Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Shame On You!”- Fazley Yaakob Selar Selebriti ‘Selamba’ Bersembang Adegan Rogol

Fazley tidak menyangka selebriti tersebut yang memegang status sebagai seorang bapa & suami akan berbuat demikian

by Naddy Joe
October 22, 2021
Share on Facebook

Penyanyi, pelakon dan selebriti chef, Datuk Fazley Yaakob tampil memberikan respon terhadap isu ‘rogol’  dijadikan bahan jenaka yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Beri Pandangan Peribadi Untuk Dinilai & Dijadikan Pengajaran

Menerusi posting di Instagram, Fazley memberikan pandangannya secara peribadi untuk dinilai dan dijadikan sebagai pengajaran.

“Ramai DM saya berkongsikan video ini dan bertanyakan pendapat saya. Saya kongsikan semula bukan untuk membuka aib yang sememangya telah tersebar.

Tetapi untuk sama-sama menilai dan jadikan pengajaran, bukan untuk menuding jari pihak mana yang PALING BERSALAH.”-tegasnya

View this post on Instagram

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Pihak Produksi Mungkin Bersalah, Tetapi Bukan 100 Peratus

Ujarnya,  program seperti itu akan melibatkan proses latihan, rakaman secara lansung dan suntingan. Namun begitu, dia berpendapat bahawa kesalahan bukan 100 peratus diletakkan kepada pihak produksi .

“Buat pihak produksi, seringkali program-program begini ianya melibatkan proses rehearsal, live recording, dan editing. Adakah pihak produksi yang bersalah?

Mungkin ya namun tidak bolah di letakkan 100% kesalahan. Kerana seringkali berlaku di luar kawalan produksi, walaupun tetamu/artis telah diingatkan berkali-kali.”- katanya

Tegur Rakan Selebriti

Dalam pada itu, Fazley tidak menyangka selebriti tersebut yang memegang status sebagai seorang bapa dan  suami begitu mudah akan bercakap mengenai adegan rogol  dan dijadikan sebagai modal perbualan.

“Akhir sekali buat rakan artis yang sedang diperkatakan. #Shameonyou! (Macam-macam tafsiran yang kalian boleh buat berdasarkan kata-kata ini).

Mana mungkin seorang ayah dan seorang suami begitu mudah memperkatakan perihal #rogol dengan  begitu selamba dan dijadikan modal perbualan.

Di mana akal, di mana rasa hormat pada seorang wanita dan rakan artis, di mana rasa malu apabila anak-anak menonton?”- tegasnya lagi

Ramai Tidak Puas Hati 

Menurut Fazley lagi,  semakin ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan isu tersebut meskipun selebriti yang terlibat sudah melakukan permohonan maaf.

“Permohonan maaf telah pun dibuat, namun makin ramai yang tidak puas hati dengan permohonan maaf tersebut. Agak-agak mengapa?

Pendirian saya? Luka yang berdarah tetap meninggalkan parut. Memaafkan tak bermakna akan melupakan.”- katanya

Di akhir penulisannya, Fazley turut berpesan bahawa isu rogol adalah sesuatu yang serius dan bukan bahan untuk keseronokan.

Apa pendapat anda?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dato fazley yaakobfauzi nawawiShuk Sahar
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  2. 2

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  3. 3

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  4. 4

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara