Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Aktivis Tuntut Nabila Huda Bayar Gantirugi RM900 Ribu Jika Tiada Permohonan Maaf

Surat tuntutan telah dihantar melalui serahan tangan oleh firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili aktivis tersebut kepada Nabila Huda pada hari Khamis, 20 Januari. Tuntutan tersebut dibuat setelah aktivis itu mendapat nasihat daripada barisan peguamnya.

by Zaidin Albert
January 24, 2022
Share on Facebook

Aktivitis tempatan, Fatimah Zaharah Rahim yang mendakwa difitnah pelakon dan pengacara televisyen Nabila Huda Suhaimi di laman media sosial Instagram dan Twitter tahun lepas, mula mengambil tindakan undang-undang dengan menuntut permohonan maaf dan ganti rugi fitnah sebanyak RM900 ribu dari artis tersebut.

Surat tuntutan telah dihantar melalui serahan tangan oleh firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili aktivis tersebut kepada Nabila Huda pada hari Khamis, 20 Januari. Tuntutan tersebut dibuat setelah aktivis itu mendapat nasihat daripada barisan peguamnya.

Aktivis tempatan itu mendakwa Nabila Huda telah menyebarkan berita palsu dan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah pada 25 Disember tahun lepas dengan memuat naik, menulis dan menerbitkan melalui aplikasi Instagram dengan nama pengguna kupu-kupu.

Aktivis Fatimah Zaharah mendakwa yang Nabila Huda telah mendedahkan beliau kepada kebencian orang ramai apabila melihat dan membaca apa yang telah ditulis dan diterbitkan oleh pelakon tersebut.

Foto: Instagram @kupu_kupu

Nabila Huda didakwa telah menyiarkan kenyataan-kenyataan berbaur fitnah yang membawa maksud yang aktivis tersebut adalah seorang yang bangsat, bodoh, pencuri, mengambil dan memberi barang sumbangan orang lain namun mengakui barangan tersebut adalah daripadanya, mengambil kesempatan ke atas orang lain dan lain-lain kenyataan.

Pada tarikh yang sama, Nabila Huda juga didakwa telah memuat naik gambar aktivis dan menerbitkan satu penyiaran yang mana kenyataan-kenyataan tersebut membawa maksud yang aktivis tersebut telah memberi barang sumbangan yang bukan miliknya namun menyatakan bahawa barang sumbangan tersebut adalah daripada beliau dan mengambil kesempatan ke atas orang lain.

Kenyataan-kenyataan yang didakwa fitnah dan berita palsu tersebut telah dikongsi dan ditonton di pelbagai platform media sosial yang lain termasuk di platform Youtube, laman-laman portal berita dan juga saluran media.

“Anak guam, Fatimah Zaharah tidak pernah melakukan seperti apa yang didakwa Nabila Huda dan beliau telah menerima kecaman, ugutan dan komen-komen yang tidak benar daripada masyarakat berikutan kata-kata yang dikongsikan oleh pelakon tersebut,” tambah Nurul Hafidzah lagi.

Sekiranya tiada permohonan maaf, pembayaran gantirugi RM900 ribu atau gantirugi yang setimpal dengan kesan daripada tindakan dakwaan fitnah tersebut dalam masa tujuh hari selepas penerimaan surat tuntutan, aktivis tempatan itu akan terus memfailkan tuntutan di mahkamah.

"Soal Berdamai Tanya Pihak Sana"- Nabila Huda

Aktivis itu juga mendakwa yang perkara tersebut telah menyebabkan beliau mengalami malu, tekanan emosi dan kesedihan apabila masyarakat mempercayai dakwaan berita palsu dan fitnah yang telah dimuat naik dan diulang siar oleh pengguna-pengguna media sosial yang lain setelah melihat “postings” tersebut.

Beliau seterusnya mendakwa yang fitnah dan berita palsu it juga telah turut memberi kesan buruk kepada ahli keluarga beliau.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan dibantu oleh peguam bersama Zeti Zulkifli dan Datuk Wan Azmir Wan Majid.

nabila huda
https://lomp.at/2zpyi
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Spotlight

‘Malam Tiga Syukur’, Dalami Pengertian Qana’ah Raya Ini

by Naddy Joe
March 8, 2026

Bayangkan seorang lelaki yang ada segala-segalanya. Rumah besar, kereta mewah, keluarga yang setia. Orang memandangnya dengan penuh rasa kagum, dan...

Read moreDetails
Spotlight

Anak Lelaki Amy Search Curi Perhatian, Tinggi & Kacak. Isteri Tertanya- “Entah Makan Apa Masa Pregnant”

by Phic ARMAN
March 5, 2026

Nama Amy Search memang tak perlu diperkenalkan lagi. Vokalis legenda kumpulan Search ini bukan saja dikenali dengan aura rock yang...

Read moreDetails
Spotlight

Hajat Terakhir Eric Dane Yang Menyayat Hati

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Pada 19 Februari, dunia hiburan kehilangan bintang Grey's Anatomy itu selepas hampir setahun berjuang melawan amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Beliau...

Read moreDetails
Spotlight

“Memang Ada ‘Gila’ Sikit…”- Izzue Islam Mahu Video Muzik Raya Luar Biasa Sampai Orang Ingat

by Phic ARMAN
March 12, 2026

Setiap kali musim raya menjelma, memang tak sah kalau industri muzik tempatan tidak meriah dengan pelbagai lagu raya baharu. Tahun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara