• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Empat Live In Kuala Lumpur 2025: Sejarah Terukir Dalam Industri Muzik

Satu malam, satu pentas, empat bintang

by Arsiqin Yusof
May 1, 2025
Share on Facebook

Sebuah sejarah baharu dalam industri muzik tanah air bakal tercipta! Buat pertama kalinya, empat nama besar dalam muzik Malaysia yang juga mempunyai hubungan kekeluargaan akan bersatu di atas satu pentas — Empat Live In Kuala Lumpur 2025.

Konsert Keluarga Pertama di Malaysia

Konsert ini akan menyaksikan kolaborasi sulung antara adik-beradik legenda, Ziana Zain dan Anuar Zain, bersama anak saudara mereka, Ernie Zakri, serta suami Ernie yang juga bintang popular, Syamel. Ia bukan sekadar konsert, tetapi juga simbol ikatan kasih sayang, cinta dan warisan seni antara generasi.

Dianjurkan oleh Anuar Zain Network bersama Altus ProHouse, konsert ini akan berlangsung pada 18 Oktober 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Dari Hati Para Artis

“Konsert ini bukan tentang kami, tetapi tentang kekeluargaan, bakat dan penghargaan buat para peminat,” – Anuar Zain

“Saya mahu peminat pulang dengan momen yang indah dan kenangan magis,” – Ziana Zain

“Ia adalah impian saya yang menjadi kenyataan,” – Ernie Zakri

“Ini peluang keemasan untuk saya melonjakkan karier seni ke tahap lebih tinggi,” – Syamel

Di Sebalik Tabir Konsert

Konsert ini diarahkan oleh, seorang figura berpengalaman dalam industri hiburan tempatan. Beliau menggambarkan kolaborasi empat vokalis hebat ini sebagai sesuatu yang “magis” dengan pelbagai detik istimewa menanti para peminat. Manakala, Sze Wan akan bertindak sebagai pengarah muzik bersama barisan pemuzik profesional.

Tiket Terlajak Laris!

Jualan tiket sudah pun mula dijual pada jam 10 pagi, 25 April 2025 yang lalu. Khabar duka buat peminat apabila beberapa kategori tiket untuk Empat Live In Kuala Lumpur 2025 telah habis dijual — termasuk Royal Twin Seat, Gold, Silver dan Bronze. Namun, bagi yang masih belum mendapatkan tiket, jangan lepaskan peluang kerana kategori VIP, Diamond dan Platinum kini hampir habis! Dapatkan tiket anda segera sebelum semuanya SOLD OUT sepenuhnya!

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

Apa yang menyentuh hati adalah terdapat ruangan istimewa buat golongan kelainan upaya (OKU), anda mempunyai ‘talian’ khas dengan menghubungi hotline +6011-1190 0518 untuk mendapatkan tiket Empat Live In Kuala Lumpur 2025.

Empat Live In Kuala Lumpur 2025 bukan sekadar konsert — ia adalah peristiwa istimewa yang lahir dari permintaan dan kasih sayang para peminat. Pastikan anda menjadi sebahagian daripada sejarah ini. Tempah tiket anda sekarang dan raikan cinta serta muzik bersama Ziana, Anuar, Ernie dan Syamel!

anuar zainempat live in kuala lumpurernie zakrikonsertsyamelziana zain
https://lomp.at/0jbcm
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Berita

“Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia…”-Sharifah Zarina Syukur Suami Orang Telah Henti Ganggu Athalia

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sharifah Zarina terdahulu pernah meluahkan rasa berang apabila anak perempuannya, Athalia diganggu seorang lelaki yang berstatus suami orang.  Kongsi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  4. 4

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore