Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Fazura Disaman! Usahawan Tuntut RM156,000

by Khai Azfar
February 26, 2019
Share on Facebook

Sebelum ini, pelakon Fazura telah menjadi duta produk kepada Q Tab, sebuah produk untuk kesihatan rambut, kulit dan kuku. Namun begitu, timbul dakwaan dari pihak syarikat terbabit yang mendakwa Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin tidak menjalankan tugas selaku duta dengan sewajarnya seperti dimeterai dalam perjanjian.

Maydan Tuntut Kembali Wang Sejumlah RM156,000

Gambar sewaktu Fazura dipilih menjadi duta

Justeru itu, pemilik syarikat produk kecantikan dan kesihatan Maydan Trading, Norhamdan Abdul Malek telah memfailkan saman terhadap aktres itu dan Universal Music Sdn. Bhd. bagi menuntut kembali wang sejumlah RM156,000 . Jumlah tersebut merupakan bayaran yang sudah dibayar kepada Fazura untuk menjadi duta produk mereka. Dalam prosiding tersebut, Maydan Trading selaku plaintif kes itu memfailkan saman kepada Fazura selaku defendan pertama dan Universal Music selaku defendan kedua pada 16 Disember 2017.

Tuntutan Pada Fazura 

Dalam pada pada itu, menurut Norhamdan pada awal Ogos 2017, dia telah menandatangani Helaian Terma dan membuat bayaran awal sebanyak RM100,000 pada perjumpaan yang diadakan di The Curve, yang dihadiri oleh Fazura, Iman Tang, dua anak perempuannya, Marliya Narhamdan dan Mardina Narhamdan.

Malah dalam pernyataan tuntutan sebelum ini, perkhidmatan yang harus dibuat oleh Fazura adalah memasarkan produk terbabit secara besar melalui platform media sosial, terutamanya di Instagram milik Fazura yang membabitkan 12 postings.

Topik Berkaitan Fattah Amin Didakwa Fail Kes Hina Mahkamah Terhadap Nur Fazura?- "Selamatkan Ibu Fatima Dari Penjara"

Malah, Fazura juga perlu membuat lima penampilan secara umum, penampilan tunggal pada sidang akhbar serta sesi pengambilan gambar dan video bagi kegunaan plaintif dalam pemasaran produk. Namun begitu pada akhir September 2017 Fazura telah melancarkan dan memasarkan produk kecantikan dan kesihatan miliknya iaitu Trudolly TruBeauty.

Alami Kerugian 


Akibat daripada itu, pelanggaran berlaku dalam pemasaran kedua-dua produk itu menyebabkan plaintif mendakwa mengalami kerugian. Dalam perkembangan lain, Fazura menafikan bahawa dirinya ada memasuki sebarang perjanjian dengan plaintif (Maydan). Apa pun kami di murai.my mendoakan agar kes ini dapat diselesaikan dengan baik.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
fazuraFazura Maydan
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    Kemanakah Perginya Julia Rais? 3 Spekulasi Ini Jadi Tanda Tanya

  5. 5

    Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara