• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Erra Fazira Akui Selesa Menerima Watak Untuk Filem Seram

by Phic ARMAN
January 17, 2022
Share on Facebook

Anda peminat filem seram? Jika ya, bersedialah untuk menonton filem seram di Malaysia, Rumah. Dibintangi oleh pelakon popular, Erra Fazira, filem Rumah berkisarkan seorang ibu tunggal yang cuba memberikan keselesaan dan keselamatan untuk anak perempuannya.

Nak tahu sedikit sinopsis filem ini?

Diterbitkan oleh Mojo Projects Sdn Bhd dan diarahkan oleh mendiang Kay (FDAM), Rumah dilakonkan oleh Erra sebagai Maya, ibu tunggal kelas pertengahan yang bekerja keras untuk anaknya Bella, pelakon kanak-kanak yang memenangi anugerah, Puteri Balqis.

Di sebalik cabaran yang mereka hadapi dalam hidup, Erra berazam untuk memberikan yang terbaik untuk anak perempuannya dan terus mencari rumah untuk diri mereka sendiri. Bintang veteran, Mak Jah, memegang watak sebagai ibu mertua Maya yang mengawasi Bella.

Pencarian membawa mereka ke rumah teres lot tengah di bawah harga pasaran yang mereka beli tanpa berfikir panjang dan seramnya bermula.

“Saya sangat tertarik dengan jalan cerita Rumah kerana tema pemerkasaan wanita. Saya seorang penyokong hak wanita dan saya memang suka memainkan watak sebagai Maya walaupun menghadapi cabarannya, dia berazam untuk terus kuatkan dirinya sendiri,” kata Erra atau nama penuh, Fazira Wan Chek.

Rumah menyentuh budaya popular dan mempunyai detik-detik menyayat hati tentang pemerkasaan wanita, pembasmian kemiskinan dan pembinaan sahsiah.

“Saya tidak pernah sangka saya akan mengeluarkan dua filem seram dalam masa yang singkat. Saya tidak pernah ‘explore’ filem seram sebelum ini kerana saya tidak gemar menontonnya. Tetapi sekarang, sejak saya terima dua filem ini, saya berasa cukup selesa dengan genre ini,” katanya.

Erra turut gembira apabila mengetahui yang muzik digubah dan dirakam di luar negara, begitu juga dengan kesan khas visual digital filem ini. Skor muzik asal Rumah digubah dan dirakam menggunakan 50 ahli orkestra dari Bulgaria, oleh komposer tempatan, Rekha Raveenderen dari Digital Tones Sdn Bhd yang pernah memenangi anugerah platinum berganda.

Erra Fazira Panggil Ezwan Hang Kebun? Ini Cerita Sebenarnya...
YouTube video

“Muzik Rumah ini sangat ‘advanced’, kontemporari tetapi menggunakan kaedah tradisional iaitu orkestra. Ia memberikan filem ini rasa dan suasana yang begitu berbeza,” kata Erra.

Sepanjang proses penggambaran, pelbagai kejadian aneh berlaku termasuk kematian mengejut pengarah filem, Kay pada usia 44 tahun sahaja. Kay adalah ahli aktif Persatuan Pengarah Filem Malaysia. Pengarah itu juga menjadi pelakon untuk filem keduanya, Mama & Macha. Beliau juga terkenal dengan karyanya
di Homestay: Permainan Maut.

“Wabak COVID-19 telah menghentikan banyak proses kami untuk mengeluarkan filem ini,” kata ketua pengawai eksekutif (CEO) Mojo Projects Sdn Bhd, Ratna Kumar Nadarajan (RK).

“Kami ada pertimbangkan platform alternatif. Tetapi kami tahu jauh di lubuk hati yang filem ini adalah filem untuk pawagam dan kami menunggu. Kami bersyukur dapat mengeluarkannya sekarang,” katanya.

Filem Rumah yang turut dibintangi oleh Asward Naslim, Sofea Shaheerah, Shyrim dan Mashanum akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 24 Februari tahun ini.

erra faziraMojo Projectrumah
https://lomp.at/rx4yj
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  3. 3

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  4. 4

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  5. 5

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore