Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Exists & Masdo Bakal Kongsi Pentas Konsert ‘Battle Of Time’ November Ini, Harga Tiket Bermula RM159!

by Naddy Joe
September 27, 2024
via Maestro Ridwan

via Maestro Ridwan

Share on Facebook

Tidak ada yang lebih membangkitkan nostalgia selain kembali ke masa lalu menerusi banyaknya lagu-lagu malar segar yang pernah dihasilkan oleh pengkarya hebat belantika muzik tempatan.

Maka apabila DENNSA dan SENSORHYTHM dengan sokongan KEMENTERIAN KOMUNIKASI bersama KUMPULAN MY CREATIVE VENTURES  menganjurkan BATTLE OF TIME EXISTS X MASDO yang dijadual berlangsung di DEWAN MERDEKA, WTCKL pada 10 November 2024 pukul 8 MALAM,  ini adalah sebuah pengalaman ‘pulang ke masa silam’ yang tidak harus dilepaskan.

Pemilihan nama Battle of Time sendiri sudah memberi indikasi transisi masa yang pernah dilalui kugiran legenda seperti Exists turut mempengaruhi perjalanan pemuzik-pemuzik generasi kini seperti Masdo.

View this post on Instagram

A post shared by SENSORHYTHM (@sensorhythm)

Menurut Dewi dari Dennsa selaku penganjur, berkongsi rasa bangga dapat membawa EXISTS dan MASDO yang sudah tidak dapat disangkal lagi aura muzik dan mereka bawakan telah menimbulkan fenomena dan gelombang tersendiri dalam kalangan penggemar muzik.

“Seperti yang semua sedia maklum Exists adalah sebuah kugiran legenda yang karya mereka telah didengar daripada generasi Millenial kepada generasi Alpha.  Lagu-lagu Exists dari Oh Ibu sehingga Julia malah Langkah Seiringin yang telah dihasilkan lebih sedekad lalu kini menjadi trending di Tik Tok. Ini semua menjadi bukti karya Exists tidak mati ditelan zaman dan terus relevan meski era bertukar.

Maka itu menjadi sebab utama kami selaku penganjur dengan bangga membawa Exists ke dalam BATTLE OF TIME EXISTS X MASDO. Sementara buat MASDO pula tidak dapat disangkal lagi betapa aura muzik yang mereka bawakan telah menimbulkan fenomena dan gelombang tersendiri dalam kalangan penggemar muzik Nusantara.” ujar Dewi dari Dennsa selaku penganjur.

via Maestro Ridwan

Memilih Dewan Merdeka, WTCKL, BATTLE OF TIME EXISTS X MASDO akan menyaksikan kedua-dua kugiran ini tampil bersama untaian hit mereka yang disadur bersama penampilan dan susunan muzik baharu.

“Sebagai kugiran baharu MASDO teruja berkongsi pentas bersama EXISTS yang lagu-lagu mereka selalu menjadi siulan kami di waktu remaja. Dengan genre muzik yang sedikit berbeza tetapi tema Battle of Time yang dipilih signifikan bersama MASDO yang pekat aliran pop 60-an,” ujar Putu Ceri dari MASDO.

Nikmati BATTLE OF TIME EXISTS X MASDO saat ini dalam suasana lampau dengan membeli kategori tiket dari DIA PERTAMA (RM159), LEMPENG TWIST (RM199), ANUGERAH HATI (RM219), BUNGA CEMARA (RM299), TERUNA JUWITA (RM399), BIDADARI PUJAANKU (RM599) UNTUKMU PUSPITA ROYAL BOX (RM789).

View this post on Instagram

A post shared by SENSORHYTHM (@sensorhythm)

Dapatkan tiket-tiket anda melalui MYTICKET.COM, ATOME. Sampai jumpa nanti!

Noh Salleh Pesan- “Lepas Kerja Jom Lepak”. Tapi Apa Kaitan Dengan Reno14?
EXISTMasdo
https://lomp.at/ukya1
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG)
Lokal

Netizen Tersentuh Dengan Pesanan Fazura- “Kawal Diri Daripada Perbuatan Buruk”

by Nurul A.
March 4, 2026

Pelakon Fazura mencuri perhatian ramai sekali lagi apabila berkongsi luahan panjang yang penuh dengan makna di platform Threads. Berdasarkan pemerhatian...

Read moreDetails
Berita

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

by Naddy Joe
February 19, 2026

Ujian menimpa pelakon, Amyza Aznan apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat...

Read moreDetails
Foto - Astro Awani
Berita

Penerima STR 2026 Tiada Akaun Bank? Ikuti Langkah Ini Untuk Dapat Tunai

by Nurul A.
January 13, 2026

Nampaknya sudah ada penerima yang mula menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026. Bagi penerima yang belum menerima,...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Foto - @traciesinidol_official (IG)
Lokal

Detik Cemas Tracie Sinidol, Mata Kiri Hampir Buta- “Nampak ‘Flash’ Putih Sebelum Gelap”

by Nurul A.
March 9, 2026

Paling mencemaskan! Pelakon kelahiran Sabah, Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pengalaman agak menakutkan yang hampir meragut penglihatannya....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara