Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Ezlynn Akui Dihantar ‘Sihir Pelalau’, Cuba Jatuhkan Karier Seni & Seri Wajah

by Khai Azfar
March 18, 2021
Share on Facebook

Penyanyi Ezlynn akhirnya akui bahawa serbuk pasir yang ditemui di rumahnya sebelum ini merupakan sihir jenis pelalau yang telah dihantar kepadanya.

Jumpa Pasir Misteri 

Menurut Ezlynn, dia telah mengalami insiden tersebut beberapa kali sehinggalah kali terakhir nekad untuk kumpulkan pasir tersebut dan bertemu dengan pakar perubatan Islam bagi mendapatkan nasihat dan jawapan mengenai pasir misteri tersebut.

“Kebanyakan pakar yang saya jumpa memang mengatakan benda itu memang ada orang yang nak ‘sampaikan sesuatu'”

“Mungkin nak bagi saya nampak buruk dan tak nampak saya”

“Mula-mula jumpa benda itu(pelalau) saya ingat pasir biasa dan saya pun banyak masuk hutan dan juga kayuh basikal. Jadi mungkin dari kasut yang saya pakai”

“Kali kedua, lebih kurang sebulan selepas itu ada lagi benda yang sama, terus hati saya terdetik sesuatu. Saya pun kumpul pasir itu dan bawa jumpa pakar. Dia cakap pasir ini seperti sudah tidak digunakan lagi kerana pelalau ini sebenarnya kita tidak nampak dan pasir itu adalah kesan selepasnya” dedah Ezlynn kepada Murai.my

Dalam pada itu, pelantun Sengsara ini berkata individu yang cuba menghantar Pelalau tersebut akan terus melakukan perkara sedemikian sehingga berpuas hati.

Namun, Ezlynn bersyukur kerana setelah melakukan pelbagai amal ibadat seperti yang dinasihatkan, kejadian tersebut tidak lagi terjadi.

“Orang yang saya jumpa ini minta saya ubah cara hidup, jaga solat dan sebagainya Insyallah saya boleh sembuhkan diri saya sendiri”

“Baca juga Al-Quran, sehari satu ayat pun tak apa tetapi sekurang-kurangnya kita dekatkan diri dengan Al-Quran. Dia kata dekat saya Al-Quran itu bukan sekadar baca, dalam tu ada doa-doa untuk sembuhkan penyakit, segala-galanya.Siapa yang amalkannya Insyallah akan sihat” kongsinya lagi

Rakan Artis Kepada Sabun Toyyib

Dalam perkembangan lain, Ezlynn turut menjadi rakan artis kepada jenama produk pencuci pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi ENCAP (teknologi mengekalkan wangian) di Malaysia, Sabun Toyyib. Sekadar info, syarikat ini menggeluarkan lima variasi termasuk sabun pencuci pakaian dengan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga berstatus Halal.

Pengarah Syarikat Norshahila Mohd Noor berkata, sebagai syarikat milik penuh bumiputera produk Sabun Toyyib mempunyai kelebihan tersendiri dengan empat fungsinya iaitu pembersih, pelembut, pewangi dan antibakteria. Norshahila  turut berbesar hati dengan mendapat sokongan rakan artis seperti Ezlynn dalam usaha meluaskan pasaran produk itu dan percaya jalinan dengan rakan artis mampu memperkenalkan lagi idendtiti mereka kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

artis kena santauEzlynnEzlynn santau
https://lomp.at/qov8q
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @shihazikir (IG)
Lokal

Shiha Zikir ‘Backup’ Noraniza Idris- “Pesan Dekat Peminat Untuk Tidak Komen Toksik”

by Nurul A.
March 13, 2026

Rasanya ramai yang tahu bahawa penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris, atau mesra disapa sebagai Kak Ani, telah menuai kecaman segelintir...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Tak Sangka Peminat Masih Angau- ‘Abang Bagi Spray Muka Dia Sket’

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dah nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dipanggil TokTi, memang lain macam impaknya. Bukan setakat lagu masih...

Read moreDetails
Foto - weechuanchin (FB)
Lokal

[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee

by Nurul A.
February 24, 2026

Tak dinafikan apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita berpeluang melihat penganut agama lain mencuba untuk berpuasa, termasuklah pempengaruh media sosial,...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Terkejut Ramai Netizen Meminta-Minta Wang Di Media Sosial-“Saya Dulu Dari Keluarga Susah Jugak..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal , Datuk Alha Alfa akui merasa terkejut apabila ramai netizen yang meminta-minta wang daripadanya di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara