Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Fazura Dedah “Pantang No.1” & Pet-Peeves Dalam Kehidupan Seharian: “Kalau Kena Duit Dia, Sebiji Coklat Pun Tak Sanggup!”

by Farah Fatihah
December 18, 2025
via Instagram @missfazura

via Instagram @missfazura

206
KONGSIAN
Share on Facebook

Kadang-kadang, kita rasa perlukan ruang untuk meluahkan apa yang selalu mengganggu hati. Itulah yang dilakukan oleh Fazura menerusi satu perkongsian terbaru di media sosial. Dengan gaya santai dan bersahaja, pelakon, penyanyi, pengacara, dan usahawan terkenal ini, atau nama penuhnya Nur Fazura binti Sharifuddin, berkongsi beberapa perkara yang sering menjadi “pet-peeves”, situasi atau perkara yang membuatkan dia rasa kurang selesa apabila berlaku di sekelilingnya.

via Threads @missfazura

Menerusi hantaran di Threads di akaun miliknya @missfazura, Fazura berkongsi beberapa kebiasaan yang sering membuatkan dia kurang selesa. Antaranya termasuklah orang makan tanpa menutup mulut sehingga mengeluarkan bunyi “chup chap” yang dianggap kurang sopan, keluar rumah tanpa bersedia dengan keperluan sendiri seperti powerbank, panadol atau wang tunai, serta sentiasa mengharapkan orang lain untuk menolong mereka.

Hal ini mencuri perhatian netizen yang meninggalkan komen:

“Bila orang belanja order paling banyak dan paling mahal tapi tak habis.”

Fazura kemudian membalas di ruangan komen:

“Pantang No.1. Sebab dia tahu orang lain yang keluar duit, dia bantai je ikut tekak sebab bukan keluar duit dia. Kalau kena keluar duit dia, sebiji coklat pun tak sanggup.”

Komen tersebut telah menarik perhatian ramai netizen dan mencetuskan pelbagai reaksi di ruangan komen, dengan ramai yang bersetuju atau turut berkongsi pengalaman serupa dalam situasi sosial mereka sendiri.

via Threads @missfazura

Fazura turut menekankan kepentingan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, menghargai tolong-menolong terutama ketika keluar bersama, dan memastikan komunikasi serta maklumat disampaikan dengan tepat tanpa terlalu bergantung kepada orang lain.

Selain itu, Fazura turut menekankan nilai kesopanan dalam komunikasi harian. Menurutnya, perkataan ringkas seperti “Assalamualaikum”, “Thank you”, dan “Sorry” sangat penting dan sepatutnya tidak dipandang ringan.

[VIDEO] "Banyak Pengkhianatan, Mungkin Mereka Bukan Yang Terbaik Untuk Saya"- Fazura

Melalui perkongsian ini, dia menekankan bahawa adab, persediaan diri dan saling membantu adalah asas interaksi yang sihat dalam kehidupan seharian.

Apa yang menarik, perkongsian ini menerima pelbagai respon positif daripada netizen. Ramai yang merasa “relate” kerana ia adalah realiti yang sering berlaku tetapi jarang dikongsikan secara terbuka.

Pendekatan Fazura yang santai dan jujur ini bukan sahaja menyerlahkan personaliti sebenar dirinya, tetapi juga memberi inspirasi kepada orang ramai untuk lebih prihatin, sopan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Secara tidak langsung, mesej yang cuba disampaikan adalah bahawa sikap kecil seperti menjaga adab, bersedia dengan keperluan sendiri dan ringan mulut dalam memberi salam atau terima kasih, memberi impak besar dalam hubungan sosial.

Pet-peeves ini bukan sekadar keluhan, tetapi panduan halus tentang bagaimana kita sepatutnya menghargai diri sendiri dan orang lain.

fazurapet-peeves
https://lomp.at/sgirj
Share82Tweet52SendShare

KINI TRENDING

Foto - @jennierubyjane (IG)
Lokal

Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

by Nurul A.
February 21, 2026

Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan...

Read moreDetails
Foto - @syed.jeev (FB)
Lokal

Kejutan Untuk Isteri, Prince Syed Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Mentua

by Nurul A.
March 17, 2026

Usahawan dan pempengaruh sensasi, Prince Syed telah mengejutkan orang ramai apabila dia mendedahkan telah menarik semula laporan polis yang pernah...

Read moreDetails
Lokal

“Bila Kita Terburu-Buru Untuk Berkata Dengan Perasaan Marah…”-Mia Sara

by Naddy Joe
February 19, 2026

Pelakon, Mia Sara mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memberikan kenyataan yang melibatkan kemelut dirinya bersama pelakon, Puteri Balqis. Mia Sara...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!

by Naddy Joe
February 18, 2026

Tanggal 14 Februari 2026 akan terpahat sebagai salah satu detik bersejarah dalam industri muzik tanah air apabila 55,000 jiwa memenuhi...

Read moreDetails
Spotlight

Pesan Yang Jadi Kenyataan… Isteri Tak Lupa Kata-Kata Terakhir Along Eyzendy

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang MURAI rasakan saat membaca perkongsian balu kepada pelakon Allahyarham Along...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara