat tempatan, sebaliknya berasal dari luar negara dan kini menjadi ikutan termasuk dalam isu sensitif seperti Palestin. “Budaya ‘cancel’ ini bermula di Hollywood, dan kita pula ikut. Kalau ada seseorang buat silap, terus nak ‘cancel’, termasuk dalam isu Palestin. Ramai selebriti sebenarnya menyokong Palestin, cuma sebab netizen tak nampak hantaran mereka, terus dianggap tidak peduli. Sedangkan ramai juga antara kami yang beri sumbangan dan bantuan tanpa perlu heboh,” ujarnya.

Elvina tidak menafikan dirinya turut tersenarai dalam kelompok selebriti yang diboikot netizen susulan isu berkenaan, namun dia memilih untuk tidak mengambil peduli kerana tidak mahu membesarkan hal yang tidak memberi faedah.

“Saya tahu nama saya pun pernah masuk dalam senarai ‘blacklist’ atau kena ‘cancel’. Tapi bagi saya, benda begini tak patut berlaku dalam negara kita. Kalau kita layan atau balas, nanti salah juga. Jadi lebih baik diam dan teruskan hidup seperti biasa. ‘Cancel’ atau tidak, pengikut di media sosial tetap sama, dan bila jumpa di luar pun orang tetap layan baik. Cuma segelintir netizen suka menambah perkara negatif dalam ruangan komen,” katanya.

Dalam perkembangan kerjaya, Elvina bakal muncul dalam drama Safira (Bukan Nama Sebenar) yang akan ditayangkan di aplikasi iQIYI bermula 7 November depan. Dalam naskhah arahan Ejump Mohd itu, Elvina memegang dua watak utama iaitu Safira dan Nilam yang mengisahkan transformasi seorang wanita muda dalam pencarian cinta sejati. Drama tersebut turut dibintangi oleh Redza Rosli, Datuk Aaron Aziz, Sazzy Falak, Malek Mccrone dan Hazeeq Dean.

Datin Elvina Mohamad
https://lomp.at/vaw6z
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

via IG @farahdhiya_fd
Lokal

Farahdhiya ‘Sekolahkan’ Netizen Persoal Giginya Berwarna Kuning-“Saya Bersyukur Dengan Apa Yang Ada…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya tampil bersuara selepas ditegur netizen di media sosial yang mempersoalkan mengapa giginya berwarna kuning. Gigi Yang...

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Anzalna Kongsi Gelagat Eidrees Dengan Sepupunya, Netizen Terhibur!-“Vibe Putera Raja Sangat…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan gelagat anak kepada pelakon, Anzalna Nasir iaitu Eidrees yang sedang berbual bersama salah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aliff Syukri Mendonia Di Bukit Bintang, Sempat Berarak Ala ‘Ali Baba & 40 Penyamun’!

by Naddy Joe
February 17, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian netizen selepas dilihat berarak ala kisah 'Ali Baba & 40 Penyamun'...

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Mahu Turun Padang Bantu Keluarga Yang Memerlukan Bantuan-“Semoga Sedikit Usaha Ini…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa pilu setiap kali berbuka puasa di bulan Ramadhan apabila mengenangkan pihak yang tidak berkemampuan tidak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara