Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Fad Bocey & Isteri Buka Klinik Di Publika

Cetusan idea tersebut datang daripada keinginan serta sikap isterinya yang gemar berkongsi pendapat

by Khai Azfar
January 28, 2022
Share on Facebook

Pelakon, pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey terus mekar mencipta nama di dalam industri.

Fad & Isteri Buka Klinik 

Menyifatkan sebagai rezeki anak-anak, Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie bin Mohd Nizam,31  berkongsi khabar gembira bahawa dia dan isteri, Syaheera Rahman akan membuka klinik mereka sendiri tidak lama lagi.

“Alhamdulillah isteri dan saya akan mempunyai klinik kami sendiri dimana ia akan diterajui oleh isteri dan saya sebagai penyokong Megaklinik Zahran. Akan ada di Publika dan sekarang tengah renovate lagi. Insyallah dalam bulan 5 atau 6 akan dibuka. Saya merupakan selebriti kedua yang buka klinik ini selepas Fitri Haris” kata Fad kepada Murai.my

Menurut Fad, cetusan idea tersebut datang daripada keinginan serta sikap isterinya yang gemar berkongsi pandangan dengan orang ramai. Baik dari segi pelbagai isu sehingga tips untuk mendapatkan anak kembar, segalanya akan dikongsikan oleh isteri yang tercinta.

https://www.instagram.com/p/CY8YvjFl4Qs/

“Kami mula kenal masa ujian RTK Covid dan mereka sangat membantu. Masa itu kami kongsikan kepada orang ramai yang mereka ini boleh datang ke rumah untuk buat ujian swab dan mereka adalah yang pertama buat drive thru. Isteri saya dan pemilik Megaklink Zahran pula sering berkongsi pendapat dan turut berkongsi tips. Kebetulan pula, dia memang nak ada klinik sendiri dan suka berjumpa dengan orang ramai untuk bertukar pendapat” katanya lagi

Utamakan Anak-Anak

Bergelar sebagai bapa kepada empat orang cahaya mata yang masih kecil, Fad menegaskan dia dan isteri sentiasa mengutamakan mereka dalam setiap aspek. Memandangkan dia sering terlibat dengan komitmen kerja di pelbagai kawasan, Fad terlebih dahulu mengambil langkah pencegahan sebelum bertemu dengan anak-anak.

“Isteri bukan paranoid tetapi dia sangat tekankan keselamatan dan kesihatan. Macam saya selalu kerja diluar, dia akan melarang saya untuk terus masuk ke rumah dan kena mandi dahulu. Malah kalau ada kawan-kawan dia yang datang pun, dia akan meminta maaf dan menegur mereka untuk tidak memegang anak-anak kami yang masih kecil memandangkan mereka dari kawasan luar.

“Kalau balik, saya tidak akan jumpa anak-anak terus. Saya akan hubungi isteri cakap saya dah sampai dan dia akan segera bawa anak-anak pergi ke bilik lain dahulu. Jadi saya akan masuk, mandi dan baru bertemu mereka” kongsi Fad

Fad ditemui di sidang media program realiti MIC ON! musim kedua baru-baru ini di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, Program tersebut akan disiarkan di Awesome TV bermula 28 Januari 2022 . Dalam MIC ON! Fad, Ropie dan Ajak Shiro menggalas tanggungjawab sebagai pengurus yang akan membimbing anak didik masing-masing untuk merebut gelaran juara.

Fad Bocey Mengaku ‘Barai’ Lihat Jasad Arwah Abam-"Separuh Sayap Saya Hilang Sejak Hari Itu"
fad bocey
https://lomp.at/krae5
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @neelofa (IG)
Lokal

Netizen ‘Tegur’ Penampilan Raya Noor Neelofa- “Berpurdah Tapi Tudung Makin Senteng?”

by Nurul A.
March 25, 2026

Nampaknya perkongsian mengenai sambutan hari Raya selebriti-usahawan, Noor Neelofa baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Berdasarkan hantaran video pendek di...

Read moreDetails
Lokal

Ayie Floor 88 Dedah Nama Serta Wajah Anak Kedua, Curi Perhatian Peminat!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Isteri kepada vokalis Floor 88, Ayie iaitu Natasha Ahmad Zawawi sebelum ini telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 12...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!

by Naddy Joe
February 18, 2026

Tanggal 14 Februari 2026 akan terpahat sebagai salah satu detik bersejarah dalam industri muzik tanah air apabila 55,000 jiwa memenuhi...

Read moreDetails
Foto - @hrisbismail (IG)
Lokal

PU Riz Balas Kritikan Tak Beri Teguran Pada Keluarga- “Simpan Kurang Cerdik Pada Diri Sendiri”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan kritikan orang ramai yang mendakwa dirinya tidak lantang memberi teguran kepada ahli...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara