• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

‘Tak Perlu Nak Suruh Kitorang Berdamai’- Status Hubungan Dingin Fazley Yaakob & DS Vida Terjawab

by Puteri Alia
April 18, 2022
via (IG) Fazley Yaakob

via (IG) Fazley Yaakob

Share on Facebook

Nama Datuk Fazley Yaakob sudah tidak asing dalam industri seni dan juga dunia masakan, selebriti serba versatil ini dan berbakat dalam apa jua yang dilakukannya. Fazley juga sering menyuarakan pandangan mengenai isu semasa di laman media sosial nya.

Terdahulu Fazley pernah menegur Datuk Seri Vida (DSV) di media sosialnya berkaitan isu jutawan kosmetik tersebut menggelar Anuar Zain mengamalkan hubungan sejenis.

Sejak dari itu, ramai yang beranggapan hubungan dua usahawan hebat ini agak dingin hingga sekarang. Betul ke?

Namun terkini,  Fazley baru saja memuatnaik hantaran di Instagram nya, bahawa hubungannya bersama DSV masih baik.

“Bila masa saya dan Dato Sri Vida bergaduh? Saya hanya tegur dia baik-baiklah hari tu. Saya tetap menghormati beliau.
Buat netizen yang asik cakap DSV takut nak jumpa saya dan mengelak dari saya, cuba tengok kami di Four Seasons Kuala Lumpur, ok je kitaorang!
Tak perlu nak suruh kitorang berdamai. Saya siap masak untuk dia tau. Kami sangat ok — betulkan Dato?”- tulisnya di ruangan kapsyen.
via (IG) Fazley Yaakob

Menginjak usia 44 Tahun

Sempena meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke-44 tahun hari ini, Fazley memuatnaik foto lama dari zaman kanak-kanak hingga kini di Instagram nya.

Melihat perkongsian tersebut, Fazley tidak menyangka masa berlalu dengan begitu pantas dan mengucapkan rasa syukur kerana di beri peluang mencari rezeki dan pahala sehingga hari ini.

“Saya 44 tahun hari ini?? Wow.. Betapa cepatnya masa berlalu! Syukur Alhamdulillah diberikan keredhaan untuk kekal mengejar pahala dan mencari rezeki sehingga hari ni.” tulisnya

Tahun Demi Tahun Hadapi Pelbagai Ujian

Melihat dalam penulisan panjang cef selebriti ini, Fazley mendedahkan dia telah banyak melalui ujian dan dugaan dari segi fizikal dan emosi selama hidup bergelar sebagai anak seni, cef dan juga ketua keluarga.

Menurut cef selebriti ini, lahir dari keluarga yang serba kekurangan dia pernah merasai kepayahan dalam hidup sejak dari kecil lagi apatah lagi arwah bapa Fazley hanyalah seorang peniaga gerai makan dan ibunya pula pembuat kuih-muih Melayu di Negeri Sembilan pada suatu ketika dulu.

Walaupun hidup serba dalam kekurangan, Fazley mengatakan hidup dia sekeluarga tidak pernah kurang dengan kasih sayang sejak dari dulu sehingga kini.

“24 tahun dalam dunia seni, 10 tahun dalam dunia masakan dan 5 tahun sebagai ketua keluarga besar (selepas pemergian Bapak tersayang).

Laluan saya bukan mudah, pelbagai dugaan fizikal dan emosi telah saya lalui selama ini. Di lahirkan dalam keluarga serba kekurangan. Bapak dulu keluarga peniaga gerai mee goreng di Kedah dan ibu keluarga penoreh getah dan pembuat kuih-kuih Melayu di Negeri Sembilan.

Seawal usia bawah 5 tahun, dah pernah merasai kepayahan tiadanya baju raya baru, di besarkan di kampung kerana ibu @rsd.umi tidak mampu untuk besarkan saya di Kuala Lumpur kerana kepayahan hidup. Namun kami tetap kaya kasih sayang dari dulu sehingga ke hari ini.” dedahnya

via (IG) Fazley Yaakob

Jadikan Pengalaman Diri Sebagai Panduan

Dalam pada itu, Fazley juga turut berkongsi beberapa panduan hidup yang diambil dari pengalaman peribadinya sendiri sebagai peringatan dan pesanan dalam hidup.

“Ternyata, inilah ilmu dan pengalaman yang saya jadikan panduan hidup:

1)Kasih sayang tak boleh di jual beli dan harta dunia belum mampu membahagiakan

2)Ibu dan ayah kita adalah anugerah terbesar dunia akhirat, kebahagian mereka adalah punca kejayaan kita

3)Anak dan isteri @azrene_ahmad adalah kebun pahala. Usahalah membahagiakan mereka dengan perhatian dan kasih sayang. Pengorbanan itu perlu demi kelangsungan hidup

4)Biarlah orang membuat jahat pada kita, kita usahalah untuk kekal senyum dan redha. Tak perlu balas kejahatan dengan kejahatan, diam dan memaafkan lebih mulia.

5)Jangan sia-siakan mereka yang menyayangi kita, jangan abaikan mereka yang beri kita perhatian yang kita perlukan. Usah di kejar sesuatu yang bukan milik kita, jangan lalai dengan apa yang kita telah ada

6)Orang tak suka kita? Senyum! Orang kutuk-kutuk kita? Senyum! Orang troll dan kutuk-kutuk kita melampau-lampau? BLOCK DAN DELETE!” kongsinya

Apa pun, selamat hari lahir Datuk Fazley!

fazley yaakob
https://lomp.at/kpdve
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Cara Johan Ajar Anak Mengaji Raih Pujian Netizen-“Kalau Macam Ni Mesti Terus Ingat”

by Noah Ab
October 31, 2025

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Johan yang mengajar anak perempuannya mengaji secara tegas. https://www.tiktok.com/@mairahaliya/video/7556784274859461906?_t=ZS-90yydX1GDdy&_r=1 rata-rata netizen teruja melihat video...

Read more
Musik

“Biar Gambar Bicara”: Pertemuan Dua Suara Hebat dari Dua Negara Serumpun

Dua nama besar dalam dunia muzik serantau, Azharina Azhar dari Malaysia dan Nana Karia dari Singapura, akhirnya merealisasikan impian lama...

Read more
by Aphit J.
November 1, 2025
Konsert

Satu Malam, Tiga Dunia Muzik: Malam Simfoni Luka Gegar Megastar Arena

Bersedialah untuk malam penuh jiwa dan getaran pada 24 Januari 2026, apabila tiga nama besar dunia muzik alternatif dan pop...

Read more
by Aphit J.
November 9, 2025
Lokal

[VIDEO] Netizen Puji Lihat Tok Ram Bawa Anak Perempuannya Ke Pantai

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Tok Ram yang membawa anak perempuannya iaitu Izzara bercuti di salah satu pantai...

Read more
by Noah Ab
October 1, 2025
Lokal

Johan Tegas Harta Bukan Untuk Anak-Anak, Semua Usaha Demi Isteri Tercinta Ozlynn

Pelawak popular yang kini bergelar penyampai radio dan usahawan berjaya, Johan, menegaskan segala kerja keras dan titik peluh yang dilakukannya...

Read more
by Puteri Alia
October 20, 2025
Berita

[VIDEO] Madammu Beli ‘First Diamond’ Untuk Anak-Anak, Netizen Puji!

Usahawan kosmetik dan pempengaruh terkenal, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri menitipkan rasa syukur apabila dapat membeli permata pertama buat...

Read more
by Naddy Joe
September 24, 2025
Lokal

“Kalau Kena Kat Darah Daging Aku…”- Lana Nordin Kecewa Dengan Pembunuh

Pelakon dan model, Mazlina binti Hassan Nordin, atau lebih dikenali sebagai Lana Nordin, mencuri perhatian ramai selepas meninggalkan komen “panas”...

Read more
by Phic ARMAN
October 21, 2025
Lokal

“Saya Tak Beradab, Saya Mohon Maaf” – Nadzmi Adhwa Akui Silap Persoal Petugas Klinik Tengah Rehat

Pelakon Nadzmi Adhwa tampil memohon maaf secara terbuka selepas tindakannya mempersoalkan ketiadaan petugas kaunter di sebuah klinik kesihatan tanpa menyiasat...

Read more
by Puteri Alia
November 7, 2025
Foto - @syadaamzahh (IG)
Lokal

Insiden Amad Rebah, Syada Amzah Dakwa Lokasi TTMM ‘Keras’- “Benda Tu Betul-Betul Atas Kepala Saya”

Insiden peserta program realiti 'Talk To My Manager' (TTMM), Ahmad Dayyan yang telah rebah selepas melakukan persembahan terakhir di pentas...

Read more
by Nurul A.
October 14, 2025
Lokal

Heliza Helmi Tolak AF Diulang Siar – “Ramai Bekas Peserta Dah Berhijrah, Jangan Tayangkan Semula”

Tidak bersetuju dengan cadangan agar semua musim Akademi Fantasia (AF) diulang siar, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Heliza Helmi tampil menegaskan...

Read more
by Puteri Alia
November 14, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

  2. 2

    ‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

  3. 3

    Beymad Timang Anak Pertama, Ramai Ucap Tahniah- ‘Sebak Pula Rasa’

  4. 4

    [VIDEO] Reaksi Zara Zya Bila Dipanggil Anak Dara Tua & Jahat

  5. 5

    Noor Nabila Kesal Malaysia Airlines Menyebabkan Bagasinya Hilang-“Kau Masih Bangga Dengan Kacang Masin..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore