• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

[VIDEO] “Aku Takde Pilihan!!”-Erma Fatima Sebak Melepaskan Anak Angkat Ke Kota Tarim

Erma akui hanya Allah sahaja yang tahu betapa berat hatinya untuk melepaskan dia pergi.

by Naddy Joe
May 18, 2022
via Instagram Erma Fatima & NST

via Instagram Erma Fatima & NST

Share on Facebook

Pengarah, penerbit, dan pelakon, Erma Fatima meluahkan rasa sebak untuk melepaskan anak angkatnya, Nurain  menziarahi Kota Tarim di Hadramaut, Yaman.

“AKU TAK ADA PILIHAN!!”

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Nurain yang lengkap berjubah dan memakai niqab kelihatan melambaikan tangan. Erma akui hanya Allah sahaja yang tahu betapa berat hatinya melalui situasi tersebut.

“AKU TAKDE PILIHAN!! Hanya Allah saja yang tahu kesedihan hati ini melepaskan dia pergi. Ini tanggungjawab aku. Satu hari nanti kau akan mengerti pentingnya ilmu akhirat buat kehidupan duniamu.”-Erma Fatima

via Instagram Erma Fatima

Tambah Erma, dia bukan sahaja kehilangan seorang anak perempuan, malah seorang teman yang sentiasa mendengar keluh-kesah hatinya, juga sentiasa mengingatkan dirinya dalam pelbagai perkara.

“AKU KEHILANGAN bukan sahaja anak aku..Best friend aku..teman yang mendengar segala keluh resah hati aku..Yang juga sering mengingatkan aku banyak hal. Yang menguruskan banyak urusan hidup aku. Yang menjadi teman gaduh aku. Rumah ini sepi tanpanya.”-Erma

View this post on Instagram

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Netizen Beri Kata-Kata Semangat

Ruangan komen dibanjiri dengan komen netizen yang memberi kata-kata semangat, malah ramai yang mendoakan agar anak perempuan Erma bakal pulang membawa kebanggaan untuk pengarah filem terkenal itu.

“Gi Tarem ke. Semoga jumpa lagi. Balik nanti temankan aunty jugak baca baca macam hari tu..”-Sharifah Shahira

“Ain anak baik, tutur katanya lembut dan hormat orang tua. Jadi geng gurau senda pun boleh. Akak gonna miss u Ain. Moga dipermudahkan segala urusan.”

“Alhamdulillah dapat ke Tarim..Kuatkan hati semangat . Bumi yang suci penuh ulama’. Syukur.”

“Tahniah Ain, Semoga pulang membawa kebanggaan untuk Mama Erma.”

via Instagram Erma Fatima

Selain Nurain, pengarah terkenal ini turut memiliki 4 orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, Ahmad Arir, Ahmad Aifin, dan Citra.

Dipetik daripada Harian Metro, Kota Tarim di Hadramaut, Yaman antara tempat bersejarah dan terkenal sebagai ‘Kota Seribu Wali’ kerana menjadi tempat berkumpulnya wali Allah. Malah, masyarakat di kota itu juga dirahmati dengan kebaikan serta perilaku mulia kerana memiliki darah keturunan Nabi Muhammad SAW.

[VIDEO] Erma Fatima Luah Rasa Sebak Lihat Fattah Amin & Amira Othman
erma fatima
https://lomp.at/hfd3c
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

by Farah Fatihah
January 31, 2026

Kalau selama ini kita hanya melihat salji di televisyen atau media sosial, kini pengalaman itu boleh dirasai sendiri tanpa perlu...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Malam penuh berseri dan sarat emosi. Itulah suasana yang mengiringi Majlis Resepsi pasangan mempelai, Sara Sabrina dan Mohamed Yusuf Al...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore